*Bab 57*

3K 81 0
                                    

HAIKAL menghampiri meja di mana Qina sedang menunggunya. Tepat pukul 8:30 malam tadi, dia menerima satu panggilan dari private number. Dan setelah panggilan itu dijawab, ternyata Qina yang menelefonnya untuk berjumpa.

"Hai, Sayang !" sapa Qina pabila melihat saja kelibat Haikal merapati mejanya.

Haikal menayangkan dingin.

"Hmm, ada apa you nak jumpa I ?" dingin kedengaran suara Haikal.

"Alaa, kalau ya pun duduk lah dulu." pelawa Qina.

Mahu tak mahu, Haikal menurut juga.

"Nak order apa-apa tak ?" soal Qina kembali.

"No ! thanks. So, straight to the point aje lah. You nak apa jumpa I ni ?!"

"Hahaha.. alaa, you ni sayang, chill la. Terkejut anak you dalam perut I ni nanti dengar you tengking-tengking macam ni.."

Haikal menjeling tajam. ' Puihh! anak aku konon ! entah jantan mana yang tidur dengan kau, nak tuduh aku pulak !' marah Haikal dalam hati.

Namun, dia masih mampu bersabar untuk melihat sejauh mana perempuan itu memperbodohkannya.

"Herh ? my baby ? are you sure tu anak I?" Haikal memulang paku buah keras.

Sehabis baik Qina mengawal riak terkejutnya. Dalam otak, dia sedang menyusun ayat yang sesuai.

"Yeah! of course this is your baby sayang. Tak ingat ke apa yang kita buat kat London dulu ?" Qina masih ingin mempertahankan dirinya.

Haikal tersenyum sinis.

"Dah berbulan-bulan we don't meets each other and hanya satu malam tu, tak kan you boleh pregnant anak I." provok Haikal.

Qina gelisah.

"Err, why not ! nothing impossible sayang. And for sure, this is our baby. You kena bertanggungjawab. Kalau tak.."

Belum sempat Qina menghabiskan ayatnya, Haikal mencelah.

"Kalau tak apa ? you nak ugut I ?"

"Ya ! I akan ugut you and papa you ! You tahulah akibatnya nanti.."

"Hahaha.. really ? Oh, so scary ! "

Qina mendengus kasar.

"I tak main-main Haikal. I boleh buat apa saja. Just wait and see !" ujar Qina sebelum mengangkat kaki dari situ.

Haikal hanya tersenyum sinis sambil pandangan mata tajam menghantar langkah Qina.

"Herh ?! ingat I takut."

Omel Haikal sebelum dia turut melangkah pergi dari tempat itu.

******
Lidya bergegas keluar dari bilik air apabila handphonenya di atas katil berdering. Senyuman secara automatik terbit dibibir mungil itu setelah melihat nama si pemanggil.

"Hello, Assalamualaikum.." kedengaran suara Puan Hana menyapa.

"Waalaikumussalam mak.. apa khabar ? rindunya kat mak.."

"Mak sihat, alhamdulillah.. Sha sihat ?"

"Alhamdulillah. Sha pun sihat mak.. ada apa mak call malam-malam ni ?" soal Lidya ingin mengetahui tujuan Puan Hana menelefonnya.

"Oh, mak cuma nak tanya Sha. Dah buat persiapan untuk majlis tu nanti ke ? tinggal beberapa minggu lagi nak masuk bulan 5 ni.."

"Ehee, belum lagi mak. Sha belum ada masa nak bincang dengan Shadriq pasal ni. "

"Laa, apasal tak bincang lagi ni. Along dan Kak Erika kamu tu dah siap tempah baju pengantin dah." bebel Puan Hana.

"Hehehe, tak apa lah mak. Nanti Sha bincang dengan Shadriq ye. Mak tak payah risau. Sha akan uruskan semuanya. Lagipun, along boleh bantu Sha."

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora