*Bab 78*

3.1K 84 0
                                    

"GOOD morning mum, dad !" ucap Riri yang sudah bersiap berpakaian cantik itu.

Dia menghampiri Datin Mia dan Dato Edward di meja makan untuk bersarapan pagi.

"Morning too princess !" balas Dato Edward dan Datin Mia serentak.

"Aii, Kar nak pergi mana ni ? hari minggu pun nak keluar ke ?" soal Datin Mia kemudian.

Riri menayangkan sengih.

"Yup ! Kar nak teman Nora beli barang jap.."

"Barang ? barang apa ?"

"Alaa mum, lupa lah tu. Kan Kar ada bagitahu mum hari tu, yang si Nora nak kahwin.."

"Ohh, I forgot it. haha, lupa pulak mummy pasal tu. So, kira jadilah Nora nak kahwin dengan siapa tu.. "

"Joey mum.. " pintas Riri laju.

"Haa, Joey.. hmm, Kar tu bila lagi nak kahwin ? umur pun dah makin meningkat tau."

Riri menghela nafas berat.

"Hmm... mum, please lah.. Kar tahu bila Kar nak kahwin. Both of you don't have to worry. Okey ? I'll get married soon. "

"Erm, Iya lah tu.."

"Okey lah. I have to go now, so bye mum, dad !"

Riri bingkas bangun dari kerusi dan mencium pipi mummy dan daddynya.

******
Lidya yang sudah siap mengenakan blouse lengan panjang warna soft purple dipadankan dengan shawl hitam dan seluar slack hitam menuruni tangga satu persatu.

Seperti yang dijanjikan tempoh hari, hari ini mereka berdua akan pergi membeli-belah. Banyak keperluan dapur yang sudah kehabisan stok, begitu juga dengan bahan mentah.

"Erhm, cantiknya isteri abang ni.." puji Konstabel Shadriq ikhlas dengan senyuman manis dibibirnya.

"Hehe.. Hadza min fadhli rabbi (semua ini kurniaan dari Allah) abang.. Dah, jom !" jawab Lidya dengan rasa rendah diri kerana kecantikan itu adalah kurniaan Allah. Untuk apa ia perlu dibanggakan sedangkan ada lagi yang lebih cantik daripadanya. Sebab itu Lidya sentiasa bersyukur dengan anugerah Allah itu.

Konstabel Shadriq hanya tersenyum.

"Kalau macam tu, tak jadilah nak keluar.." ujarnya tiba-tiba.

Langkah Lidya turut terhenti dengan tiba-tiba. Dia menoleh ke arah suaminya disebelah.

"Kenapa pulak ?" soalnya pelik.

"Hehe, abang takut isteri abang ni kena kidnap dengan pekerja handsome kat mall tu nanti.. hahaha"

"Ish, abang ni.. ke situ pulak dia. Dah, jangan nak merepek kat sini, jom pergi. Kang lambat pulak.. lagipun ke'handsome'man abang ni dah cukup buat Sha.." satu tamparan lembut berserta bebelan buat suaminya itu.

"Hahaha.. okey, jom lah.." kembanh semacam aje bila mendengar kata-kat isterinya itu.

Konstabel Shadriq  terus membuntuti langkah isterinya dihadapan.

******
Setelah puas berpusing mencari tempat parkir, akhirnya jumpa juga. Kini, mereka berada di hadapan pintu Wangsa Walk Mall.

"Jom sayang.." ajak Konstabel Shadriq lalu menarik tangan isterinya untuk berjalan bersama memasuki kompleks Wangsa Walk Mall itu.

"Sayang nak pergi mana dulu ?" soalnya ketika berjalan masuk ke dalam mall tersebut.

"Erm, apa kata kita pergi pasaraya dulu. Beli apa yang patut. Nanti boleh pergi tempat lain pulak.." cadang Lidya.

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Där berättelser lever. Upptäck nu