*Bab 100*

6.9K 154 40
                                    

2 tahun kemudian...

SUASANA di rumah banglo itu meriah sekali dengan kedatangan para tetamu dan saudara mara. Kereta terparking elok di sepanjang jalan raya kawasan rumah tersebut kerana halaman rumah juga sudah dipasang khemah. Hari ini majlis akikah anak sulong Konstabel Shadriq dan Lidya akan berlangsung.

Konstabel Shadriq yang sedang rancak berbual dengan Lukman dihampiri oleh Puan Ekin.

"Han, isteri Han mana ?" tanya Puan Ekin pada Konstabel Shadriq yang segak berbaju melayu warna biru lembut itu.

"Eh, belum turun lagi ke ?"

"Sebab belum turun lah ni ibu tanya.."

Konstabel Shadriq menyengih sambil menggaru kepala yang tersarung songkok hitam itu.

"Eheee.. Okey, Han panggil dulu ya.."

"Hm, pergi lah. Orang dah tunggu dah tu, Ustaz Wan pun dah sampai.." arah Puan Ekin.

"Baiklah bu.." seraya itu Konstabel Shadriq berpamitan dengan Lukman untuk memanggil isterinya di dalam bilik.

*****
Setelah tiga kali pintu bilik diketuk seraya memberi salam dan tiada jawapan, pantas tombol pintu dipulas.

"Laa, sini rupanya sayang.. Daiyan dah bangun ke ?" sapanya kemudian.

Lidya yang membelakanginya didekati.

Nur Daiyan Sofea nama yang diberikan buat puteri sulong mereka yang berusia 2 tahun lebih itu. Yang membawa maksud kepada 'Cahaya Pelindung atau Penjaga yang Menawan'

Lidya menoleh sambil melemparkan senyuman hambar pada suaminya. Entah mengapa hatinya dipagut rasa sayu saat melihat wajah comel anaknya itu.

"Dah bang.."

"Habis tu, kenapa tak dibawa turun, orang dah tunggu kat bawah tu.. Ustaz Wan pun dah sampai.." maklum Konstabel Shadriq sambil mengelus pipi Daiyan Sofea.

Lidya diam seketika. Tak semena-mena airmatanya mengalir dipipi sambil tangan mengusap pipi gebu anaknya itu juga.

Konstabel Shadriq yang sempat mendengar esakan isterinya disisi pantas menoleh.

"Alaa.. sayang kenapa ni ? kenapa nangis ? abang ada salah cakap ke ? ke sayang sakit ?" Konstabel Shadriq mula risau melihat isterinya yang menangis dengan tiba-tiba itu.

"Tak.. Sha tak apa-apa.." ujar Lidya lalu mengesat air mata dipipinya.

"Tapi kenapa nangis ni kalau tak ada apa-apa ? hmm ?"

"Abang.. Sha bersyukur sangat bila tengok Daiyan sempat melihat dunia ni. Sha takut bila teringatkan kejadian lalu dan Sha..."

Belum sempat Lidya menghabiskan ayatnya, jari telunjuk suaminya melekat dibibir untuk menghalang Lidya dari meneruskan ayatnya tadi.

"Shhhh.. sayang, meh sini.." tubuh Lidya dipusing mengadapnya.

Wajah Lidya yang tunduk itu, didongakkan supaya memandangnya. Mata mereka saling bersatu.

"Sayang, let's bygones be bygones. tak perlu diingat lagi. Lagipun, sayang kena bersyukur sebab sayang selamat dan Daiyan pun selamat. Meskipun, ada yang sanggup berkorban nyawa. Dah, dah.. jangan nangis lagi eh, tak comel lah sayang nangis macam ni. Daiyan, cuba tengok mama ni, cengeng mengalahkan Daiyan kan.." usik Konstabel Shadriq lalu menyeka sisa airmata di tubir mata isterinya.

"Haha, abang ni kan.." cepat saja hati Lidya terpujuk bila nama anaknya disentuh.

Lidya dibawa ke dalam dakapannya. Tubuh itu dipeluk seerat-eratnya umpama tidak ingin dilepaskan lagi. Cukup sudah peristiwa ngeri yang dulu memberi pengajaran buatnya dalam hidup. Dan dia tidak ingin peristiwa sebegitu berulang lagi.

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum