*Bab 32*

3.6K 90 12
                                    

"ADIK, panggil Along kamu ajak turun makan.." ujar Puan Ekin pada anak bongsunya, Shafiq.

"Baik bu.." tanpa bantahan, Shafiq terus memanjat tangga untuk ke bilik alongnya.

Tok ! Tok !

"Assalamualaikum ! Along.. Ibu panggil ajak makan.." panggil Shafiq diluar pintu.

Konstabel Shadriq yang baru sahaja selesai menunaikan solat Isyak tadi terus membuka pintu.

"Waalaikumussalam.. ye dik, jap lagi along turun bawah.." kata Konstabel Shadriq pada adiknya.

"Okey lah.. jangan lama sangat tau Long, Fiq lapar dah ni.." sambil tersenyum Shafiq mengingati alongnya itu.

"Hmm, yelah.." Konstabel Shadriq membalas senyuman itu sambil kepala Shafiq digosok perlahan.

Pintu bilik kembali ditutup setelah Shafiq beredar dari situ.
Dia ingin mengemas beberapa helai baju yang tidak sempat dikemasnya tadi ke dalam almari, sebelum turun makan bersama ibu dan adiknya.

******
Ting ! Tong !

Ting ! Tong !

"Eiii ! siapa pulak yang datang malam-malam ni !" rengus Riri yang sedang bersantai diruang tamu itu.

Malam ini, gadis itu memilih untuk duduk dirumah sahaja, memandangkan dia tiada mood untuk keluar rumah. Awal-awal lagi, dia sudah memaklumkan perkara itu pada Nora dan Rizal. Puas Nora dan Rizal memujuk, namun dia tetap menolak.

Ting ! Tong !

Sekali lagi loceng rumah ditekan dari luar.

"Iee, ni yang buat telinga I bernanah ni ! Bibikkk !!! tak dengar ke loceng berbunyi tu ! ke dah pekak !!" jerit Riri kuat memanggil pembantu rumah agam itu.

Terkocoh-kocoh pembantu rumah yang berasal dari Indonesia itu keluar.

"Maaf non Riri, bibik gak denger tadi. Bibik ada di dapur.. maaf ye non Riri.." pinta bibik itu takut-takut.

"Issh! pekak ! dah pergi buka pintu tu. Entah siapa yang datang malam-malam ni !" Herdik Riri kasar.

Tanpa banyak soal, pembantu rumah itu terus membuka pintu.

"Hello My Princess !! we're back !"

Riri yang tidak mengambil peduli akan tetamu yang datang pada malam itu terus menoleh bila mendengar suara yang amat dia kenali.

"Mummy !!! Daddy !!!" pantas gadis itu menerpa ke arah Mummy dan Daddynya.

"Hahaha, my princess ! how are you?? Miss you so much baby !" ucap Datin Mia, mummy Riri.

"I'm fine mummy, miss you too !" erat pelukan Riri pada mummynya.

"Ihh, tak miss daddy ke ? only miss your mummy ?" Dato Edward pula bersuara.

"Oppss ! hahaha, Kar pun rindukan daddy.." giliran Dato Edward pula dipeluknya.

"Miss you too sayang.." balas Dato Edward.

"Okey, let's berborak kat sana. I have many question to ask both of you.." ajak Riri pada kedua orang tuanya.

"Okey, oh ya Bik Min.. bawa beg ni dalam bilik my mum and my dad ya. And then buat air." pesanan itu ditujukan pada pembantu rumah yang dipanggil Bibik Min itu oleh Riri.

"Ya Non Riri.." Bibik Min terus mengheret luggage sederhana besar itu ke tingkat atas dibantu oleh Pak Naim, driver di rumah itu.

******
Seusai saja menjamu makan malam bersama ibu dan adik lelakinya, Konstabel Shadriq duduk berehat diruang tamu ditemani Shafiq yang membuat kerja sekolah.

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Where stories live. Discover now