*Bab 71*

3.6K 87 1
                                    

PERJALANAN yang memakan masa hampir 5-6 jam itu sangat memenatkan. Akhirnya perjalanan panjang itu berakhir sekitar pukul 2:00 petang. Kereta Toyota putih milik Lukman mendahului masuk ke perkarangan rumah milik keluarganya.

Rumah itu sangat cantik dan mendamaikan mata yang memandang. Rumah yang diperbuat daripada kayu yang berkonsepkan klasik itu sangat cantik dan kelihatan sangat besar. Ia kelihatan seperti rumah kampung yang dimodenkan. Di sebelah kanan rumah itu ada garaj untuk meletakkan kenderaaan. Di sebelah kiri pula, ada taman mini dan bangku yang berbentuk batang kayu serta meja berbentuk cendawan disediakan.

Kereta yang dipandu Konstabel Shadriq selamat diparkirkan bersebelahan dengan kereta milik Lukman. Enjin kereta dimatikan. Lidya disebelah ditolehnya.

"Lahaii.. nyenyaknya sayang tidur.." ujarnya perlahan.

Rasa tidak sampai hati pula ingin mengejutkan isterinya itu. Lalu, dia mengelus pipi isterinya.

"Sayang.. kita dah sampai ni.." kejut Konstabel Shadriq perlahan.

Belum ada tanda-tanda yang isterinya itu akan terjaga. Nyenyak sungguh dia tidur. Terukir senyuman dibibir itu apatah lagi sesekali dia mendengar dengkuran halus isterinya.

"Sayang.. heyy, bangun.. kita dah sampai ni. Lenanya sayang tidur, wake up dear.." kejut Konstabel Shadriq lagi.

Namun, keadaan masih sama.

'Aih, liat betul isteri aku ni nak bangun. Hmm.. tak ada cara lain ni..' tiba-tiba idea jahat menerjah ke dalam kotak fikirannya.

Lalu dengan perlahan-lahan dia mendekatkan mukanya dengan muka Lidya. Seinci saja lagi, hidung mereka akan bersatu. Dia kemudiannya meniup wajah polos itu. Sempat dia tersenyum apabila bebola mata gadis itu bergerak. Sekali lagi dia mengulangi aksi yang sama.

******
Lidya yang merasakan ada angin yang menampar ke wajahnya terjaga sedikit dari tidur. Namun, mata masih tidak mampu dibukakan. Terasa ada batu besar yang menghempap matanya ketika itu. Dia ada juga mendengar suara yang memanggilnya tadi, namun cepat-cepat otaknya menepis suara itu. Dan dia terus terbuai dalam mimpi.

Sekali lagi wajahnya terasa sejuk akibat ditiup angin serta satu cuitan terasa dihidungnya. Perlahan-lahan dia membuka mata dan...

"Arghh !" Lidya menjerit kerana terkejut melihat wajah suaminya sedekat itu dan..

Pukkk!

"Aduhh.. sakitnya !" adu Lidya apabila kepalanya terhantuk dinding kereta disebabkan badan automatik meloncat kebelakang kerana terkejut.

"Eh, sorry sorry sayang.. abang tak sengaja.. sakit ke ?" soal Konstabel Shadriq rasa bersalah.

"Sakit lah.. ingat sedap ke kena hantuk kat situ.." rengek Lidya manja sambil menggosok bahagian belakang kepala yang terhantuk.

"Alololo.. sorry sayang ye. Itu lah sayang, puas abang kejutkan sayang tadi. Liat benar nak bangunnya.." sejurus itu Konstabel Shadriq membebel sambil turut menggosok kepala isterinya yang sakit.

Cupp !

Satu kucupan singgah di dahi itu.

"Dah, abang dah bagi penawar dah tu.." ujar si suami dengan sengihan.

Dan saat ini wajah Lidya terasa berbahang.

'Ish, dia ni.. sengaja nak buat aku jadi tomato.. tempat lain yang sakit, tempat lain yang kena..' kritiknya dalam hati.

"Err.. dah sampai ke ?" soal Lidya sambil memisat mata sekali gus menggeliat untuk membetulkan segala urat yang bersimpul.

"Dah sayang.. 20 minit dah sampai.." tipu Konstabel Shadriq. Sengaja ingin melihat reaksi gadis itu.

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Där berättelser lever. Upptäck nu