*Bab 16*

5.3K 164 2
                                    

JARUM JAM DINDING menunjukkan ke angka 10:30 malam. Namun, belum ada tanda-tanda Lukman untuk balik ke rumah. Selalunya pukul 9:30 malam tadi dah Lukman dah balik. Lidya kelihatan gelisah menunggu kepulangan Alongnya. Rasa marah dihati masih disimpan kemas. Tunggu masa meletus aje lagi.

Tepat pukul 10:35 malam, deruman enjin kereta dimatikan di luar rumah. Lidya yang gelisah dari tadi mula mempamerkan riak selambanya dengan berpura-pura fokus menonton cerita di kaca TV.

"Assalamualaikum.." ucap Lukman sebaik saja masuk rumah.

Tiada sahutan dari Lidya. Mukanya masih lagi selamba.

Lukman menerpa ke arah TV dan terus menutupnya tanpa menghiraukan Lidya yang tercogok duduk di sofa.

"Along ! kenapa tutup TV tu, tak tengok ke Sha kat sini.. Along buka balik.." marah Lidya.

"Laaa, ada orang rupanya. Along sangka takda orang tadi. Tiada sahutan pun along bagi salam.." saja Lukman ingin mengusik adiknya itu lalu memasang kembali TV.

Lidya membuat muka. Monyok semacam aje mukanya, hilang sudah riak selambanya tadi.

"Alahh, kenapa monyok aje ni Sha.." soal Lukman.

"Dah tahu tanya pulak.."

"Aik.. apa salah along?"

Lidya menjeling alongnya tanda geram.

"Apa salah along, apa salah along.. heh, buat tak tahu pulak.. Allah bagi Along hilang ingatan betul baru padan muka tu.."

"Alololo.. ayat sentap lagi tu dik.. Ok, sorry.. Along betul-betul tak tahu, cuba Sha straight to the point je dengan Along.."

Lidya menghadiah jelingan maut buat alongnya. Bibir diketap tanda geram. Nasib alongnya duduk disofa berlainan, kalau alongnya ada disebelah. Memang kena lah dia.

"Ni Sha nak tanya along. Kenapa along tak jemput Sha tadi? Along lupa atau buat-buat lupa? Jenuh tau Sha tunggu along kat rumah Raihan, nasib baik ibu dan mak usu dia baik dan tak kisah Sha tunggu kat situ.. Janji nak jemput pukul 2:00 petang, jangan harap nak jemput pukul 2:00 petang, pukul 12 tengah malam pun belum tentu along datang amik Sha. Silap silap menginaplah Sha kat rumah tu. Nasib lah, Raihan nak balik Gombak jugak tadi.." hambur Lidya pada Alongnya. Namun masih dalam nada yang ditahan. Tak baik meninggi suara depan alongnya. Semarah marah dia, dia masih lagi menghormati alongnya.Kulitnya yang putih bertukar merah menahan marah.

Lukman disebelah sudah rasa serba salah. Dia tahu dia salah pada Lidya. Namun apakan daya dia ada emergency case tadi. Tapi yang dia pelik, kenapa adiknya memanggil Shad dengan nama Raihan. Ini harus disiasat terlebih dulu.

"Raihan? Shad ke?"

"Yelah.. ada kawan along lain ke yang buat kenduri tadi?" perli Lidya. Dia masih belum berpuas hati selagi alongnya tidak memberi alasan yang kukuh kenapa dia tak jemput Lidya tadi.

"Ohhhhh..." panjang 'Ohh' Lukman. Seperti ada makna disebaliknya.

Lidya menjeling. 'Aihh, dah kenapa orang tua ni' omel Lidya dalam hati.

"Err.. Sha, along minta maaf bebanyak pasal tadi. Along bukannya sengaja atau lupa nak jemput Sha. Kat kem tadi, along ada emergency case. Along benar-benar minta maaf Sha.. Tadi, Shad ada text along bagitau yang Sha balik dengan dia. Tu yang along tak risau sangat tu.." jelas Lukman situasi yang sebenarnya. Buat apa nak tipu, dapat dosa kering aje kan.

Lidya diam seketika. Nafasnya di tarik kemudian dihembus. Dia beristighfar dalam hati untuk menghilang rasa marah. Setelah kembali tenang, dia bersuara kembali.

"Hmm, kenapa message Sha along tak reply? At least,bagitau lah Sha yang along ada emergency case, boleh la Sha balik naik cab.." Lidya masih lagi mempertahankan dirinya.

"Along baru aje bukak fon masa nak balik tadi. Tu yang tak reply message Sha. Yang pasal naik cab tu, Along memang tak benarkan, bahaya dik oii.. Kita mana tau driver cab tu baik ke tak. Dah lah, sorang diri pulak tu. Lebih rela along biarkan adik menginap kat rumah ibu Shad. At least kita tau mereka baik.." panjang lebar leteran Lukman.

Lidya hanya terdiam. Malas dia mahu membalas kata-kata alongnya yang ada benar jugak tu.

"Hmm, dah lah. Along nak pergi mandi jap.."

"Ye.. kalau nak makan Sha ada masak ayam masak lemak dan bayam goreng kat bawah tudung saji tu. Lauk yang ibu Raihan bagi tadi pun ada.." sempat Lidya berpesan pada Alongnya.

"Wahh.. ni yang terus lapar dengar menu malam ni.. Dah boleh kawin dah adik ni..haha, oklah dik, along mandi dulu,lepas tu along turun makan.."

"Eleh, along tu yang kena kawin dulu. Umur dah lanjut, kang takda siapa yang nak kalau dah tumbuh uban kat rambut tu.."tutur Lidya selamba sambil matanya tertancap ke kaca TV.

Lukman hanya ketawa mendengar kata-kata Lidya lalu dia naik biliknya ditingkat atas.

******
Konstabel Shadriq merehatkan diri setelah balik dari keluar makan dengan Konstabel Badrul tadi memandangkan Konstabel Johan esok belum balik lagi. Mungkin esok dia akan balik sini.

Konstabel Shadriq memandang siling bilik sambil tangan diletakkan di dahi. Terkebil-kebil matanya memandang siling kosong itu.

"Hmm, banyak cakap jugak Lidya tu. Aku sangka dengan muka dia yang selamba badak tu, dia tak banyak cakap.. hahaha" komen Konstabel Shadriq pada diri sendiri.

"Tapikan, aku suka tengok anak lesung pipit dia tu. Comel aje dia kalau senyum. Takda la selamba memanjang je. Dapat jugak aku teka apa yang dia rasa.. Hmm, cantik ! Ehh? dah kenapa dengan aku ni.. Aku puji dia ke tadi ? Haishh.. " Bebel Konstabel Shadriq pada diri sendiri. Dia tak sedar pun yang mulutnya sibuk memuji gadis yang bernama Lidya Huraisha tu.

Tiba-tiba, jantungnya berdegup pantas. Dup dap dup dap.. Konstabel Shadriq memegang dadanya.

"Aihh.. kau dah kenapa jantung ? Takkan sakit kot ? Janganlah sakit pulak,aku belum kawin lagi ni.." macam orang gila Konstabel Shadriq bercakap dengan jantungnya.

Lalu dia beristighfar dalam hati beberapa kali untuk menenangkan perasaan kini.

Terasa ada lagu Marry You bermain dimindanya.

It's a beautiful night..

We're looking for something dumb to do..

Hey baby..

I think I wanna marry you..

Is it the look in your eyes..

Or is it this dancing juice?

Who cares baby,

I think I wanna marry you..

'Ok.. dah dah lah nyanyi tu. Tidur lagi, esok kerja balik. Hilangkan rasa penat tu..kesian tuan' tegur hati Konstabel Shadriq.

'Iye lah.. Tuan pergi rehat la, tidur.. good night tuan..' minda Konstabel Shadriq mengalah. Kesian tengok tuannya yang penat tu.

Konstabel Shadriq tersenyum. Dia lalu memejamkan mata dan tidur.

P/S: macam mana bab ni Ok tak?? sila komen..

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Where stories live. Discover now