*Bab 49*

2.9K 95 1
                                    

SIANG melabuhkan tirainya digantikan dengan malam. Seperti malam sebelumnya, Lidya akan duduk bersantai di ruang tamu usai saja menunaikan solat Isyak. Channel 104 menjadi pilihan. Balang kaca yang berisi snek dicapai.

Tiba-tiba, handphonenya berdering.

"Aih, siapa pulak ni ?" Lidya menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali.

"Jawab ke tak ye ?"

Panggilan itu mati dengan sendirinya. Dan sekali lagi, nombor itu mendail. Kali ini dijawab oleh Lidya, mana tahu panggilan itu penting.

"Hello, Assalamualaikum.. siapa ni ?" sapa Lidya.

"Hello my dear.."

Lidya mengerut dahinya. 'Siapa pulak ni ? salah nombor kot.'

"Err, sorry. Wrong number.." ujar Lidya.

"Wait ! I think no.. You Lidya right ?" soal si pemanggil yang tak dikenali itu.

'Aik, tahu pulak nama aku ? siapa ni? suara lelaki pulak tu ' Lidya kehairanan. Setahunya, dia tidak ada memberi contact number nya pada orang lain kecuali orang yang dia kenal. Itupun, dia ada save nama dan nombor orang berkenaan.

"Err, ya.. Who are you ? Do I know you ?" tanya Lidya sekali lagi. Bermacam persoalan dan  terlintas di benaknya.

"Hahaha, yup ! you know me my dear. You tak cam suara I ke ?" tanya si pemanggil di hujung sana.

Bertaut kening Lidya. Dia mengerahkan otaknya untuk mengingati suara itu. Namun, hampa. Dia tidak dapat mengecam empunya suara itu.

"No. Eh, awak jangan main-main lah. Mana awak dapat contact number saya ni ?!" soal Lidya, garang.

"Amboii, garangnya my dear ni. Mesti nampak cantik, garang-garang macam ni kan.. Hahaha.."

******
Memandangkan malam ni mereka tidak ada tugas, jadi Komstabel Shadriq dan Konstabel Johan memanfaatkan peluang yang ada. Cuma, Konstabel Badrul terpaksa bekerja malam ini untuk cover tugasnya pada minggu lepas.

"So, kau nak belanja aku kat mana malam ni ? Hotel 5 bintang ke ?"

"Fuyoo ! botak lah kepala aku kalau belanja kau kat hotel mahal tu.."

"Hahaha.. hampeh ! ingatkan nak makan kat Hotel 5 Bintang tadi." usik Konstabel Johan lagi.

"Eleh kau.. mengada ! Dah jom.."

"Pergi mana ni ?"

"Ikut aje lah. Kang aku tak jadi belanja kang.." ugut Konstabel Shadriq.

"Hee.. okey okey.. Jom !"

******
"Cehh ! kalau awak nak buang masa cakap benda merepek macam ni, baik tak payah. Dah, menyesal jawab call awak tadi.." hilang sabar Lidya jadinya pabila dipermainkan sebegitu.

"Alaa my dear, janganlah marah.. Kang I gigit kang. Hahaa"

'Gila agaknya mamat ni !' getus Lidya dalam hati.

"Kalau tak ada apa-apa yang penting. Saya letak. Tolong jangan kacau saya lagi !" pantas Lidya menamatkan panggilan itu.

Handphone dibaling ke sofa disisinya.

"Tak habis-habis buat hal. Siapa lah agaknya yang tak ada kerja lain tu ye. Ish ! " omel Lidya dalam keadaan yang masih terkawal.

Matanya kembali fokus pada kaca TV. Buat masa ini, matanya belum mengantuk lagi meskipun jam sudah menunjukkan pukul 9:50 malam. 10 minit lagi angka jam akan bertukar ke 4 digit, iaitu 10:00 malam.

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Where stories live. Discover now