*Bab 11*

6.2K 183 5
                                    

TOK ! TOK !

"Masuk "

Tabik hormat diberikan sebelum memulakan bicara.

"Tuan, ini laporan tentang kes pecah rumah semalam. Segala maklumat sudah saya nyatakan berserta dengan keterangan saksi mata.." ujar Konstabel Shadriq.

"Baiklah.. Terima kasih Shadriq. Urmm, penjenayah semalam tu suspek yang selama ini kita buru kan?" Inspektor Akmal bertanya untuk kepastian.

"Ya Tuan. Menurut maklumat yang didapati, suspek dikenali sebagai Ahmad Bin Sudin, berusia 30 tahun. Suspek telah banyak terlibat dalam kes seperti merompak, mencuri dan beberapa kes lagi. Segala maklumat tentang suspek ada dalam laporan tuan. Nanti Tuan boleh tengok.." ujar Konstabel Shadriq.

"Baiklah Shadriq. Nanti saya tengok.."

"Baiklah Tuan. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu"

Inspektor Akmal mengangguk kepala. Tabik hormat diberikan sebelum Konstabel Shadriq melangkah keluar.

******
Kelihatan seorang gadis berbaju kerja warna merah tekun menyusun kek ke dalam peti sejuk yang bersuhu rendah.

"Lidya.. so ? macam mana first day kerja kat sini? ada apa-apa masalah ke?" tegur Kak Diya yang merupakan supervisior kat situ.

"Ohh..Kak Diya, Ok aje kak. No problem.." kata Lidya dengan segaris senyuman dibibir.

"Ohh, bagus lah kalau macam tu. Kalau ada apa-apa masalah, jangan malu nak tanya..Ok, akak sambung kerja dulu.."

Lidya hanya mengangguk.Hari ini merupakan first day Lidya bekerja di Kedai Kek Hidayah. Dia masih ada rasa kekok sebab baru first time kerja kan. So, untuk menyembunyikan rasa kekoknya, dia hanya mempamerkan muka slumber dia tu.

******
Seperti biasa, Konstabel Shadriq dan Konstabel Johan akan keluar lunch tepat pukul 1 petang. Kali ini mereka memilih untuk lunch di Restoran Sri Ayu Tomyam di Medan. Ramai betul pelanggan pada ketika itu. Mereka memilih untuk duduk di meja yang hujung sekali. Makanan dan minuman telah dipesan. Sementara menunggu makanan tiba, tak sah dalam sehari mereka tidak berborak.

"Shad, aku nak tanya ni.." ujar Konstabel Johan.

"Ermm.. tanyalah.."

"Yang semalam tu siapa eh? kau kenal ke family tu?" soal Konstabel Johan.

Kening Konstabel Shadriq bertaut seperti sedang memikirkan sesuatu.

"Family mana eh? yang jadi saksi mata tu ke?" soal Konstabel Shadriq kembali.

"Alah, bukan yang tu. Yang ada seorang pak cik, lelaki yang muda dan seorang gadis tu. Tak salah aku gadis tu yang pernah kita bawa balai kan?"

"Ohh.. family tu. Ha'ah, dia lah tu. Abang budak tu kawan aku masa kat universiti dulu. Dia tua setahun dari kita. Nama dia Lukman. Aku jumpa dengan dia dan family dia dekat Medan tempoh hari.." jelas Konstabel Shadriq.

Konstabel Johan mengangguk sambil mengurut janggutnya yang sejemput di dagu. Mereka diam seketika apabila pelayan restoran menghantar makanan.

Setelah pelayan restoran berlalu. Konstabel Johan bertanya lagi.

"So ? diorang buat apa kat sini? tengah bercuti ke ?" soal Konstabel Shadriq.

"Tak, Lukman dah kerja kat sini jugak. Dia askar. Kalau family dia aku tak sure lah. Mungkin cuti kot.."

"Hmm.. macam tu, jadi kau kenal jugak lah adik dia yang kita bawa balai tu? siapa nama dia ?" soal Konstabel Johan menunjukkan keterujaannya.

"Eh, yang kau beria-ria nak tahu ni apasal?" tanya Konstabel Shadriq curiga. 'Ahh, jangan cakap kau suka dia sudah, aku hempuk jugak kau kat situ' guman hati Konstabel Shadriq.

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن