*Bab 69*

3.8K 101 0
                                    

LIDYA dan Hani mendapatkan Puan Ekin yang sedang memotong sayur sawi di atas meja.

"Assalamualaikum.. selamat pagi ibu.." sapa Hani dengan salam diucapkan terlebih dahulu.

"Waalaikumussalam.. eh, Sha.. kenapa awal sangat bangun ni ?" ujar Puan Ekin dengan senyuman.

"Hehe.. Sha nak tolong ibu kat dapur.."

"Oh, tak apa lah. Ibu boleh buat semua ni. Lagipun, Sha tentu penat lagi kan ? selesa tak tidur malam tadi ?"

"Tak adalah bu. Alhamdulillah, selesa sangat.." senyuman di hadiahkan buat Puan Ekin.

"Erhm ! amboii, ibu.. dah tak ingat kat angah ke ?" Hani mula mencelah.

Puan Ekin menoleh Hani yang sudah menayangkan muka merajuk itu.

"Hahaha.. apa pulak tak ingatnya angah. Awal angah bangun hari ni, selalunya lepas Subuh tidur balik kan ?"

Hani tersengih bila diasak dengan soalan begitu. Ya ! bila ada cuti dan balik ke rumah, dia akan manfaatkan cuti tersebut untuk mengqada' kan tidurnya yang terhad semasa berada di asrama.

"Ibu ni.. malu angah tau. hehe"

Lidya hanya tersenyum mendengar perbualan ibu dan Hani itu.

"Err.. ibu nak masak apa ni ? biar Sha tolong.." soal Lidya sambil mempelawakan diri membantu ibu mentuanya.

"Ibu nak masak mee goreng basah.."

"Oh.. ni nak guna udang kan bu ? biar Sha tolong buang kulit udang tu.."

"Hmm.. tak apa ke Sha ?"

"Eh, tak apa. Sha dah biasa buat semua ni kat rumah. Hehe.."

"Hmm.. baiklah, udang ada kat dalam singki tu.." ujar Puan Ekin dengan senyuman.

Lidya mengangguk lalu bergerak ke arah singki. Lengan baju yang panjang itu dilipat sedikit ke atas sebelum dia mengupas kulit udang tersebut.

"Angah nak tolong jugak bu.." Hani pun menawarkan diri untuk membantu di dapur.

Tak elok rasanya kalau dia hanya menjadi pemerhati di situ.

"Hmm, boleh. Angah tolong ibu bancuh air.."

"Okey !" dengan senang hati Hani melakukan kerja yang diarahkan ibunya.

******
Mengikut pada perjanjian, hari ini Haikal akan balik ke Malaysia semula. Namun, semalam papanya menelefon memberitahu bahawa dia perlu extend 3 minggu lagi dekat situ.

[ Flashback ]

Haikal yang baru saja ingin  berehat itu tersentak apabila Iphone 6s nya berdering. Waktu di London sekarang 10:30 pm. Dan mungkin di Malaysia masih siang.

Panggilan dijawab sebaik saja mengetahui siapa pemanggilnya.

"Hello.. yes pa ?" sapa Haikal dengan mata dipejamkan.

Seharian memantau projek mereka di situ membuatkan badannya lenguh dan penat. Janji temunya dengan Kiara juga terpaksa dibatalkan kerana dia ingin berehat.

Kiara Nam Louis ! seorang gadis keacukan Belanda dan Thailand merupakan penemannya di London. Lebih tepat lagi, girlfriend Haikal. Mereka berjumpa 2 hari selepas lelaki itu berada di situ. Dan perjumpaan dengan Kiara tidak disengajakan apabila Haikal terlanggar gadis itu semasa ingin pergi clubbing.

"Hello Kal.. everything okey there ?" kedengaran suara Dato Rahim bertanya.

"Hmm.. yes pa. "

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن