*Bab 17*

5.5K 158 4
                                    

LIDYA sudah kembali masuk kerja seperti biasa setelah bercuti selama 2 hari.

"Lidya.. kau nak tau tak..."

"Takk..." potong Lidya slumber sebelum sempat Umi bercerita lebih lanjut.

"Alah kau ni, bagilah aku cerita sampai habis.. ni tak main potong aje.." rajuk Umi.

"Hehe.. sorry, haa.. apa dia? ceritalah.."

"Hmm.. macam ni, ada sorang lelaki tu asyik tanya kau aje selama 2 hari kau cuti.. Naik jenguh mulut aku nak explain kat dia yang kau cuti.."

Lidya sudah membuat muka meluat. 'Confirm dia lagi' teka Lidya dalam hati.

"Lelaki yang dah jadi customer tetap kat sini tu ke?" soal Lidya kembali untuk kepastian. Mana tau,kot kot ada orang lain yang cari dia.

"Ha'ah.. dia tu lah.. haaa.. panjang umur, baru aje kita citer pasal dia, dia dah sampai.." ujar Umi.

Lidya menoleh ke arah pintu kedai dan kelihatan seorang lelaki berkemeja coklat cair melangkah masuk dengan senyuman.

"Haii Lidya.." sapa Haikal setiba saja disisi Lidya dan Umi yang berdiri di sudut tempat susun kacang.

"Waalaikumussalam.." perli Lidya.

"Ehh.. Assalamualaikum..hehee" Haikal tersengih kerana dia tahu dia yang salah.

Lidya hanya menyahut salam dalam hatinya.

"Err.. Lidya, aku buat kerja dulu lah ye.." Kata Umi lalu mengatur langkah ke sudut lain pula.

"Hmm.. so? nak apa pepagi ni ?"soal Lidya bersahaja.

Haikal disebelahnya hanya tersenyum menyengih.

"Nak you lah.. hahaha" gurau Haikal.

Lidya yang malas melayan mamat sewel tu pantas membawa kakinya ke kaunter. Namun,belum sempat dia melangkah, lengannya disambar Haikal.

"Woii ! apa pegang-pegang ni ! " marah Lidya lalu menarik tangannya kasar. Mukanya bertukar merah menahan marah dan geram. Nasib baik berlapik dengan bajunya, kalau tak memang nahas mamat tu.

"Opss.. I'm sorry.. tak sengaja.."

Lidya menjeling tajam ke arah Haikal.

"Kalau aku tak hormatkan kau sebagai customer kat kedai ni, dah lama aku tendang kau keluar. Kau ingat aku macam perempuan kat luar sana yang boleh kau pegang sesuka hati. Gila !" hambur Lidya lalu berlalu ke tempat membuat kek dibelakang. Jia yang menjadi cashier ketika itu hanya mampu menggeleng kepala.

Haikal mempamerkan riak tidak bersalah dihadapan Jia.

"Ok, I got to go now.." tutur Haikal pada Jia.Dia datang situ tadi bukan untuk membeli apa-apa pun.Tapi,hanya untuk berjumpa dengan Lidya sahaja.

******
Konstabel Shariq tekun meneliti setiap butir maklumat laporan bagi setiap kes di atas meja. Konstabel Johan belum balik lagi dari Johor, mungkin petang nanti dia sampai.

"Haii rajin betul kau ye Shad. Dah tak pandang kiri kanan dah.." Tegur Koperal Azira,rakan sekerjanya.

"Ehh, mana ada Zira.. Ni tengok kiri kanan lah ni..haha"

"Ye lah tu.. ni aku nak bagi kat kau.. nahh!" kata Azira sambil menghulur satu sampul surat putig bersaiz sederhana  kepadanya.

"Apa ni?"

"Kau bukak lah dulu.."

Konstabel Shadriq lalu membuka sampul surat ditangannya. Satu kad dikeluarkan. Senyuman terbit dibibir setelah membaca sekilas apa yang tertulis di atas kad tersebut.

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Where stories live. Discover now