*Bab 15*

5.6K 187 7
                                    

KERETA Produa berwarna putih berhenti di pagar rumah banglo dua tingkat itu. Handphone Oppo di dashboard dicapai. Satu pesanan ringkas telah dihantar.

"Ok.. Sha boleh turun sekarang. Along ada bagitau kawan along tu tadi yang Sha wakilkan along.." ujar Lukman di tempat duduk pemandu. Dia menoleh ke arah gadis yang mengenakan baju jubah warna merah maroon dan dipadankan dengan shawl hitam berbunga kecil warna merah maroon disebelahnya.

Lidya kelihatan gelisah. Tak senang duduk jadinya disebelah.

"Betul ke ni Long? Sha takut lah.. segan pun ada..Sha mana kenal kawan along tu.." tutur Lidya dengan riak risaunya.

"Ishh, takda apa lah. Nanti Sha kenal lah kawan along tu. Dah, cepat masuk. Along dah lambat dah ni, pukul 2 petang nanti along jemput Sha balik.."

"Along ni, kalau Sha dapat malu nanti, siap along.." ugut Lidya. Mahu tak mahu, dia terpaksa juga masuk ke dalam rumah banglo dua tingkat itu. Kereta alongnya meluncur laju sebaik saja Lidya keluar dari kereta.

Kini dia betul di depan pagar rumah banglo itu. Matanya meliar melihat keadaan sekeliling rumah itu. Ada sebuah khemah didirikan di tengah halaman. 'Dah macam kenduri kahwin pulak' komen hati Lidya. Ramai jugak yang hadir di kenduri tu. Mungkin saudara mara kawan Lukman kot.

Lidya membawa kakinya berjalan menuju ke arah khemah. Dia bersalam dengan seorang wanita sebaya ibunya sambil menghulurkan sampul yang berisi sedikit wang untuk disedekahkan. Kenduri itu diadakan secara 'layan sendiri'.

"Cik, makan lah.. jangan malu-malu.." tegur seorang wanita yang sebaya ibunya tadi.

"Iye.. terima kasih mak cik.." jawab Lidya dengan senyuman.

******
Di hujung sana, Konstabel Shadriq sedang asyik melayan tetamu. Sekejap dia berlari ke dalam rumah, sekejap dia berlari keluar. Tak menang tangan dia jadinya.

"Along, ibu panggil ! " panggil Angah atau nama sebenarnya Shafa Hani, adik Konstabel Shadriq.

"Iye ngah. Kejap lagi Along pergi.." jawab Konstabel Shadriq. Dia masih sibuk menambah makanan yang hampir habis di dalam bekasnya.

******
Lidya membawa diri ke taman mini yang dipenuhi bunga dan kolam ikan di sudut tepi halaman rumah banglo itu. Setidak-tidaknya, dia boleh menenangkan diri disitu. Di bawah khemah tadi, Lidya kekok. Dia tak kenal siapa-siapa pun dekat situ. Tulah puncanya dia membawa diri ke taman mini itu.

"Haii ikan, nasib aku lah macam stranger aje kat sini. Ehh, memang aku stranger pun. Ni semua sebab along lah ikan.. Balik nanti siaplah dia, aku ganyang cukup-cukup.." selamba badak aje Lidya bercakap dengan ikan di dalam kolam itu. Macamlah ikan tu mengerti. hahaha, adoii ! Lidya Lidya..

Dia kembali duduk di bangku yang memang disediakan disitu sambil merenung bunga-bunga yang ditaman di halaman rumah itu. 'Cantik' puji Lidya.

******
Konstabel Shadriq kembali ke bawah khemah setelah bertemu dengan ibunya tadi. Sedang dia ralit berjalan di sekitar khemah, tiba-tiba matanya tertancap pada sesusuk tubuh seorang gadis yang sedang duduk termenung di taman mini. Lalu, dia memutuskan untuk menegur gadis itu.

"Erhm.. Assalamualaikum, kenapa duduk kat sini ? Cik dah makan ke?" soal Konstabel Shadriq pada gadis yang berjubah merah maroon yang duduk membelakanginya kini. Ehh, sedondon pulak dengan warna baju melayu yang dipakainya.

Lidya yang terkejut mendengar teguran itu pantas memusingkan badannya. Matanya tertancap pada sesusuk tubuh lelaki yang mengenakan baju melayu serupa warna dengan jubahnya.

"Err.. Waalaikumussalam.. saya dah makan. Saya bosan sebab tu saya duduk sini. Dah lah, saya langsung tak kenal sorang pun kat sana.." tutur Lidya selamba.

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Where stories live. Discover now