*Bab 89*

2.6K 66 0
                                    

"WOI.. kau dah kenapa termenung pagi-pagi ni ?" tegur Konstabel Johan yang baru sahaja keluar dari bilik Inspektor Akmal.

"Hm, kau ni Johan.. terkejut aku tau, erm.. tak ada apalah.." Konstabel Shadriq menyangkal.

"Eleh, tipu kalau tak ada apa-apa, ni mesti ada masalah, nak kata rindu bini mustahil kot. Semalam kan dah jumpa. " tukas Konstabel Johan lagi dengan sengihan.

Konstabel Shadriq menghela nafas berat. Dia masih memikirkan tentang siapa yang mengugut isterinya itu.

"Erm, nanti lah aku cerita kat kau. So, apa kata Tuan Akmal tadi ?"

"Okey, aku tunggu kau cerita. Tak ada apa, cuma cakap yang cuti aku untuk hujung tahun ni diluluskan.." ujar Konstabel Johan dengan ceria.

"Eleh, suka lah tu.." perli Konstabel Shadriq.

"Haha, mana tak sukanya.. nak kahwin kot. hehe"

"Iya lah. Dah, buat kerja sana."

"Amboi, menghalau nampak. Okeylah. Lunch nanti aku tuntut cerita dari kau ye. Okey, chau dulu.." tangan kanan diangkatkan sebelum berlalu dari situ.

******
Lidya yang sedang tekun menaip sesuatu di skrin komputer itu tersentak apabila mendengar handphonenya berdenting berkali-kali. Kerja ditinggalkan sekejap untuk memeriksa pesanan yang diterima berkali-kali itu.

'Siapa pulak ni ?' detik hatinya saat melihat dua unknown number tertancap di skrin handphonenya.

"Ni bukan nombor yang selalu ugut aku tu, nombor tu aku dah block. Ni siapa pulak. Haih.." keluh Lidya sendirian.

+601138701651: Hello darling, long time no see ya. I rindu dekat you, syg Lidya.

+601124576879: Hey perempuan ! kau ingt kau boleh lepas dr aku ?! tunggu kau !

+601124576879: Kau jgn ingt aku tak tahu tempat tinggal kau ? hahaha I always watching you perempuan ! Kalau kau tak nak ank kau dan kau MATI ! mintak cerai sekarng !

Membulat mata Lidya membaca setiap satu pesanan yang diterimanya. Jantung berdegup kencang.

"Ya Allah ! siapa mereka ni ? kenapa dia tahu nama aku ? tempat tinggal aku ? " bertubi-tubi soalan yang dilontarkan Lidya yang belum pasti ada jawapan atau tidak.

Ingin saja dia menangis di situ, namun dia malu. Air mata yang sudah bertakung di tubir mata segera diseka takut staf lain nampak. Dia mesti kuat.

"Lidya, kau kenapa ni ?" soalan Fatin itu menyentak Lidya dari lamunannya.

Segera handphone di tangan di letakkan di sisi meja. Senyuman palsu dilemparkan.

"Eh, Fatin.. tak ada apalah.." ujar Lidya.

Fatin memicingkan matanya kemudian tersenyum senget. Kerusi di sebelah di heret di hadapan Lidya bagi memudahkan mereka berbual.

"Don't lie to me Lidya, I know you lying or not. Dari riak muka kau aku dapat tahu yang sekarang ni kau tengah tipu aku.."

Lidya menundukkan kepalanya. Rasa bersalah menyelubungi hati.

"Lidya.. aku tahu kau ada masalah, apa gunanya kau ada aku dan Syaf kalau kau tak nak cerita kat kitorang, kau tu dah lah mengandung, ingat tak pesan doktor, jangan stress. Nanti effect kat baby kau.." pujuk Fatin lembut sambil erat tangan Lidya digenggamnya.

Lidya mendongak memandang Fatin. Namun, belum sempat Lidya membuka mulut, Syaf pula menghampiri mereka.

"Wey, apasal ni ?" soal Syaf agak terkejut. Syaf seperti mencari sesuatu.

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Where stories live. Discover now