*Bab 5*

7.1K 258 7
                                    

LIDYA DAN LIANA menghampiri Puan Hana yang sedang duduk berhadapan dengan seorang anggota polis perempuan. Sempat matanya melirik ke arah tag nama di baju polis itu. 'Azira'

Liana dan Lidya diarahkan duduk. Sebelum masuk tadi, Lidya sempat menghantar wassap kepada Alongnya untuk mengatakan mereka ditahan dibalai. Alongnya sempat berpesan yang dia sudah memberitahu Encik Hakimi, ayah mereka untuk datang ke balai kalau memerlukan ikat jamin.

******
"Jadi Puan, boleh puan terangkan kenapa kes ini boleh berlaku?" Polis yang bernama Azira tadi memulakan bicara.

"Macam ni Puan.."

"Panggil saya cik, belum kahwin lagi.." seloroh Azira.

"Ohh.. maaf, macam ni Cik.."

Belum sempat Puan Hana menghabiskan ayatnya. Lidya sudah memotong..

"Takpa mak, biar Sha yang terangkan.. Lagipun, ni salah Sha.." Lidya memandang Puan Hana. Puan Hana mengeluh kecil lalu mengangguk.

"Cik ni siapa nama? umur berapa?" soal Azira.

Kebetulan, Konstabel Shadriq dan Konstabel Johan juga ada di situ. Konstabel Shadriq menyandar pada meja di sebelah Lidya.

"Nama saya Nur Lidya Huraisha Binti Mohd Hakimi. Umur 23 tahun. Baru aje tamat pengajian di UUM, ambil jurusan ekonomi.. say..."

Belum sempat Lidya menghabiskan mukadimah yang mungkin akan panjang itu, Puan Hana menghadiahkan satu cubitan di pahanya.

"Auchh !" kata Lidya sambil menggosok pahanya.

"Kenapa Cik?" soal Azira.

"Takda apa-apa. Semut api gigit tadi.. hehee" kata Lidya menayangkan sengih hingga menampakkan anak lesung pipit di bawah bibir kiri dan kanan.

Azira hanya mampu menggeleng. Begitu juga dengan Konstabel Shadriq. 'Menarik! belum ada lagi gadis yang lancar bercakap bila berhadapan dengan polis' puji Konstabel Shadriq dalam hati. Dia tersenyum kecil.

******
Setelah selesai disoal siasat, Lidya, Puan Hana dan Liana dibenarkan pulang. Nasib baik tidak perlu diikat jamin. Kes itu tidak lah sebesar mana. Lagipun, itu hanya kesilapan teknikal dan emergency case.

Lidya merebahkan badannya di sofa panjang. Penat ! itu yang dia rasa setelah mengambil masa 2 jam bersoal siasat di balai polis.

"Haa.. lain kali jangan ulang lagi perbuatan tu, malu mak dengan jiran tetangga..Dengar tak ni Sha?" Habislah ! Puan Hana dah start membebel. Tadahkan telinga Lidya.

"Ya mak.. Sha dengar, lain kali Sha akan pastikan yang perut Sha ni akan memulas tepat pukul 8:00 pagi, so.. takda lah polis kecoh nak datang rumah.." jawab Lidya.

"Hmm.. menjawab, cili mulut tu kang biar bengkak.." Puan Hana siap menjeling ke arah Lidya. Liana disebelah hanya diam. Malas masuk campur hal orang tua.

"Hehehe, maaf mak..Sha geram sebenarnya. Ada ke patut letak syarat macam tu kalau nak ambil air mesti tunggu pukul 8:00 pagi. Elehh, kalau ada lagi kes macam Sha tadi, mahu tak melepas dalam seluar aje.." bebel Lidya. Ye la, masakan letak syarat macam tu. Tak pernah dibuat dek orang.

"Hmm, dah syarat macam tu. Kita nak buat macam mana. Kita ni duduk kat tempat orang, Jadi kena lah ikut apapun peraturan diorang.." nasihat Puan Hana.

"Tapikan mak, kenapa Along tak bagitau kita tentang hal ni erk?" soal Lidya lalu bangkit dari pembaringan.

"Agaknya Along kamu lupa kot. Tengok aje pagi tadi, gelojoh sangat mak tengok.. Hmm, takpalah yang dah lepas tu, biarkan. Janji kita dah tau dan jangan sampai berulang lagi.." sempat Puan Hana berpesan sebelum melangkah ke dapur untuk memasak. Sebentar lagi, suaminya akan sampai.

******
"Hahahahahaha.. apa punya alasan lah budak tu tadi Shad.. rasa nak terguling-guling aku ketawa dengar alasan dia.." kata Konstabel Johan dengan sisa tawanya.

Kini, dia dan konstabel Shadriq sedang lunch di restoran mamak.

"Itu lah, aku pun terkejut dengan alasan dia menceroboh lori air tu.. Hahaha"

"Ada ke patut bagi alasan yang dia nak membuang 'hajat'. Dan sebab tak tahan dia terus terjah aje air dalam lori tu sebab air simpanan tak ada..hahaha"

"Hahaha, tapikan betul lah tindakan dia tu. Takkan nak tahan kot. Nak tengok dia membuang dalam seluar aje.. Kalau aku di tempat dia pun, aku pasti akan buat benda yang sama.." ujar Konstabel Shadriq seakan-akan membela Lidya.

"Ha'ah.. aku pun, tak sanggup aku nak membuang dalam seluar. Tapikan, yang aku tak dapat terima dek akal, riak muka dia tu, langsung tak malu nak cerita kejadian tu kat Azira. Selamba memanjang je. Kalau aku mahu aku kelentong dari cerita pasal tu.Dah lah kita ada sekali kat situ.."

"Ye tak ye jugak.. hahaha, lantak lah dia.. Jom balik balai. Kang lambat pulak nanti.."

Seusai saja membayar makanan, mereka berdua terus mengorak langkah ke kereta polis untuk ke balai.

P/S: so, macam mana bab ni ok tak? kalau tak ok, sila komen, kalau ok sila komen jugak.. hehehe.. bye :)

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ