*Bab 77*

3.2K 94 0
                                    

SEKITAR pukul 2:30 pagi tadi, Haikal tiba di rumah. Seperti biasa, driver papanya yang akan mengambilnya di airport. Kalau nak tunggu papa dan mamanya ambil, memang tak lah.

Suhu bilik yang suam-suam sejuk itu menghanyutkan lagi lena Haikal meskipun jam sudah menunjukkan ke angka 7 pagi. Kepenatan yang dirasa sepanjang perjalanan masih lagi belum hilang sepenuhnya.

Tok ! Tok !

Pagi-pagi lagi pintu biliknya sudah diketuk. Tidur Haikal yang lena itu terganggu dek ketukan di pintu biliknya.

"Ish ! apa bising-bising pagi ni. Nak tidur pun tak lena ! " dalam rungutan dia bingkas bangun lalu membuka pintu.

Buka saja pintu, terpampang wajah Datin Ratna di muka pintu.

"Hmm, mama.. ada apa ni ? Kal masih ngantuklah ma.." ujar Haikal dengan mata separuh terbuka.

"Aik, tak siap lagi ? "

"Nak siap pergi mana ma ?"

"Kerja lah.."

"Aduh ! Kal penat ma, penat ! tahu tak. Tak boleh ke bagi Kal rehat satu hari aje.." Haikal mengeluh berat.

"Hmm, nak buat macam mana. Tu dah arahan papa Kal. Kal tahu kan papa macam mana. So, nak tak nak, Kal kena masuk office jugak hari ni.."

Bukan tak kesian dengan Haikal, tapi dia lebih kesian lagi kalau Haikal kena marah dengan suaminya nanti kalau tak masuk kerja.

Haikal mendengus kasar.

"Heh ! tak bankrup pun syarikat papa tu, kalau Kal tak datang sehari !" bentaknya geram.

"Kal, tak baik cakap macam tu. Nanti dek dengar papa Kal, habis Kal kena marah. " tegur Datin Ratna.

Sekali lagi Haikal mendengus kasar.

'Biar mati orang tua tu ! senang hidup aku !' sumpahnya dalam hati.

"Kal cepat siap ye, nanti breakfast dulu sebelum pergi kerja.." putus Datin Ratna setelah melihat anaknya itu menyepi.

"Hmm.. iya lah.." Haikal mengalah juga.

Tak guna baginya melawan cakap Dato Rahim. Semuanya dia yang nak menang, mesti dengar cakap dia saja. Orang lain dia tidak hiraukan.

"Baiklah.. mama pergi bawah dulu ye.."

Haikal sekadar mengangguk lalu menutup kembali pintu biliknya.

******
Konstabel Johan yang sedang termenung di mejanya pantas disergah Konstabel Shadriq.

"Woi, kau dah kenapa ni Johan. Dari jauh lagi aku nampak kau termenung jauh.."

"Uh ? eh.. tak ada apalah, mana ada aku termenung.. pandai aje kau.." sangkal Konstabel Johan.

"Iya ke ? jangan nak tipu aku lah, macam lah aku baru kenal kau hari ni. Kau ada masalah ke ?"

"Ish, aku tak ada apa. Okey aje.."

"Aku tak percaya lah. Dari riak wajah kau ni aku dah dapat agak yang kau ada masalah. Kenapa ? mak kau sakit ke ?"

"Tak.. mak aku sihat aje kat kampung tu.."

"Habis tu ? ayah kau ?" soal Konstabel Shadriq lagi.

Konstabel Johan menggeleng kepala pula.

"Tak.. diorang sihat aje.. kau ni.."

"Eh, aku teka aje. Tak maksud apa-apa pun. Habis tu ? apa masalah kau ?" Konstabel Shadriq masih tidak mahu beralah.

"Aku.. err.. aku.. "

"Aku.. aku.. cepat lah cakap. Sejak bila orang sakai macam kau ni boleh jadi gagap ?" pintas Konstabel Shadriq laju.

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant