*Bab 37*

3.1K 74 0
                                    

PAGI ITU, semua sarapan pagi sudah tersedia di atas meja hanya tinggal untuk disantap sahaja lagi. Lukman yang baru saja selesai bersiap untuk ke tempat kerja terus menuju meja makan.

"Good morning Along !" ucap Lidya ceria dan bersemangat dengan senyuman manis terukir dibibir gadis itu.

Dahi Lukman berkerut melihat semangat lain macam adiknya pagi itu.

"Err, morning too Sha !" balas Lukman, pelik !

"Okey, Along nak makan apa ? Mee goreng atau nak roti bakar ni ?" soal gadis itu masih dalam nada yang ceria.

Lukman semakin pelik dengan semangat dan keceriaan adiknya pagi itu.

'Hantu mana yang sampuk adik aku pepagi buta macam ni? Lain macam..' desis hati Lukman.

"Mee goreng je lah.." maklum Lukman.

"Okey, jap !" Lidya terus menyeduk mee goreng ke dalam pinggan lalu dihulurkan pada Alongnya.

"Nah Long.. makan banyak-banyak tau, nanti tak lesu kat tempat kerja. okey ?"

Lukman hanya memerhati gelagat Lidya pagi itu.

'Takpa, nanti habis makan aku tanya. Tak betul budak ni agaknya.' hati Lukman berbisik lagi.

******
Konstabel Shadriq yang siap berbaju melayu dan berseluar slack hitam itu menuruni anak tangga untuk ke meja makan. Pukul 7.30 pagi nanti, mereka sekeluarga akan pergi menziarahi kubur ayah mereka.

"Selamat pagi Long !" ucap Hani dan Shafiq serentak.

"Pagi angah, dik.." balas Konstabel Shadriq lalu mengambil tempat disebelah Shafiq.

"Ibu mana ?" soalnya sekali lagi.

"Ibu ada kat dapur.." jawab Hani.

"Ohh.. "

Beberapa minit kemudian, Puan Ekin muncul dari ruangan dapur dengan membawa mangkuk besar yang berisi nasi goreng campur.

"Yeah ! lama angah tak makan nasi goreng campur ibu ni.. confirm sedap!" ujar Hani teruja.

"Amboii, nampak sangat rindu masakan ibu ni kan ?" soal Konstabel Shadriq.

Puan Ekin hanya tersenyum mendengar celoteh anak-anaknya.

"Ha'ah.. rinduuuu sangat Long ! kat asrama tu mana ada dapat makan macam ni. Kalau ada pun, tak sesedap yang ibu buat. " seloroh Hani sambil mencedok nasi itu ke dalam pinggannya.

"Kalau ya pun Ngah, tak yah lah banyak sangat ambil nasi tu. Nanti tak habis.." tegur Puan Ekin yang dari tadi hanya menjadi pendengar saja.

"Confirm habis bu. Kalau tak, lepas balik dari ziarah kubur ayah nanti, Hani habiskan. Hehehe"

"Hmm, yelah.. Cepat makan.."

******
Usai saja mengemas meja makan, Lidya terus berlari ke dalam bilik untuk mengambil beg dan kertas kerjanya. Lukman masih setia menunggu adiknya untuk bergerak bersama-sama. Meskipun menaiki kereta masing-masing.

"Okey dah ! jom Long !" ajak Lidya masih seceria tadi.

"Haip jap ! "

"Kenapa Long ?" soal Lidya pelik.

"Ni along nak tanya something kat Sha ni.."

"Nak tanya apa? cepat Long, kang lambat pulak nanti.."

"Okey, actually, what's wrong with you today?" soal Lukman sambil bercekak pinggang.

Tercengang Lidya mendengar soalan Alongnya, kemudian dia ketawa.

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Where stories live. Discover now