*Bab 91*

3K 89 0
                                    

8 bulan kemudian...

MASA berganti masa, hari berganti hari dan bulan berganti bulan. Tidak terasa yang kini usia kandungan Lidya menginjak ke 8 bulan. Perutnya makin membulat. Nampak comel bila Lidya memakai baju wanita mengandung itu. Kini, Lidya sudah menjadi suri rumah sepenuh masa. Dia sudah pun meletakkan jawatan dan terus berhenti kerja dari HKAL'S Holding pada bulan yang lepas.

"Lidya buat apa tu ?" tegur Suha yang masih lagi setia menjadi pembantu rumah banglo itu.

"Tak ada apa kak. Saya nak buat sambal tomato.." ujar Lidya pula dengan senyuman.

Perutnya yang semakin membesar itu menyukarkan sedikit pergerakannya.

"Alaa.. mak buyong ni, haha.. tak apa, biar akak yang buat. Awak duduk kat situ aje." tegah Suha. Dia bukannya apa, takut kalau apa-apa terjadi pada Lidya yang sarat mengandung itu.

"Alah, biarlah saya buat kak.." Lidya sudah merengek manja pada Suha yang sudah dianggap sebagai kakak angkatnya itu.

Suha menggeleng kepala.

"Hm, baiklah. Meh akak tolong sekali.."

"Yey ! thanks Kak Su.." ujar Lidya dengan nada gembira.

"Iya lah.. dah jom cepat masak.. "

Lidya mengangguk lalu dengan penuh bersemangat dia mengeluarkan buah tomato kegemarannya di dalam peti sejuk.

******
Rambut diramas seketika. Muka diraup buat kesekian kalinya.

"Arghh ! serabut !" fail-fail di atas meja sudah berselerak di atas lantai.

Mariana terkocoh-kocoh masuk ke bilik Haikal apabila mendengar suara Bosnya tadi.

"Kenapa bos ?" soalnya agak kalut.

Haikal seperti tidak terurus. Rambutnya agak panjang diselitkan di telinga. Misai tumbuh meliar.

Mencerlung matanya memandang ke arah Mariana.

"Get out !" herdiknya membuatkan badan Mariana terhinjut akibat terkejut.

Tanpa membuang masa, Mariana terus beredar dari bilik itu.

"Shit !" Haikal menahan marah.

Kepalanya bingung memikirkan dua perkara. Satu, tentang syarikatnya yang semakin merundum. Banyak duit syarikat yang hilang sejak bulan yang lalu dan banyak juga pelabur menarik diri dari melabur ke dalam syarikat mereka. Belum lagi segala projek yang sudah ditetapkan ditarik balik oleh mereka. Itu yang membuat kepalanya terasa ingin pecah.

Kedua, tentang kebahagian Lidya dan suaminya saat ini. Minggu lepas, dia kebetulan melihat pasangan itu tersenyum gembira sambil berpegangan tangan di sebuah mall. Sakit hatinya hanya dia hanya tahu. Lebih-lebih lagi, setelah Lidya memutuskan untuk berhenti kerja dari syarikat itu, Haikal semakin tidak terurus. Segala kerja tidak menjadi bila gadis itu berhenti dari syarikatnya.

"Aku tak akan lepaskan korang ! Never !" bentaknya seketika.

Terbayang-bayang wajah gembira Lidya dan Konstabel Shadriq silih berganti di matanya. Umpama putaran video yang memutarkan wajah gembira pasangan suami isteri itu.

Nombor seseorang di dail.

"Hello.." kedengaran seseorang menyapa.

"Hello.. malam ni kita jumpa kat tempat biasa !"

"Okey.."

Klik !

Seraya handphone dibaling di atas meja.

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Where stories live. Discover now