*Bab 30*

4K 92 0
                                    

SUASANA kelab malam itu sungguh bingit dengan bunyi muzik yang begitu kuat dan nyaring. Segelintir manusia di dalam kelab malam itu menari dengan pasangan sendiri dengan penuh gairah. Tanpa mempedulikan orang lain semuanya kerana pengaruh minuman keras.

Tak terkecuali juga Riri dan Nora yang turut sama menari dengan pasangan masing-masing. Setelah puas menari, masing-masing merehatkan diri di sofa yang memang disediakan di kelab malam itu.

"Fuhh, enjoy betul you malam ni babe !" Nora mula bersuara dengan kuat menyaingi bunyi muzik disitu.

"Of course ! I happy malam ni because dah jumpa future husband I pagi tadi.. hahaha" luah Riri dengan gembira. Minuman keras ditenguk sekali.

"Ermm, patutlah. Rizal you mana? Tak nampak pun dari tadi.." soal Nora pula.

"Don't know. I ada bagitau dia tadi jumpa kat tempat biasa. But, errr.. whatever, do i care ?! euuuww !"

"Ye lah tu. Mentang-mentang dah jumpa future husband lah katakan tadi. Tu yang terus buang Rizal tu. Kang mamat tu tahu, habis you Ri.."

"Hahahaha !! You tahu kan dia tu tempat I buang boring jer. Not more than that. Alahh, you tak payah risau lah.. I tahu nak buat apa dengan si Rizal tu nanti. "

"Okey whatever !"

"Yes ! okey.. let's continue our dance ! enjoy tonight !!" ajak Riri lalu bangun dan menari dengan iringan muzik yang rancak itu. Begitu juga dengan Nora yang menuruti rentak Riri.

******
Jam hampir menunjukkan pukul 9:30 malam, namun mata Lidya masih belum mengantuk lagi. Hatinya saat ini tidak keruan. Lukman yang menyedari gerak badan Lidya yang kelihatan gelisah mula bersuara.

"Dik oii, kenapa gelisah semacam aje ni? Dari tadi along tengok adik asyik jeling-jeling jer handphone tu? Kenapa??" tanya Lukman.

"Huh? Ehh, mana ada. Sha tengok TV lah, mana ada jeling-jeling handphone. Apa lah along ni.." dalih Lidya.

"Ye lah tu. Entah-entah tengah tunggu pakwe message kot.. "

Pangg!

Satu tamparan hinggap di lengan Lukman.

"Adooiii ! sakit lah Sha. Apasal tampar along.." Lukman menyeringai kesakitan tamparan Lidya.

"Haah ! siapa suruh merepek malam-malam ni. Kan dah dapat 'hadiah percuma' tu. Ke nak lagi?" Lidya memandang sinis Alongnya disisi.

"Kalau ye pun, mintalah izin dulu. Sakit tau ! Dah lah tapak tangan kecik je, kalau tampar nyamuk confirm hancur nyamuk tu.." sindir Lukman pula.

Lidya menjeling Lukman. 'Amboii sesedap Nasi Ayam Penyet jer along kutuk aku' gerutunya dalam hati.

"Haaa ! mata tu. Cucuk kang ! asyik nak menjeling jer, kang Allah bagi Sha juling baru padan muka." bidas Lukman seraya menegur adiknya.

Lidya yang menyedari kekhilafannya lantas memohon maaf. Berdosa kalau biadap dengan abang sendiri.

"Okey, I'm sorry Long.."

"Ikhlas ke tak tu??" sakat Lukman.

"Ikhlas lah.." jawab Lidya dengan muka selamba.

"Muka tu macam tak ikhlas jer.."

"Habis tu macam mana muka ikhlas, give me example."

"Macam ni.." kata Lukman sambil menunjukkan wajah tersenyum dengan mata juling kepada Lidya.

"Hahahaha!! buruk beno lah muka along tu ! Hahaha" gelak sakan Lidya melihat wajah alongnya itu.

"Haaa, macam tu lah. Baru ikhlas. Cuba Sha buat, along nak tengok.." pinta Lukman pula.

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Where stories live. Discover now