*Bab 90*

3.1K 82 6
                                    

SEKEJAP duduk, sekejap berdiri. Dari tadi Lidya tidak senang duduk apatah lagi setelah menerima sesuatu dari pengirim misteri yang membuatkan hatinya ingin meletup itu.

"Lamanya tak balik.." bebelnya kemudian.

Matanya asyik melirik ke arah pintu utama.

"Ish.. lamanya.." dia berjalan mundar-mandir.

Hatinya menjadi tidak keruan.

Seketika bunyi enjin kereta dimatikan di luar rumah.

"Haa, balik pun.." terus saja kaki menerpa ke arah pintu.

"Assalamualaikum.. eh, sayang.." ucap Konstabel Shadriq yang agak terkejut melihat isterinya berdiri tegak di sebalik pintu.

"Waalaikumussalam.." jawab Lidya agak dingin.

'Aduh, kenapa pulak isteri aku ni, lain macam aje..' detik hati Konstabel Shadriq.

"Sayang kenapa ni ?" soal Konstabel Shadriq kemudiannya.

'Sabar Sha.. belum masanya ni. Bagi dia rehat dulu..' Lidya memujuk hati sendiri.

"Tak ada apa. Lambat balik hari ni ? dah solat Isyak ke ? kalau tak, abang pergi solat dulu.." ujar Lidya mendatar.

"Oh, maaf abang lupa nak bagitahu sayang, tadi kami ada kes kena handle. Abang dah solat dekat surau tadi.." meskipun hairan dengan perubahan isterinya itu, dia tetap membalas dengan nada ceria.

"Oh, kalau macam tu, abang naik mandi. Lepas tu, kita makan sama-sama.." tanpa aba-aba, Lidya terus pergi dari situ meninggalkan suaminya yang terpinga-pinga.

'Aih, ada yang tak kena ni..' detiknya dalam hati.

Mahu tak mahu, Konstabel Shadriq memanjat tangga untuk ke tingkat atas. Hatinya yang ditujah dengan persoalan itu dibiarkan saja, lepas ini dia ada masa untuk bertanyakan hal itu pada isterinya.

******
Di ruang dapur, Lidya menghela nafas panjang. Sedikit saja lagi, hatinya ingin mengalah pada suaminya itu. Bau peluh dan badan suaminya tadi hampir saja membuat Lidya ingin memeluk tubuh sasa itu. Namun, cepat-cepat dia menyedarkan diri.

"Tak boleh jadi ni. Aku kena tanya jugak.." bebelnya seorang diri.

Sambil itu tangannya sibuk memanaskan kembali lauk yang dia masak sebelum Maghrib tadi.

******
Bunyi dentuman muzik di dalam kelab malam itu sungguh membingitkan telinga bagi sesiapa yang belum pernah masuk ke situ. Di satu sudut, kelihatan Haikal dan Riri sedang berbual rancak sambil kepala mengikut rentak muzik yang dimainkan.

"You rasa plan kita menjadi tak ?" soal Riri agak kuat bagi menyaingi irama muzik yang kuat itu.

"Of course ! I yakin sangat.."

"Eleh, jangan nak overconfident sangat lah. Entah-entah dia tak kisah pasal semua tu.." tukas Riri pula.

"You rileks lah. I yakin pasti mengamuk punya, lepas tu cerai ! hahaha " Haikal ketawa sinis.

"Hahaha.. stupid ! hahaha.. "

"Erm, but kalau mereka still together, kita kena buat plan utama tu.." sambung Riri lagi.

"Hmm, depends on situation. Tapi, you kena tunggu arahan dari I.." kata Haikal pula.

Riri menjulingkan matanya ke atas.

"Iya lah. I tunggu you.."

"Good ! Let's cheers !"

"Cheers !"

Serentak Haikal dan Riri meneguk rakus wine anggur di dalam gelas kaca itu.

******
Lidya yang baru sahaja ingin berlalu ke bilik pantas ditegur Konstabel Shadriq yang sedang menunggu di ruang tamu.

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Where stories live. Discover now