*Bab 4*

7.2K 211 1
                                    

TOK ! TOK !

"Masuk.." arah suara dari dalam bilik pejabat.

Tabik hormat diberikan.

"Selamat pagi Tuan.."

"Selamat pagi. Ada apa Johan ?"

"Tuan, kami ada menerima laporan tentang pencerobohan lori air di Jalan Hokai. Ada orang yang mengambil air di lori tersebut sebelum tiba masanya. Hingga menimbulkan perasaan tidak puas hati pada penghuni lain.." lapor Konstabel Johan kepada Inspektor Akmal.

"Hmm.. baiklah, awak dan Konstabel Shadriq pergi sana dan periksa kawasan itu. Bawa orang yang menceroboh tadi ke balai.." arah Inspektor Akmal.

******
Lidya keluar dari tandas setelah membuang 'hajatnya' selama 20 minit. Lama tu. Well, dia cirit birit kot. Tu yang lama buang.

"Fuhh, baru lega.." kata Lidya lalu menepuk lembut perutnya.

Dengan slumber Lidya menuju ke ruang tamu.

"Dah habis buang?"  Puan Hana.

"Dah.." jawab Lidya santai.

Tiba-tiba.. pintu rumah mereka di ketuk.

"Siapa ketuk pintu tu mak?" soal Lidya pelik ! nak kata ayahnya masih awal lagi ni.

Puan Hana menggeleng tanda tidak tahu.

"Mak bukak lah, Lidya nak ambik tudung kat bilik.." tambah Lidya lagi lalu menuju ke biliknya.

******
"Assalamualaikum puan, maaf mengganggu." ucap Konstabel Shadriq yang lengkap berpakaian seragam polis.

"Waalaikumussalam.. ada apa ya Encik ?" soal Puan Hana terkejut dengan kedatangan dua anggota polis ke rumah mereka.

"Kami ada dapat aduan dari penghuni kat sini yang ada orang menceroboh dan mengambil air di lori air sebelum tepat masanya.." jelas Konstabel Shadriq.

Puan Hana terkejut.

"Ad.. ada Encik, tadi anak saya yang ambil air itu.." gagap Puan Hana mengatakannya.

"Kalau begitu, sila ikut kami ke balai. Kami ingin membuat siasatan, ajak anak Puan sekali.."

"Ba..baik Encik.."

******
Tok ! Tok !

Pintu bilik Lidya diketuk dari luar. Dia pantas membukanya.

"Haa, ada apa mak? siapa datang tadi tu?" soal Lidya kehairanan melihat wajah pucat Puan Hana.

"Po.. polis. Mereka nak kita ikut mereka ke balai. Cepat Sha ganti baju dan pergi ke luar.."

Lidya terkejut bukan kepalang. Tapi, dengan riak selamba dia menukar pakaiannya dengan memakai baju Tshirt lengan panjang hitam dan shawl hijau muda serta seluar slack hitam.

******
Puan Hana dan Liana sudah terlebih dulu masuk ke dalam kereta polis. Manakala Lidya dengan riak muka bersahaja menutup pintu dan pagar rumah. Umpama tiada apa yang berlaku. Dia memboloskan diri ke dalam kereta polis. Sempat matanya memandang ke arah cermin luar kereta itu dan dengan eloknya mata dia bertembung dengan mata Konstabel Shadriq yang duduk di hadapan. Lidya pantas melarikan matanya. Seperti biasa riak selamba dipamerkan.

'Ishh, tak rasa takut ke budak tu.. Dah la pergi balai polis ni' bisik hati Konstabel Shadriq apabila melihat riak muka slumber Lidya dalam cermin luar kereta.

Dia menggeleng kepala lalu menumpukan perhatian ke atas jalan raya.

******
Kereta yang dipandu betul-betul berada di depan Balai Polis Gombak. Seriau weh tengok balai polis ni.

Puan Hana menoleh ke kanannya, Lidya sedang nyenyak tidur. Liana sudah keluar dari tadi.Sebelum keluar, sempat Puan Hana mengejutkan Lidya. Dia fikir Lidya dah sedar apabila melihat pergerakan kecil dari Lidya.

"Sha, bangun Sha.. kita dah sampai balai ni" kejut Puan Hana lalu melangkah keluar dari kereta.

"Hmm.." balas Lidya namun mata masih terpejam.

Konstabel Shadriq menoleh ke belakang. Dia menggeleng kepala melihat Lidya yang sedang nyenyak tidur di tempat duduk belakang. Begitu juga dengan Konstabel Johan.

"Cik, bangun.. kita dah sampai balai ni.." gerak Konstabel Shadriq menggunakan mulut. Namun tiada respon dari Lidya. Konstabel Shadriq dan Johan saling berpandangan.

'Biar betul budak ni, orang lain boleh ketar lutut kalau pergi balai, ni dia boleh siap tidur lagi kat belakang tu' omel Konstabel Shadriq dalam hati.

Tidak lama kemudian, Liana kembali setelah menyedari kakaknya belum lagi keluar dari kereta.

"Maaf ye Encik, Angah saya ni memang liat sikit nak bangun kalau dah tidur. Kalah monyet kalau dia dah tidur..hehehe" sengaja Liana mengenakan kakaknya.

Konstabel Shadriq dan Johan hanya tersenyum mendengar bebelan Liana.

"Angah, bangun.. Angah, kita dah sampai balai ni" Liana mengejutkan kakaknya dengan mengoncang badan Lidya agak kuat.

Lidya yang rasa terganggu tidurnya lantas membuka mata. Matanya digosok sebelum dia menguap beberapa kali. Dua orang anggota polis di hadapan tidak dihiraukan.

"Kita kat mana ni dik?" soal Lidya yang masih dalam keadaan mamai.

"Kat balai lah..keluar lah Ngah, mak dah tunggu kat sana tu"

"Ohh.. hmm, keluar lah ni.."

Baru saja ingin melangkah, Lidya memusingkan badannya ke arah kereta kembali. Dia mengetuk pintu kereta di tempat pemandu.

Cermin kereta diturunkan.

"Ye cik? ada apa yang tertinggal ke? soal Konstabel Johan. Konstabel Shadriq disebelah hanya memerhati tingkah Lidya di luar.

"Ermm.. beg saya tertinggal kat belakang.." kata Lidya sambil tangan menunjuk ke tempat duduk belakang.

"Aik.. mana ada Angah bawa beg tadi.." tegur Liana.

"Ehh, takda erk ? ohh, hehe" kata Lidya lalu menggaru kepalanya yang berlapik shawl.

"Maaf ye Encik, saya lupa.. Saya tak bawa beg tadi.. Ok, thanks.." Dengan riak bersahaja dan selamba, Lidya memohon maaf dan mengorak langkah ke balai.

******
"Apa lah budak tu tadi, boleh pulak mengigau pagi-pagi ni.." komen Konstabel Johan.

"Hahaha.. comel apa..Tak pernah lagi aku jumpa orang macam budak tu, tak ada riak takut langsung..Selamba aje muka dia aku tengok."

"Comel tu memang la, tapi perangai dia tu pelik aku tengok.."

"Ok lah tu. Aku suka, ehh.. aku tengok biasa aje.." 'Fuhh, nasib tak terlepas cakap.

"Hmm.. ye la. Ke kau dah fall in love dengan budak tu ?" teka Konstabel Johan.

"Ishh.. mana ada, kenal pun tak. Dah jom lah masuk.." ajak Konstabel Shadriq setelah mereka memarkingkan kereta.

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Where stories live. Discover now