*Bab 99*

4.5K 96 0
                                    

LIDYA termenung di balkoni biliknya. Anaknya sudah nyenyak tidur di atas katil bersaiz king itu dengan bantal kecil diletakkan di kiri dan kanan sebagai penghalang. Suaminya pula entah kemana hilangnya. Angin malam yang mencengkam sampai ke tulang itu tidak hiraukan. Tiba-tiba ingatannya melayang pada cerita suaminya tentang Haikal selepas dua minggu dia dibenarkan balik ke rumah.

"Abang, Sha nak tahu pasal Haikal boleh ? hari tu kan abang tak sempat cerita.." pinta Lidya dengan penuh harapan.

Hatinya meronta ingin mengetahui tentang keadaan Haikal saat ini.

Konstabel Shadriq menarik nafas berat. Rambut isterinya diusap perlahan. Permata hatinya yang sedang nyenyak tidur di sebelah Lidya digamit sebentar.

"Baiklah, tapi sayang kena janji dulu dengan abang.."

"Janji apa ?"

"Janji dengan abang yang sayang tak akan menangis lagi. Deal ?"

Lidya mengerutkan dahinya.

'Eh, kenapa pulak aku nak nangis?' detiknya dalam hati.

Namun, demi untuk mengetahui perihal Haikal, dia mengangguk juga.

"Okey, Sha tak akan nangis. Abang cerita lah.." ujar Lidya dengan penuh yakin.

"Betul ni ?"

"Iya, betul lah. Dah cepat cerita.."

Konstabel Shadriq mengangguk.

"Baik.." nafas ditarik seketika.

"Sebenarnya Haikal dah tak ada.."

Sebaris ayat itu sudah cukup membuat jantung Lidya ingin gugur dari tangkainya. Airmata mulai bertakung di tubir mata. Namun, pantas diseka takut suaminya tidak jadi untuk melanjutkan cerita. Sedaya upaya dia mengawal perasaan.

"Ke.. kenapa boleh jadi macam tu ?" soal Lidya agak sebak.

"Hm.. ingat tak masa arwah Riri nak tembak sayang ?"

Lidya mengangguk.

"Ingat, tapi masa tu Sha dah hampir tak sedar dengan apa yang berlaku.."

"Erm.. betul tu, kalau sayang nak tahu, masa arwah Riri lepaskan tembakan tu, Haikal yang menghalang tembakan tu dari terkena sayang. Dan tembakan tu betul-betul kena tepat pada jantung Haikal. Dan masa tu jugak, Tuan Akmal melepaskan tembakan pada Riri. Kedua-dua meninggal di tempat kejadian. Abang dah tak tahu nak buat apa masa tu sebab abang tengok sayang dah pengsan.."

Lidya menekup mulutnya. Sedaya upaya dia menahan empangan air mata agar tidak pecah, namun gagal. Dia menyembamkan mukanya pada dada Konstabel Shadriq dan menghamburkan tangis di situ.

Konstabel Shadriq mengusap belakang isterinya untuk menenangkannya.

"Shhh.. dah sayang. Tadi dah janjikan tak akan nangis.."

Dia tidak menyalahkan isterinya itu bersedih, Ya ! dia turut bersedih dengan apa yang terjadi. Sungguh dia merasa terhutang budi dengan arwah Haikal. Kalau tak kerana Haikal yang menghalang tembakan Riri dengan badannya, sudah tentu dia akan kehilangan isterinya itu.

Lidya sudah kembali tenang. Sisa airmata pantas diseka dengan hujung jari. Kepala didongak memandang suaminya.

"Abang.. Sha rasa terhutang budi pada arwah Haikal, kalau tak disebabkan dia, tentu Sha dah tak ada lagi kat sini.." sendu kelihatan wajah isterinya itu.

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Where stories live. Discover now