*Bab 84*

2.7K 87 1
                                    

"ASSALAMUALAIKUM sayang.." ucap Konstabel Shadriq sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah itu.

Dengan senyuman manis, Lidya menjawab salamnya.

"Waalaikumussalam abang.." balasnya lalu mengucup tangan suaminya itu dan Konstabel Shadriq membalas dengan kucupan di dahi.

"Sayang buat apa tadi ?"

"Sha tolong Kak Su masak kat dapur tadi.." ujar Lidya dengan senyuman.

"Kak Su ? siapa tu ?" bertaut kening lelaki itu.

Badan yang lenguh dan penat itu direhatkan di atas sofa.

"Aik.. tak kan abang tak tahu pulak, kakak sepupu Johan tu lah. Yang abang cakap semalam.."

Konstabel Shadriq menepuk dahi.

"Allahu Robbi ! hahaha.. iyalah, abang lupa yang maid nak datang hari ni.."

"Haip ! correction eh, not maid but my kakak angkat.." tukas Lidya lalu tersengih memandang suaminya.

"Erk ? sejak bila ?"

"Sejak petang tadi.. haha" lantas dengan manjanya Lidya memeluk tubuh sasa suaminya itu.

"Erhm.. errr, maaf lah.. hehe"

Lidya dan Konstabel Shadriq tersentak mendengar deheman itu. Lantas Lidya menoleh ke sisinya.

"Eh, Kak Su.. hahaha" perasaan malu ditutup dengan tawa kecil.

"Hehe, maaf kalau Kak Su ganggu tadi, hehe.. akak nak hantar air ni aje.." ujar Suha lalu meletakkan dulang yang berisi air sunquick di atas meja.

Lidya menggaru kepala yang tidak gatal. Tampak ketara malu wajah gadis itu kerana Suha ternampak adegan mesra suami isteri itu tadi. Sudah jadi kebiasaan Lidya akan bermanja dengan suaminya ketika lelaki itu pulang kerja. Manakala, Konstabel Shadriq hanya menayang sengih.

"Terima kasih Kak Su. Eh, lupa pulak.. ni suami saya, Shadriq.." ujar Lidya lalu memperkenalkan suaminya pada Suha.

"Shadriq.." kata Konstabel Shadriq sambil mengangguk.

"Suha.. boleh panggil Kak Su aje, oh.. ni yang kawan Johan tu ye ?"

"Ha'ah.. saya lah tu. hehe."

"Johan selalu cerita tentang awak berdua kat akak.. haha, okey lah.. Akak masuk dapur dulu eh,.." kata Suha lalu meminta izin untuk berlalu ke dapur semula.

'Padan sangat Lidya dan Shadriq tu. haha..' detiknya dalam hati.

Hilang saja kelibat Suha dari situ. Lidya memandang kembali wajah suaminya.

"Apa ?" soal Konstabel Shadriq.

"Apa apa ?" soal Lidya pula sambil berpeluk tubuh.

"Aik ? dia yang pandang kita, kita pula yang ditanya apa.. abang gigit kang hidung tu, nak ?" ugut Konstabel Shadriq lalu berpura-pura untuk menggigit hidung isterinya.

"Abang ! hahaha.. eiii, tak malu ke kalau Kak Su tengok nanti.." Lidya hampir terjerit kecil apabila suaminya mendekatkan muka ke arahnya.

"Haha.. sayang tu yang mula dulu tadi kan ? nak salahkan abang pulak.."

"Apa pulak Sha.. werk !"

"Haip, jelir lidah tu. Tak baik tau.."

"Hehehe.. sorry abang, sengaja ! hahaa" lantas dia melentok kembali kepala di dada suaminya itu.

"Manja ! dah abang nak mandi ni, bau peluh pun sayang sanggup peluk abang ?"

"Biarlah, peluh abang wangi sangaaaat ! kejap eh.." tukas Lidya lalu memejamkan matanya.

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Where stories live. Discover now