*Bab 38*

3.2K 91 0
                                    

LIDYA sudah berada di tingkat 4, di mana bilik Bos terletak. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum dihembus perlahan.

"Okey, kau mesti boleh Sha. Mesti boleh, jangan nervous. Buat macam biasa. Ingat pesan Raihan semalam, okey ?! selawat banyak-banyak, baca bismillah sebelum masuk bilik bos.." Lidya memberi kata-kata semangat sambil mengingati diri sendiri.

Sudah seperti hendak menduduki peperiksaan akhir tahun gamaknya. Semakin mendekati meja Fifi, Personal Assistant kepada CEO syarikat itu, jantung Lidya semakin berdegup laju. Tiba sahaja di meja Fifi, dia menarik nafas sebelum memulakan bicara.

"Erhm ! Assalamualaikum Cik Fifi, err.. Bos ada ke ?" Lidya bertanya pada Fifi sebaik saja tiba di meja itu.

Gadis bergaun ikut potongan badan itu mendongak.

"Yes ? waalaikumussalam.. you nak apa jumpa bos ?" soal Fifi kembali.

"Laa, kan Bos suruh saya jumpa dia pukul 10:30 pagi ni.. Cik Fifi tak dimaklumkan ke ?" perangai selamba badak Lidya sudah keluar.

Fifi menggaru kepala yang tidak gatal.

"Yeke ? jap ! I cuba check.."

"Okey.." balas Lidya bersahaja. 'Cepatlah, dah la aku nervous ni. Haih ! ' gumam hati Lidya.

"Ohh, yes ! bos memang nak jumpa you. Lupa pulak I yang you belum lapor diri dengan bos lagi kan. Okey, wait here. I maklumkan pada Bos dulu.." ujar Fifi sebaik saja appointment Lidya dengan Bosnya sudah dijumpai.

Lidya sekadar mengangguk sebagai jawapan.

******
Sampai saja di rumah, Konstabel Shadriq terus masuk ke bilik untuk membersihkan diri. Begitu juga dengan yang lainnya.

Handphone di atas meja di capai untuk melihat jam di skrin handphone itu.

"Hmm, pukul 10:35 pagi. Barang belum kemas lagi ni. Okey, takpa.. mandi dulu.." ujar Konstabel Shadriq sendirian.

Dia terus mengambil tuala yang disidai lalu masuk ke dalam bilik mandi.

******
"Okey, you boleh masuk sekarang. Bos ada kat dalam. But, please make sure you jangan bawa perangai selamba you tu pada Bos pulak.." pesan Fifi pada Lidya.

Lidya sekadar mengangkat bahu sambil bibir dicebikkan.

Dia terus melangkah menuju ke bilik yang bertanda 'CEO Hkals Holdings' itu. Pintu diketuk sebelum arahan masuk kedengaran dari dalam. Dengan lafaz bismillah, Lidya memulas tombol pintu itu dengan perlahan sambil mata dikecilkan. Takut barangkali.

Sebaik saja kaki gadis itu melangkah masuk, dia terus berdiri kaku di situ. Meja di hadapannya kini dipandang kejap.

Dup dap dup dap dup dap

Itu yang dia rasakan kini. Lidya yang kini ralit memandang persekitaran bilik itu, akhirnya sedar dari pemerhatiannya. Cepat-cepat dia memandang ke hadapan semula.

'Eii, bos ni pun. Takyah lah cliche sangat nak pusing kerusi ke belakang. Ingat aku suspen sangat ke nak tahu, eii.. lebih baik takyah kenal bos sendiri lah. Mengada-ngada nak pusing kerusi ke belakang.. Hmm, takpa biar aku tegur dulu, maybe bos aku ni pekak kot, tu yang tak perasan aku ada kat depan ni.. Okey, sabar Sha..' berbakul-bakul kutukan dilemparkan buat bosnya. Namun itu hanya mampu diluahkan dalam hati. Perasaan gementar tadi bertukar dengan perasaan geram bila kehadirannya tidak diendahkan.

"Erhm ! Assalamualaikum.. Bos saya dah sampai.." sapa Lidya bersahaja.

Beberapa saat kemudian, barulah lelaki itu menyahut.

"Waalaikumussalam.. dah lama sampai ?" ujar lelaki itu tanpa memusingkan kerusi ke hadapan.

Lidya mengeluh perlahan takut didengari bosnya itu.

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Where stories live. Discover now