*Bab 72*

3.4K 95 0
                                    

SUASANA di halaman rumah milik keluarga Lidya meriah dengan kedatangan jiran tetangga dan saudara mara Lidya untuk membantu acara gotong royong bagi persiapan majlis pada esok hari.

Di dalam rumah mahupun di luar rumah semuanya penuh dengan sanak saudara dan jiran yang datang membantu.

Dari jauh kelihatan Konstabel Shadriq dan Lukman turut membantu orang kampung mendirikan khemah di halaman rumah mereka.

Manakala, Lidya pula membantu makcik-makciknya untuk mengupas kulit bawang, halia dan sebagainya di bawah khemah yang telah didirikan terlebih dahulu.

"Eh, Lidya.. suami kau mana ?" Lidya yang sibuk mengupas kulit bawang merah itu, diterjah Erma, andartu di kampung itu dengan soalan.

"Tuu.. yang pakai Tshirt hitam tu." Lidya menjuihkan bibirnya ke arah Konstabel Shadriq yang sibuk mendirikan khemah itu.

"Wau ! handsomenya suami kau Lidya.. kerja apa ?" puji Erma teruja.

"Erm, terima kasih.. polis " balas Lidya ala kadar.

Semua penduduk di kampung itu sudah masak dengan perangai Erma yang memilih dan suka mengganggu suami orang. Dan disebabkan sikapnya yang pemilih itu, dia tidak kahwin sampai sekarang. Dan umurnya ketika itu 32 tahun, namun wajahnya tetap awet muda disebabkan bedak yang tebal.

"Ni kalau aku try, confirm melekat punya.." gumam Erma perlahan.

Namun dapat ditangkap oleh Lidya.

"Kak Erma cakap apa tadi ? tak dengar lah.." tungkas Lidya.

"Oh ? hehehe.. tak ada apa.."

Lidya menjeling tajam Erma yang ralit memerhati suaminya itu.

'Ish, andartu ni. Suami aku jugak kau nak try, cuba lah kalau berani. Aku karate kau nanti..' gumam Lidya dalam hati sambil mengutuk Erma.

"Erhm ! Kak Erma tak ada kerja ke ?" tegur Lidya menyentak Erma dalam lamunannya.

"Uh ? eh.. ada.. ni nak buat kerja lah ni. hehehe" ujar Erma dengan sengihan lalu bingkas bangun dari situ.

Sesekali dia memandang ke arah Konstabel Shadriq di hujung sana. Lidya hanya mampu menggeleng kepala melihat andartu itu.

******
Nora menyingkap langsir di biliknya. Hanya rumah itu satu-satunya harta sepeninggalan ibu dan ayah Nora yang meninggal dalam kemalangan.

Ketika itu Nora berumur 15 tahun dan dia dijaga oleh makcik nya di rumah itu yang juga telah kehilangan suami dalam kemalangan yang sama. Ketika umurnya menginjak ke 18 tahun, makciknya pula meninggal dunia. Jadi, Nora hidup sebatang kara kerana dia tidak mempunyai adik beradik lain. Tambahan pula, adik ibunya hanya makciknya seorang manakala ayah Nora pula merupakan anak tunggal.

Sejak hari itu, Nora menjadi anak yang liar dan pertemuannya dengan Riri di kelab malam menjadikan mereka berdua sahabat sekepala.

"Babe ! wake up.. Dah siang dah ni.." kejut Nora.

Riri terjaga sedikit namun matanya masih terpejam rapat.

Sekali lagi Nora mengejutkan sahabatnya itu. Kali ini lengan gadis itu digoncang agak kuat.

"Babe, bangun lah. Nanti mummy you bising pulak.."

"Ish.. ya lah. I bangun lah ni. You ni pun, nak tidur kejap pun tak boleh.." bentak Riri sekali gus merungut.

"I bukannya apa. Nanti you kena sound mummy you kalau lambat balik rumah. Kan daddy you dah pesan semalam. You lupa ke ?" Nora mula membebel.

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Where stories live. Discover now