*Bab 9*

6.1K 180 1
                                    

"HELLO?"

"Hello.. ye ada apa boleh kami bantu?"

"Haa, ini saya mau lapor Encik, ada kemalangan berlaku di simpang Jalan Besar.."

"Baik Encik, terima kasih atas laporan. Kami akan segera ke sana.."

Talian ditamatkan. Konstabel Johan bergegas ke bilik Inspektor Akmal untuk membuat laporan sebelum ke tempat kejadian yang sedia maklum tadi.

******
Kelihatan seorang gadis yang mengenakan blouse lengan panjang warna ungu dan seluar slack hitam dan disarungkan shawl soft purple di atas kepala keluar dari Kedai Kek Hidayah dengan senyuman yang tak lekang dibibir. Gadis itu menuju ke arah kereta Produa warna putih yang menunggu di simpang jalan.

Gadis itu memboloskan diri ke dalam kereta itu.

"So ? macam mana? dapat tak? soal seseorang disebelah gadis itu.

"Tak..." selamba gadis itu menjawab.

"Hmm, takpa lah bukan rezeki kot.. cuba cari kat tempat lain pulak.." pujuk lelaki itu.

Tiba-tiba, terletus ketawa dari gadis itu.

"Hahahahahaha... yeyy! along kena tipu.. hahaha.." sorak Lidya.

"Aik? seram nya, apa yang tipu?" soal Lukman terkejut mendengar tawa Lidya yang tiba-tiba.

"Hahaha.. Sha dapat kerja kat kedai kek tu lah Long.. haha, saja Sha tipu along tadi.." kata Lidya masih dengan sisa tawanya.

Lukman mencerlung mata ke arah Lidya. Dilukunya kepala adiknya itu.

"Aduhh.. sakitlah Long. Main luku-luku pulak.. Kang hilang ingatan pulak Sha nanti. Siapa yang susah ? Along jugak yang susah.. hmm, ish ish ishh.. kesian Along nanti.." omel Lidya dengan riak muka yang selamba. Macam biasa riak muka minah ni.

"Haaa, siapa suruh tipu Along. Suka sangat nak buat dosa kering.. " Lukman buat merajuk.

"Hahaha, sentap wey ayat Along. Sha minta maaf la noh.. janji tak buat lagi.." pujuk Lidya.

Lukman diam masih dengan rajuknya.

"Alahh..buruk beno muka orang tua merajuk ni. Kalau ada awek tengok confirm lari Long..hahaha, dah lah Long. Jom pergi makan, Sha lapar dah ni.." pujuk Lidya lagi.

Lukman menjeling Lidya yang sudah menayang sengih plus muka comel di sebelahnya. Hilang dah riak selamba.

"Berlagak cute lah tu. Mana pergi muka selamba Sha tu. Dah tinggal kat kedai kek ke ?" perli Lukman.

Lidya hanya tersengih.

"Hahaha, ehh.. Long, even muka Sha ni hari-hari slumber, tapi ada part Sha kena jugak tunjuk muka comel disebalik keselambaannya ni.. hehehe"

"Comel lah sangat. Hmm, dah jom.. tadi kata lapar. Nak makan kat mana ni?"

"makan kat Medan aje Long.."

"Ok mem"

Lidya ketawa mendengar bicara Alongnya. Lukman terus meluncurkan keretanya ke destinasi yang ingin dituju.

******
Kawasan di Jalan Besar dikawal rapat oleh anggota polis. Kemalangan yang melibatkan pertembungan antara lori sayur dan sebuah kereta kancil masih berada dalam pemeriksaan polis.

"Lapor Tuan, mangsa kemalangan dikenali sebagai Wahab bin Kasim,45 tahun yang merupakan pemandu lori sayur. Mangsa hanya mengalami cedera ringan di kaki dan tangan. Manakala, mangsa yang memandu kereta kancil dikenali sebagai Husman bin Saad,35 tahun dan Ikman bin Husman, 27 tahun. Mereka meninggal di tempat kejadian dengan keadaan kepala pecah teruk. Mayat mangsa akan dibawa ke HBS untuk bedah siasat. Begitu juga dengan mangsa yang cedera tadi akan dibawa ke hospital yang untuk rawatan.." Konstabel Shadriq membuat laporan kepada Inspektor Akmal.

"Baik. Terima kasih Shadriq.."

Tabik hormat diberikan. Dan Konstabel Shadriq menghampiri Konstabel Johan yang sedang membuat pemeriksaan terhadap kereta mangsa tadi.

Beberapa minit kemudian, ambulance datang ke tempat kejadian. Mangsa-mangsa kemalangan dimasukkan ke dalam ambulance untuk dibawa ke HBS.

******
"Ehh, kenapa tu Long?" soal Lidya pelik.

"Umm.. ada orang kemalangan kot.." jawab Lukman kurang pasti.

Kereta yang dipandu Lukman bergerak perlahan, kerana ada pemeriksaan polis. Cermin kereta diketuk.

"Assalamualaikum Encik, boleh lihat lesen memandu dan ic?" soal seorang polis tadi.

"Waalaikumussalam.. boleh.."

Lukman menghulurkan lesen memandu dan ic pada polis tadi.

Lidya di tempat duduk sebelah pemandu memerhati kawasan yang dikerumuni anggota polis dan orang ramai. Dia dapat melihat sebuah kereta kancil yang remuk dan lori yang terbabas di tepi jalan. ' Hmm, kemalangan rupanya' getus Lidya dalam hati.

Namun, bagai ditakdirkan.. Mata Lidya tertancap pada sesusuk tubuh lelaki yang berpakaian seragam polis sedang leka memeriksa sesuatu di tempat kejadian. Dan bagai ditakdirkan juga, mata lelaki tadi seperti memandangnya di dalam kereta. Seperti biasa, riak selamba yang dipamerkan, walaupun dalam hati dah lain macam apabila melihat pandangan lelaki itu. Lidya pantas mengalihkan pandangannya ke hadapan.

'Aik, dia pandang aku ke? Tak kot.. tak mungkin, kan jauh jarak kereta aku dengan dia. Hmm, alah, firasat aku je kot tu tadi..'

"Dah jom !" Suara Lukman menyentak Lidya dari lamunannya.

Kereta mereka bergerak setelah lulus pemeriksaan polis.

******
'Ehh, macam pernah tengok aje mereka tu tadi. Bukan Lukman dengan adik dia ke ?' teka Konstabel Shadriq dalam hati.

Namun dia malas ambil tahu. Ada hal penting yang dia kena fokus terlebih dahulu. Konstabel Shadriq kembali menyambung kerja pemeriksaannya tadi.

P/S: hmm.. sory sis no idea sgt utk bab. InshaaAllah, nanti bab lain sis akn buat yg lbh mnarik. keep reading.. jgn jemu ye baca..thanks.:)

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Kde žijí příběhy. Začni objevovat