*Bab 31*

3.8K 86 2
                                    

"RAIHAN !!!!" laung Lidya sekuat hati. Airmatanya mengalir laju dipipi. Kejadian itu berlaku hanya sekelip mata sahaja. Dengan pantas dia berlari menuju ke arah Konstabel Shadriq yang sudah berlumuran darah itu.

"Raihan !! tsk~~ tsk~~ bangun ! awak bangun lah ! tsk~~ tsk~~ tsk~~ jangan tinggalkan saya.. bangunlah !" Lidya menangis memahu hatinya. Tidak terbendung lagi airmata yang semakin deras menuruni pipinya.

Orang ramai mula mengerumuni kawasan kemalangan itu. Konstabel Shadriq yang menjadi mangsa langgar lari itu meninggal ditempat kejadian. Lidya tidak menyangka yang pertemuannya dengan Konstabel Shadriq sebentar tadi adalah pertemuan yang terakhir buat mereka.

"Raihan !!! bangunlah ! jangan tinggalkan saya ! Saya dah mula sayangkan awak ! tolonglah !" rintih Lidya lagi sambil mengoncang badan Konstabel Shadriq.

"Raihan !!!!"

"Allahuakbar, Allahuakbar !"

Laungan azan yang berkumandang dihandphonenya menandakan masuk waktu Subuh, membuatkan Lidya tersedar dari mimpinya. Dia bingkas bangun dari pembaringan, pipinya yang basah dek airmata disapu perlahan.

"Astaghfirullahhal'azim.." Istighfar Lidya perlahan sambil mengaup mukanya.

"Mimpi rupanya.. Allahuakbar !" sambungnya lagi.

Nafas ditarik dan dihembus perlahan. Dia tidak menyangka yang dia boleh mendapat mimpi ngeri sebegitu tentang Raihan. Hatinya cuba ditenangkan.

"Ya Allah, kau lindungilah Raihan. Harap-harap dia baik-baik saja.." doa Lidya pada Yang Maha Agung.

Usai saja azan, gadis itu bingkas bangun lalu mencapai tuala untuk membersihkan diri sebelum menunaikan solat Subuh.

******
Pagi ini, keadaan Konstabel Shadriq semakin membaik, panas badannya juga sudah mulai turun. Hari ini dia mengambil keputusan untuk balik ke rumahnya di Batu Caves, memandangkan dia sudah larat untuk memandu jauh.

Beg pakaian sudah pun dikemaskan. Jam menunjukkan pukul 6:40 pagi.

Tok ! Tok !

Pintu biliknya diketuk dari luar. Siapa lagi kalau bukan mat kepoh yang ketuk pagi-pagi begini.

"Waalaikumussalam.. masuklah" jawab Konstabel Shadriq sejurus membuka pintu.

"So, how are you today bro? " tanya Konstabel Johan.

"Alhamdulillah, sihat.. "

"So, jadilah nak balik kampung ni?" soal Konstabel Johan lagi.

"Ha'ah.. aku dah kemas dah pun."

"Okey, sebelum tu, jom breakfast together.. Lama dah aku tak keluar breakfast dengan kau sejak kau tak sihat ni.." ajak Konstabel Johan.

"Aku okey jer, kau nak naik apa?"

"Aku sekali lah dengan kau, nanti sebelum kau nak gerak, kau hantarlah aku kat balai dulu.."

"Hmm, okey lah. Jom ! nanti traffic jam pulak.."

"Okey jom ! "

******
"Baby, I kena balik sekarang.." Haikal yang sudah bersiap-siap untuk pergi dari bilik hotel itu mengejutkan Qina yang masih berselubung dengan selimut.

Qina menggosok matanya.

"You dah nak pergi ke ?" soal Qina dengan suara bangun tidur.

"Ha'ah.. flight I pukul 8:00 pagi nanti. By the way, thanks for semalam baby" ujar Haikal dengan senyuman manis.

"Most welcome honey, anything for you. You betul ke nak balik hari ni?" soal Qina lagi, cuba memujuk lelaki itu.

"Ha'ah. I dah informkan dengan PA I hari tu.."

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Where stories live. Discover now