*Bab 79*

3K 91 0
                                    

KONSTABEL Shadriq jadi tidak keruan. Pelbagai macam cara untuk dia memujuk isterinya itu, namun masih sama. Sikap Lidya yang dingin terhadapnya benar-benar membuat dia susah hati.

Lidya yang kebetulan datang dari arah dapur, dipanggilnya.

"Sayang.. meh sini kejap.. teman abang tengok Tv." panggil Konstabel Shadriq lembut.

"Erm, tak apa lah abang. Sha penat, nak tidur.." tolak Lidya lembut tapi kedengaran agak dingin suara itu.

Konstabel Shadriq menarik nafas panjang melihat kedinginan isterinya itu. Entah apa cara lagi yang harus dia lakukan untuk memujuk isterinya itu.

Derapan kaki Lidya yang memanjat tangga dipandang sayu.

Dia nekad, malam ini dia harus face to face dengan isterinya. Sebaik saja kelibat Lidya hilang, dia terus bangkit dari duduk lalu menutup suis lampu dan Tv.

******
'Riri ! perempuan MURAHAN yang kau cakap mengada tu isteri aku ! aku ulang lagi ISTERI AKU ! dan ini last warning dari aku, jangan kacau hidup aku dan isteri aku lagi ! dan aku tak nak tengok muka kau muncul depan aku lagi ! Faham !'

Riri mendengus lagi. Ayat itu sering kali terngiang-ngiang di telinganya untuk ke sekian kali. Membuatkan hati yang tersedia sakit bertambah sakit.

Tok ! Tok !

Sekilas itu, tombol pintu dipulas dari luar dan tersembul wajah Datin Mia disebalik pintu.

"Kar, meh turun makan.. dari tadi mummy tengok muka Kar monyok semacam ni kenapa ?" soal Datin Mia lalu melabuhkan duduknya disebelah Riri.

Riri menggeleng kepala.

"Kar tak ada selera nak makan mum.. mum and dad makan lah dulu ye.." tolak Riri mendatar.

"Hey, looks at me. Kenapa ni princess ? any problem ?"

Sesekali terdengar dengusan dari gadis itu. Dia menoleh ke arah mummynya dan sesaat air mata dia tumpah lagi. Bukan air mata kesedihan, tapi air mata kesakitan yang dia rasa.

"Shuutt.. kenapa ni Kar ? cuba cerita kat mummy.." sedaya upaya Datin Mia memujuk anaknya. Belakang Riri diusap lembut bagi menenangkan Riri.

"Mum.. Sh.. Shad dah.. k.. kahwin. " ujarnya tersekat-sekat.

Dan saat ayat itu terpancul keluar dari bibirnya, hatinya sakit lagi.

"What ? are you serious ?" Datin Mia agak terperanjat.

Melihat Riri mengangguk dia sudah dapat meneka kenapa anaknya sebegitu rupa. Datin Mia sedia maklum yang Riri amat mencintai lelaki bernama Shadriq itu melalui apa yang anaknya itu cerita kepadanya.

"Hmm.. sabar princess.. mungkin dia bukan jodoh Kar. Kar kena terima kenyataan tu.." pujuk Datin Mia.

Riri menggeleng.

"No mum ! Kar nak Shad jugak !" bentak Riri tiba-tiba.

"Shutt.. sayang , hey ! listen here.. Kar tak boleh macam ni. Dia tu dah jadi milik orang dah.."

"No mum ! Kar tetap nakkan Shad jugak. Kar sanggup lakukan apa pun untuk dapatkan dia balik.." bentak Riri lagi tanpa berfikir terlebih dahulu apa yang dia cakap.

"Karina ! don't dare you do something like that ! mummy tak suka. Biar lah dia dengan keluarganya sendiri. Lagi banyak lelaki kat luar sana yang Kar boleh pilih.." Datin Mia sudah mulai hilang sabar dengan kedegilan anaknya itu.

Riri terpempam mendengar suara tegas mummynya. Kemudian dia mengangguk lemah.

"But mum.."

"Shuutt.. enough, Kar kena lupakan lelaki tu, and bina hidup baru. Jangan nak bazirkan air mata cuma buat seorang lelaki yang sudah jadi milik orang lain.." nasihat Datin Mia pada anaknya. Suara kembali dikendurkan.

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Where stories live. Discover now