*Bab 87*

2.6K 77 0
                                    

SATU luggage besar diheret keluar dari rumah mewah itu. Riri dengan berat hati melangkah sambil membuntuti langkah Datin Mia dan Dato Edward untuk menuju ke laman rumah.

Sesampai saja diluar rumah, luggage besar tadi diberikan pada driver untuk dimasukkan ke dalam bonet kereta.

Datin Mia menatap wajah anak gadisnya dengan senyuman nipis. Rambut anaknya diusap lembut.

"Princess, mummy dan daddy tak lama pun kat sana. 2 month aje. Lagipun, ini atas urusan kerja, kalau tak mummy dan daddy takkan pergi sana.." Datin Mia memulakan bicara.

Jika bukan kerana tuntutan kerja, Datin Mia dan Dato Edward tidak akan pergi ke United Kingdom pada hari itu, malah untuk 2 bulan tempohnya.

Riri menghela nafas berat.

"Hmm.. it's okey mum, Kar faham. Erm, you guys take care dekat sana. Tak apa, Kar dah biasa alone kat sini.." ujar Riri dengan berat sekali.

"Sorry princess. Never mind, after settle aje semua urusan kat sana, kami terus balik sini. Okey ?" Datin Mia memberi jaminan pada anaknya itu.

Riri sekadar mengangguk.

"Sayang, it's time to go now. Flight kita pukul 6:30 pagi ni, kita kena gerak sekarang.." Dato Edward yang hanya jadi pemerhati sejak tadi mula mencelah.

Datin Mia menghela nafas seketika.

"Okey, Kar.. mummy and daddy gerak dulu ya. Kar take care kat sini. Apa-apa, call mummy or daddy. Okey ? bye princess !" ucap Datin Mia lalu memeluk erat tubuh anaknya itu.

"Hm, bye mum, dad ! nanti dah sampai sana call me, okey !" pesan Riri setelah memeluk Dato Edward tadi.

Kereta Alphard berwarna hitam itu bergerak perlahan-lahan meninggalkan perkarangan rumah mewah tersebut.

"Bye !"

Riri melambaikan tangan pada mummy dan daddynya sehingga kelibat kereta itu hilang dari pandangan. Riri mengeluh seketika sebelum dia masuk ke dalam rumah kembali untuk menyambung tidur semula.

******
Masa begitu pantas mencemburui, hari minggu tiba lagi dan pada hari ini juga Konstabel Shadriq akan balik dari operasinya di Sabah. Lidya sudah tidak sabar menunggu suaminya itu balik. Dari semalam lagi, dia sudah memikirkan pelbagai macam aneka masakan untuk dimasak bagi menyambut kedatangan suaminya.

Hari ini Lidya hanya keseorangan di rumah memandangkan Suha balik ke kampung pada petang semalam kerana anak bongsunya demam. Puas dipujuk barulah Suha akur untuk balik ke kampung kerana katanya dia tidak ingin meninggalkan Lidya seorang diri di rumah itu, lebih-lebih lagi setelah kejadian intai dan ugutan itu berlaku.

Ting ! Tong !

Sekilas loceng di pintu pagar rumahnya berbunyi. Lidya agak terkejut. Dia memandang jam dinding sekilas.

"Aik ? baru pukul 8:30 pagi. Tak kan dah sampai kot, malam tadi cakap pukul 9:00 pagi baru nak bertolak dari sana.." gumam Lidya perlahan dan kehairanan.

Dia yang tadinya sibuk mengeluarkan bahan-bahan untuk memasak dari peti sejuk segera menghayun langkah ke sofa untuk mengambil tudung expressnya sebelum menuju ke pintu utama.

Sebaik pintu dibuka, terpampang wajah seorang lelaki di luar pagar. Lidya mulai rasa tidak sedap hati, namun dia tetap juga melangkah ke pintu pagar.

"Selamat pagi Puan !" ucap lelaki itu.

"Selamat pagi.. err, ada apa eh ?" soal Lidya ragu-ragu.

"Oh, ni ada kiriman barang untuk Puan.." ujar lelaki tadi dengan senyuman.

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Where stories live. Discover now