*Bab 88*

2.7K 86 0
                                    

ENTAH mengapa fikiran Lidya melayang kepada peristiwa tadi. Selama 3 bulan itu, ini kali pertama dia menerima ugutan berupa barang hantaran sebegitu. Hatinya juga tertanya-tanya, siapa dalang disebalik semua ini dan apa motif si pelaku. Mengapa si pelaku sering kali memintanya untuk bercerai dengan Konstabel Shadriq. Lidya mengeluh lagi. Buntu dia mencari jalan bagi menyelesaikan masalah itu.

"Sayang.. kenapa mengeluh ni ? tak baik tau.." tegur Konstabel Shadriq yang entah datang dari mana itu.

Selepas Konstabel Shadriq sampai pada petang tadi sekitar pukul 2:00 petang, Fatin dan Syaf terus meminta diri untuk pulang. Dan sempat lagi Fatin berpesan padanya untuk menceritakan apa berlaku semasa ketiadaan suaminya itu.

"Eh, abang.. terkejut Sha tau. Ma.. mana ada mengeluh. Sha cuma tak puas hati dengan ending cerita ni haa.." sangkal Lidya sambil melemparkan senyuman manis pada suaminya yang sudah pun mengambil tempat disebelahnya.

"Iya ke ? tipu abang dosa tau.. baik sayang cakap betul-betul.."

Lidya menghela nafas seketika.

'Perlu ke aku cerita kat dia, hm.. kan dia baru balik dari operasi tentu penat belum hilang lagi.' detik Lidya dalam hati.

"Sayang.. pandang abang.."

Lidya mendongak dan memandang tepat ke wajah suaminya. Serentak itu air mata Lidya mengalir dan terus memeluk Konstabel Shadriq.

Konstabel Shadriq tergamam seketika.

'Aih, kenapa isteri aku ni ? aku ada salah cakap ke ?' bisiknya dalam hati.

"Sayang.. kenapa ni ? hey, dah.. dah.. shhh.. jangan nangis sayang.." Konstabel Shadriq memujuk sambil mengusap lembut belakang isterinya.

Lidya tersedu dalam dakapannya. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia yang selama ini kuat menahan semua rasa takut tiba-tiba menjadi lemah pada malam itu.

"Dah sayang.. Shhh.. dah, dah.. kenapa macam ni sayang ? shh.. dah.." lelaki itu memujuk lagi.

Beberapa minit kemudian, Lidya sudah dapat menenangkan diri. Tangisnya sudah reda. Konstabel Shadriq menyeka sisa air mata ditubir mata gadis itu.

"Sayang kenapa ni ? abang ada salah cakap ke ?" soal Konstabel Shadriq setelah isterinya itu kembali tenang.

Sembap mata itu akibat menangis tadi. Lidya menggeleng kepala.

"Ta.. tak.. ab.. abang tak salah. Sha cu..ma rin..du kat ab..abang aje.." percakapanya tersekat sebab tersedu sedan menangis tadi.

"Erm, sayang jangan nak tipu abang eh. Sayang tak pernah menangis teruk macam ni. Cuba sayang cerita kat abang apa yang berlaku semasa abang tak ada kat sini.." Konstabel Shadriq mula bertanya pada isterinya.

Hatinya kuat mengatakan yang ada benda yang berlaku pada isterinya itu sepanjang dia berkursus di Sabah.

Lidya menunduk.

Konstabel Shadriq menghela nafas panjang.

'Degil !' detik hatinya.

"Sayang, please sayang jangan diam macam ni. Okey, kalau sayang tak nak bagitahu abang, tak apa.. tapi, sayang jangan macam ni ye, risau abang tengok sayang macam ni.." Lidya dibawa ke dalam dakapannya.

Suasana sepi seketika hanya suara dari kaca TV yang kedengaran.

"Abang.." suara Lidya kedengaran setelah lama berdiam diri.

"Hmm ?"

'Erm, aku kena bagitahu jugak..' tekad Lidya dalam hati.

"Sha ada sesuatu nak bagitahu abang. Tapi, Sha nak minta maaf pada abang sebab rahsia perkara ni pada abang. Bukan apa, Sha tak nak abang risau kat sana.." ujar Lidya akhirnya bagi memulakan cerita.

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Where stories live. Discover now