*Bab 35*

3.2K 78 0
                                    

JAM di atas meja sudah meninjak ke angka 5.30 petang. Ia bermakna semua kakitangan Hkals Holdings akan mengemaskan meja mereka sebelum balik kerana waktu kerja sudah tamat.

Lidya yang sedang tekun menyiapkan tugas yang terakhir itu disapa oleh Fatin yang seperti biasa akan menjadi 'jam' kepada Lidya. Gadis itu masih tekun menyiapkan kerjanya dan tidak menyedari kehadiran Fatin disisi meja.

"Erhmm ! Assalamualaikum Cik Lidya, dah tak nak balik ke ?" sindir Fatin dengan sengihan sengit dibibirnya.

"Allahuakbar ! terkejut aku, Waalaikumussalam. Sekarang pukul berapa eh ?" soal Lidya pada Fatin.

Fatin menjongket bahu, berpura-pura tidak tahu.

"Kau tengok lah jam atas meja kau tu.." balas Fatin.

Seperti yang diarahkan Fatin, Lidya menjeling sekilas jam diatas mejanya.

"Alamak ! 5.35 petang dah ? kenapa tak bagitau awal-awal ?" cepat-cepat Lidya mengemas segala yang ada di atas meja.

"Amboii, aku yang tercongok dari tadi kat sini kau tak perasan ? apa lah function jam tangan dan jam kat meja kau tu, kalau kau tak tahu pukul berapa sekarang. Eii.. pelik jugak aku dengan kau ni. Punyalah banyak jam, tapi satu pun tak boleh pakai.." bebel Fatin dengan tangan disilangkan didada.

Lidya dengan sikap selambanya mengemas meja lantas menoleh.

"Amboii, sedap betul mulut mengata aku ye. Takpa, kau kan ada untuk jadi jam aku. hehehe" balas Lidya dengan gurauan.

Fatin mencebik.

"Okey dah. Jom balik ! " sambung Lidya lagi yang sudah melangkahkan kakinya untuk ke pintu.

"Eh eh eh.. kita yang tunggu dia, dia pulak yang tinggalkan kita. Hempuk baru tau rasa budak ni. Wey ! tunggu wey !" Fatin turut mengejar Lidya.

"Cepat lah, terhegeh-hegeh.. Hahahaha" sengaja Lidya ingin mengusik sahabatnya itu.

Fatin menahan geram.

"Siaplah kau nanti.." gumam Fatin sendirian.

******
Konstabel Shadriq yang sedang duduk di bangku luar rumahnya disapa oleh Puan Ekin sambil membawa mug yang berisi Nescafe panas dan cucur udang buat anaknya itu.

"Haii, menung jauh nampak anak bujang ibu ni. Teringat kat siapa tu ?" tegur Puan Ekin.

"Ehh Bu, mana ada.." balas Konstabel Shadriq.

"Nah, nescafe dan cucur udang ni.. Makan sementara masih panas.." hulur Puan Ekin pada anaknya.

Konstabel Shadriq menyambut huluran tersebut.

"Terima kasih bu.. Ibu tak makan sekali ke ? Fiq dan angah mana? "

"Tak, Han makan lah. Fiq dan angah ada kat dapur tu tengah makan ni lah. Okey lah, ibu nak ke dapur dulu ye. Kalau Han nak lagi, ambil kat dapur.."

"Okey bu.."

Hilang sahaja kelibat Puan Ekin ke dapur, Konstabel Shadriq menghirup air nescafe buatan ibunya.

Tiba-tiba, dia teringat akan sesuatu. Dengan pantas handphone di atas meja dicapai.

"Ermm.. nak text ke tak eh? lama dah aku tak tanya khabar dia. ermm.. cuba je lah, rindu sangat dah ni. hehehe.. eh ! merepek lah pulak aku petang-petang macam ni. Err, okey !"

Dengan lafaz Bismillah, Konstabel Shadriq terus menaip sesuatu di ruangan sms nya.

"Okey dah, kalau dia tak reply nasib kau lah Han, kenapa lama sangat baru nak tanya khabar. Entah-entah dia dah lupakan kau.." bebel Konstabel Shadriq sendirian.

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Where stories live. Discover now