*Bab 81*

3.3K 82 5
                                    

Dua minggu kemudian...

MASA begitu pantas berlalu dan kini usia kandungan Lidya sudah masuk ke 8 minggu, tidak lama lagi akan masuk sebulan. Namun, perutnya masih lagi belum kelihatan seperti mengandung. Tetapi, tanda-tanda awal kehamilan sudah mula menyerang dirinya. Morning sickness itu biasa bagi wanita hamil dan itu yang terpaksa Lidya lalui setiap pagi.

Semasa cutinya tempoh hari, Konstabel Shadriq cukup teliti dalam penjagaan terhadap dirinya. Hampir semua kerja rumah dari menyapu lantai, mengemop lantai, mencuci pakaian dia yang melakukannya. Lidya cuma dibenarkan memasak itupun dalam pengawasan darinya. Namun, Lidya cukup bangga kerana mempunyai suami seperti lelaki itu walau kekadang ia agak melampau dan over protective. Tapi, dia suka.

Lidya yang ketika itu berada di pantri dihampiri oleh dua sahabatnya, Fatin dan Syaf.

"Lidya, kau okey ke ?" tanya Fatin yang prihatin terhadap sahabatnya itu.

"Erm, aku okey Fatin.. cuma, pening sikit.." ujarnya.

"Hm, kau nak buat apa ni ?"

"Tekak aku rasa nak minum milo, tu yang aku datang sini.."

"Hm, tak apa.. kau duduk sini dulu, biar aku yang buat, Fatin.. kau nak minum tak ? biar aku buat sekali.." soal Syaf pada Fatin sekali gus mempelawa diri untuk menjadi tea lady buat beberapa minit.

"Erm, boleh jugak.. thanks Syaf.." ucap Fatin.

"Thanks jugak Syaf.. bertuah aku dapat sahabat prihatin macam korang berdua ni.." tutur Lidya dengan sengihan.

"Tentulah, cik abang dah suruh kitorang jaga kau elok-elok kat tempat kerja ni dengan gaji satu hari RM50.." usik Fatin.

"Betul ke ?" Syaf pula mencelah.

"Alaaa, kau ni Syaf.. aku baru aje nak kenakan Lidya tadi, potong stim lah kau ni.." Fatin merungut.

Namun, Syaf hanya menayang sengih.

"Manalah aku tahu.. kau tak bagitahu aku awal-awal.. hehehe, sorry Fatin.."

"Haha, kesian kau Fatin.. prank kau tak menjadi.." Lidya mengejek. Suka benar dia melihat wajah cemberut Fatin ketika itu.

"Tak apa, lain kali aku buat lagi.. haha" Fatin masih tidak mahu mengalah.

Lidya dan Syaf hanya tersenyum kecil melihat semangat Fatin yang membara itu.

Ya ! memang tidak dinafikan yang Lidya memang bertuah dan beruntung mempunyai sahabat yang prihatin seperti mereka.

Beberapa minit kemudian, air milo siap dibancuh oleh Syaf dan diletakkan diatas meja.

"Thanks Syaf.." ucap Lidya dan Fatin serentak.

"Sama-sama, kalau tak sedap jangan komen apa-apa tau, telan aje.. hehehe"

Keadaan senyap seketika saat mereka sedang menikmati air milo buatan Syaf tadi.

"Erm, ni aku nak tanya korang satu soalan.." terjah Lidya tiba-tiba.

Dia memandang Syaf dan Fatin silih berganti.

"Apa dia ?" Fatin menyoal sebagai wakil.

"Aku nak tanya korang sebab apa Rasulullah SAW menggunakan istilah 'Sahabat' dan bukannya 'Kawan' kepada para sahabat baginda ?" soalan dilontarkan buat Fatin dan Syaf dihadapannya kini.

Fatin dan Syaf saling berpandangan sebelum menjawab soalan tersebut.

"Haa, aku tahu ! sebab istilah sahabat itu lebih bermakna bunyinya.." jawab Syaf dengan yakin sekali.

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Where stories live. Discover now