*Bab 22*

4.8K 136 4
                                    

Lidya membawa dua mug ditangannya ke ruang tamu. Satu untuk alongnya dan satu lagi untuk dia sendiri.

"Nah Long.." kata Lidya dengan menghulurkan mug warna merah itu kepada Lukman.

"Wahh.. thanks Sha.."

"Hmm.. sesama" ujar Lidya lalu melabuhkan punggungnya disebelah Lukman.

"Tukar cerita lain lah Long.. boring lah bola ni.." rungut Lidya, dia mana suka dengan sport macam tu. Kalau badminton lain cerita lah, dia memang minat giler. Dato Lee Chong Wei menjadi pujaan dia.

"Boring apanya, best ni.."

"Best apanya, bola satu pun direbut.. Banyak lagi kot bola kat tepi-tepi padang tu. Yang diorang rebut bola tu pasal apa.. Tak ke pelik.." komen Lidya dengan riak selamba. Dah sembuh lah tu.

"Aishh.. kalau mereka masing-masing ada bola, buat apa nak dijadikan permainan bola sepak. Alang-alang tak payah. Sebab benda tu nak dijadikan permainan lah, diorang rebut bola yang satu tu. Apa lah Sha ni, belajar tinggi-tinggi. Tapi, ke laut..hahaha"

Lidya sudah menghadiahkan jelingan maut buat Along. Kang ada yang kena cubit sebentar lagi.

"Adudududuhh ! sakitlah Sha.." adu Lukman kesakitan. Kan dah cakap, ada yang kena 'ketam' dek Lidya.

"Padan muka. Siapa suruh kutuk Sha.."

"Hahaha.. mana ada along kutuk, kenyataan kot.." usik Lukman lagi.

"Nak lagi ke ?" dua jari Lidya sudah standby untuk mengetam alongnya.

"Ehh.. tak.. tak.. Sorry Sha..haha" kata Lukman tersengih dan  masih lagi menggosok lengannya yang dicubit Lidya tadi.

"Tau takut.. " ujar Lidya bersahaja.

Lidya terus mencapai remote control diatas meja dan menukar siarannya.

"Haa ! ni baru best.." Lidya berkata dengan teruja apabila cerita The Lord of Ring kini sedang dimainkan di kaca TV.

Lukman hanya menggeleng kepalanya. Dia terpaksa beralah dengan Lidya kali ini.

******
Malam ini Konstabel Shadriq dan Konstabel Johan bertugas. Mereka ditemani seorang lagi rakan tugas mereka iaitu Konstabel Badrul.

"Kita ronda kat Jalan Teratai dulu lah.. lepas tu kita follow je the next jalan.." cadang Konstabel Shadriq.

"Ok" jawab Konstabel Johan yang kini memandu.

"Asal kau senyap aje kat belakang tu Bad ? " tanya Konstabel Johan.

"Ha? Ehh, tak ada apa lah.. Aku mengantuk..haha" ujar Konstabel Badrul.

"Kau mengantuk ? hahaha.. kau jangan Bad.. " Konstabel Shadriq pula bersuara.

"Hahaha.. aku gurau aje, aku lapar lah ni.. tadi aku tak sempat nak makan.. excited sangat nak bertugas dengan korang berdua.."

"Hahaha.. apalah kau ni Bad. Sampai makan pun tak sempat. Ehh, kalau aku lah kan, tak boleh langsung nak berenggang dengan makanan. Aku dan makanan tiada pisah tau Bad..hahaha" seloroh Konstabel Johan.

"Patutlah aku tengok perut kau dah macam burger kat McD tu je.. hahaha" balas Konstabel Badrul pula.

"Kurang asam kau Bad. Kutuk aku eh, aku drop kau kat sini kang.."

"Hahaha.. yelah.. aku tak kutuk lagi dah.."

"Hmm.. macam tu lah, baru kawan aku.." sengih Konstabel Johan.

Konstabel Shadriq hanya menjongket bahu begitu juga dengan Konstabel Badrul.

******
"Sha.." panggil Lukman.

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Where stories live. Discover now