*Bab 75*

4K 102 3
                                    

CUTI yang diberi selama 3 minggu itu telah tamat. Kini, Lidya kembali bekerja semula. Bak kata omputeh 'Back to Basic' . Baru hari ini dia memulakan tugas sebagai penolong ekonomi manakala suaminya telah mula bertugas pada minggu lepas. Memandangkan dia lebih awal ambil cuti darinya.

Sesampai saja dia di ofis, Fatin dan Syaf pantas meluru ke arah mejanya.

"Lidyaaaa !! wahh! rindunyaaaa !!" mereka bertiga saling berpelukan melepaskan rindu di dada.

Lama kot tidak berjumpa. Hampir 3 minggu lebih rasanya. Lagipun, jam masih awal untuk memulakan kerja. Seketika kemudian, pelukan dileraikan.

"Kau apa khabar ?" soal Syaf.

"Alhamdulillah, aku sihat. Macam yang kau tengok sekarang ni.." ujar Lidya dengan sengihan.

"Amboii ! sengih lebar nampak. Hm, maklumlah kan pengantin baru. Wajah pun berseri-seri..hahah" tukas Fatin pula sekadar bergurau.

"Eleh, aku hari-hari memang berseri apa.." bidas Lidya pula.

"Tapi, seri yang ni lain. Apa kata orang, seri pengantin baru.. hahaha"

Sepantas kilat, satu tamparan halus hinggap di bahu Fatin. Fatin hanya menayang sengih pada sahabatnya. Suka benar dia melihat wajah gembira Lidya saat ini.

"Dah lah korang. Tak sah kalau tak perang mulut kalau dah jumpa.." Syaf pula masuk campur.

Lidya dan Fatin serentak memandang Syaf.

"Apa ?" soal Syaf pelik.

Tidak lama kemudian, berderai tawa Lidya dan Fatin membuatkan Syaf terpinga-pinga.

"Hahahaha ! lawak lah kau ni Syaf. Macam lah kau tak kenal kitorang ni.." tukas Fatin dalam tawanya.

Syaf menceber.

"Eleh, lawak sangat ke ?"

"Eh, lawak memang lawak. Ni kalau kau masuk Maharaja Lawak Mega confirm kau menang.." usik Fatin lagi.

Lidya hanya mampu menahan tawa disebelahnya. Takut Syaf terasa hati.

"Eh, dah lah tu Fatin. Kau ni.. "

Belum habis ayat Lidya, Fatin lebih cepat memotong.

"Haha, okey okey.. aku mintak maaf Syaf.." pintas Fatin lalu memegang tangan Syaf untuk memohon maaf.

"Eh, tak ada hal lah. Aku dah tepu dengan kau ni.." balas Syaf dengan senyuman.

"Oh ? ya ka ? so, kau lah mangsa buli aku selepas ni ?"

"Aik ? kenapa aku pulak ?"

"Iyalah. Kan Lidya dah kahwin, suami dia pun polis. Kang kalau dia lapor kat suami kesayangan dia tu, habis aku. Esok-esok terpampang muka aku kat newspaper dengan tajuk besar 'Pembuli Rakan Sebaya'. Jatuh saham weh ! hahaha.." ulas Fatin panjang lebar dengan gaya sekali.

"Ish, kau ni Fatin. Merepek lah.." bidas Lidya seraya menyenggol lengan gadis itu.

"Entah lah si Fatin ni, loyar buruk ! hahaha.." giliran Syaf pula mengenakannya.

"Hahaha.. dah lah, balik meja masing-masing. Jap lagi waktu kerja.." arah Lidya.

"Hmm.. oh ya, lunch nanti kau ikut kitorang ke ?" soal Syaf sebelum beredar dari meja itu.

"Ha'ah. macam biasa. Kenapa ?"

"Oh.. tak adalah. Kot kau balik rumah ke.."

"Eh, mana ada.. dah dah, buat kerja."

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Where stories live. Discover now