*Bab 46*

2.8K 77 2
                                    

TINGGAL beberapa minit saja lagi, Lukman akan sampai ke kampung halamannya. Jam di dashboard menunjukkan pukul 1 petang. Dia berhenti di kedai makan untuk mengisi perut yang lapar. Perjalanan yang memakan masa selama 6 jam lebih itu sangat memenatkan dirinya.

"Alamak ! lupa pulak nak bagitahu Shad. Aduh ! " dahi ditepuk sekali.

Sesuatu telah ditaip di skrin handphone untuk dihantar pada Konstabel Shadriq. Setelah message dihantar, pesanan pun dibuat.

******
Kedua-dua belah tangan Lidya penuh dengan beg plastik. Aktiviti perbelanjaan memang memenatkan tetapi keseronokan itu tetap ada.

"So, kita nak kemana lagi ni Lidya ? Ada lagi yang tertinggal ke ?" Fatin menyoal Lidya.

"Ermm.. aku rasa takda. Semua dah cukup.."

"Hmm, kalau macam tu. Kita lunch dulu lah sebelum balik rumah."

"Haa, good idea ! lagipun harimau dalam perut aku dah mengaum dah ni. Hehehe.."

"Eleh, tu lah kau. Belanja tak ingat masa. "

"Eii.. tak baik ungkit-ungkit tau, kau jugak yang sudi nak teman aku tadikan ?"

"Hmm, yelah. So, nak makan kat mana ?"

"Kat Medan aje lah. Tak jauh sangat dari sini.."

"Hmm, okey. Jom ! "

******
Baki jus oren disedut hingga habis.

"Alhamdulillah.. kenyang dah." ujar Konstabel Shadriq.

"Aku pun.." sokong Konstavel Johan pula.

"Kau tu mana boleh tak kenyang, ada pulak meroyan nanti.." kedengaran suara Konstabel Badrul memerli.

Sejak bersama-sama dengan Konstabel Johan dan Konstabel Shadriq, dia cukup masak dengan perangai kedua-duanya. Lebih-lebih lagi, Konstabel Johan yang kuat makan dan kuat kenakan orang.

"Amboi, perli nampak.."

"Mana ada, kenyataan kot. Hee"

Sedang Konstabel Badrul dan Konstabel Johan berperang mulut, handphone di atas meja itu berbunyi menandakan ada pesanan diterima.

Lantas Konstabel Shadriq melihat nama si pengirim. 'Lukman ? aih, tak pernah-pernah message aku' detik hati Konstabel Shadriq, kehairanan. Namun, message itu tetap dibukanya.

Lukman: Assalamualaikum bro ! sorry, klau aku kcau kau time ni. Ni, aku nk mntak tolong kau sikit. Blh tak ?"

"Minta tolong ? minta tolong apa pulak ni ? Baik aku tanya direct. Kalau guna message ni payah sikit.." bebel Konstabel Shadriq perlahan.

"Oii Shad ! kau dah kenapa cakap sorang-sorang tu?" tegur Konstabel Johan.

"Eh ? takda apa lah. Jap ye, aku nak on call jap."

Konstabel Shadriq bergerak ke tempat lain untuk memudahkan dia membuat panggilan.

******
"Hello, waalaikumussalam.. Ye Shad ?" jawab Lukman. Kebetulan, dia masih berada di kedai makan tadi.

"Aku nak tanya je, kau message aku mintak tolong. Kau nak aku tolong apa ?" kedengaran suara Konstabel Shadriq menyoal dihujung talian.

"Oh, yang tu. Ingatkan apa lah tadi. Hahaha. Takda, ni sebenarnya aku nak mintak tolong kau tengok-tengokkan Sha sementara aku takda kat sana.." straight to the point. Disebabkan malas untuk berkias-kias lagi. Lagipun, Lukman amat yakin yang sahabat lamanya itu memang menaruh perasaan pada adiknya, Lidya.

Konstabel Shadriq tersentak dihujung talian sana. Nafasnya tidak sehaluan. Namun, sedaya upaya dia mengawal perasaan.

"Err.. memangnya kau kat mana sekarang ni ?"

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Where stories live. Discover now