*Bab 21*

5K 136 0
                                    

EMPAT hari sudah berlalu selepas kejadian itu, demam Lidya sudah semakin kebah. Dia sudah dapat melakukan aktiviti harian seperti biasa tapi Lidya masih lagi belum dibenarkan Lukman untuk masuk kerja. Lagipun,baki cutinya masih tinggal 3 hari lagi.

Tepat pukul 6:00 pagi, Lidya sudah menyediakan sarapan pagi untuk alongnya. Nasi goreng campur dan roti bakar serta air nescafe 3 in 1 menjadi menu sarapan pagi ini.Lukman yang sudah pun siap dengan seragam askarnya mendekati Lidya yang sedang menuangkan nescafe 3 in 1 dalam cawan.

"Selamat pagi Long.." ucap Lidya.

"Pagi Sha.." balas Lukman lalu menarik kerusi untuk duduk.

Lidya juga turut duduk menyertai Lukman bersarapan.

"Wahh.. sedapnya menu pagi ni.." ujar Lukman.

"Ni puji ke perli ?"

"Hahaha, along puji lah.. mana ada perlinya.."

"Ye lah tu.. bak sini pinggan.."

Lukman lalu menghulur pinggan pada Lidya.

"Dah cukup.." kata Lukman.

Doa makan dibacakan oleh Lukman. Mereka berdua lalu menikmati sarapan pagi itu tanpa bicarapun.

******
Konstabel Shadriq sedang bersiap-siap untuk pergi kerja. Tapi seperti biasa, dia dan Konstabel Johan akan singgah dekat mana-mana kedai makan terdekat untuk bersarapan pagi.

Tok ! Tok !

"Kejap !"

Konstabel Shadriq membetulkan lencana polis di baju seragamnya sebelum membuka pintu. Dia tahu siapa gerangan yang mengetuk pintu biliknya tadi. Tombol pintu dipulas.

Tersengih Konstabel Johan diluar bilik.

"Haa.. Johan masuklah.." pelawa Konstebal Shadriq.

"Kau dah ke ?" soal Konstabel Johan seusai saja punggungnya dihenyakkan ke kerusi kayu.

"Dah lah.. Ingat aku macam kau ke ? yang bersiap mengalahkan perempuan.." usik Konstabel Shadriq sekali gus memperli kaw-kaw kawannya itu.

"Alahh.. kau ni, tak baik tau kau kutuk aku pepagi ni, kang rezeki tak masuk.."

"Woihh.. sentap tu Johan,hahaha.. ok ok, aku minta maaf.. tapi, itu kenyataan kan? hahaha.." usik Konstabel Shadriq lagi.

"Hahaha.. kau ni, ye lah.. well, you know me Shad, konstabel yang paling kacak bergaya.. Even kulit aku tak seputih kau tapi itulah yang membuat para wanita diluar sana cair dengan tau.. hahaha" Konstabel Johan sudah memuji dirinya sendiri.

Mencebik Konstabel Shadriq mendengar kata-kata Konstabel Johan itu.

"Elehh, tadi kata aku rezeki tak masuk sebab kutuk kau. Ni terbalik pulak.. Haa, puji lah diri kau tu. Ujub kang rezeki kau pulak tak masuk-masuk.. Perasan !" Konstabel Shadriq memulangkan paku buah keras.

Tersengih-sengih Konstabel Johan jadinya sambil menggaru kepala yang tak gatal.

"Hehehe.. aku gurau aje.. "

"Dah lah.. Jom ! melayan kau ni esok pun belum tentu lagi kita nak keluar sarapan. Entah lusa mungkin baru masuk balai.." bebel Konstabel Shadriq.

"Hahaha.. kau ni, memang persis sama macam Mak Tok aku bila membebel.. "

Konstabel Shadriq hanya menumbuk halus bahu kawannya itu sebelum kedua-dua melangkah keluar dari bilik untuk bersarapan terlebih dahulu sebelum ke balai.

******
Seusai saja sarapan tadi, Lukman sudah bersiap-siap untuk pergi kerja. Kasut boot hitam dipakaikan. Lidya menghantar alongnya sampai ke pintu.

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Where stories live. Discover now