*Bab 94*

2.7K 77 0
                                    

NOMBOR seseorang di dail.

Tutt..

Tutt..

"Hello, ada apa ?"

"Hello bos, aku nak maklumkan kerja beres. Sekarang dia ada dengan aku.."

"Bagus ! bawa ke tempat yang aku cakap hari tu.."

"Baik bos.."

Klik !

"Man.. bawa ke tempat yang bos bagitahu hari tu." arah Kamal pada anak buahnya.

"Okey bos !"

******
"Johan, aku balik dulu lah.. Aku rasa tak sedap hati lah ni. Dari tadi aku call isteri aku tak di angkat. Selalu tak macam ni.." jelas nada kerisauan pada suara Konstabel Shadriq.

Jam sudah pun menunjuk ke angka 8:00 malam.

"Hm, iyalah.. kau balik lah, aku nak alang-alang buat ni kejap. InshaaAllah, semuanya baik saja, kau jangan risau sangat lah. Mungkin isteri kau kat dapur kot.." ujar Konstabel Johan memberi andaian.

"Erm, harap macam tu lah. Okey lah, aku balik dulu.. Assalamualaikum.." pamit Konstabel Shadriq lalu berlalu ke arah keretanya.

"Kalau ada apa-apa, call aku ! Waalaikumussalam.." sempat Konstabel Johan berpesan.

Konstabel Shadriq memberi tanda thumbs up pada sahabatnya itu.

******
Perlahan-lahan mata dibukakan. Pandangan agak kabur akibat terlalu lama mata dipejamkan. Terasa ingin memisat mata, tetapi Lidya merasakan tangannya tidak dapat digerakkan begitu juga dengan kakinya. Dia diculik, ya diculik oleh siapa ? entah, dia sendiri tidak tahu motif penculik itu menculiknya. Sedar-sedar saja, dia sudah berada di bilik yang gelap itu.

'Aku dekat mana ni ?' detiknya dalam hati.

Dia melihat sekeliling. Gelap. Hatinya sudah tidak keruan, pelbagai persoalan menerjah ke dalam kotak fikirannya. Dia cuba untuk bergerak namun tidak dapat kerana tangan dan kakinya di ikat. Dan tiba-tiba...

Pingg !

Serta-merta tempat yang gelap tadi menjadi terang benderang akibat cahaya mentol dinyalakan. Berkedip-kedip mata Lidya akibat cahaya yang terang itu. Saat matanya dibuka, dia melihat dua figura manusia berdiri dihadapannya dengan senyuman sinis.

"Korang siapa ?" soal Lidya dengan berani.

"Kami ? hahaha.. manusia lah, siapa lagi. hahaha.." kata salah seorang dari mereka lalu ketawa kuat.

"Lepaskan aku lah ! korang nak apa ni ?! " Lidya sudah mengherdik dua lelaki dihadapannya kini.

"Hahaha.. lepaskan kau ? boleh.. boleh jalan lah.. hahaha.."

Lidya mengetap bibir tanda geram. Terasa dirinya dipermainkan saat ini.

"Eh, lepas lah ! aku tak buat salah pun pada korang ! lepaskan aku !" kali ini Lidya separuh menjerit.

"Hahaha.. memang pun kau tak buat salah pada kami, tapi kau buat salah pada bos kami.. hahaha" lagi-lagi dua lelaki itu ketawa.

Apa yang lucu sangat, Lidya sendiri tak mengerti.

"Siapa bos korang ?!"

"Manusia.. hahaha.." mereka ketawa lagi.

'Cis ! gila ke apa diorang ni..' kutuknya dalam hati.

Handphone lelaki yang berdiri disebelah kanannya berbunyi. Serta merta ia diangkat.

"Hello.. haa, okey bos.."

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Where stories live. Discover now