*Bab 33*

3.3K 81 11
                                    

"MAK JAH, Kal dah bangun ke ?" tanya Datin Ratna ketika Mak Jah iaitu pembantu rumah itu sedang menghidang sarapan pagi di atas meja.

"Belum lagi rasanya Datin, semalam Encik Kal sampai rumah lewat, pukul 3 baru dia sampai semalam." jelas Mak Jah.

"Sampai lewat tak semestinya tak pergi office hari ni. Mak Jah pergi kejutkan dia sekarang. " celah Dato Rahim tiba-tiba dengan nada yang biasa namun tegas.

"Baik Dato " Mak Jah pantas berlalu ke tingkat atas untuk mengejutkan Haikal seperti yang diarahkan.

"Iee, You ni. Biarlah Kal rehat sehari dua, penat semalam pun masih belum hilang lagi, ni dah nak suruh Kal masuk office balik. Tak kesian ke dengan Kal tu. " Datin Ratna yang kurang setuju dengan keputusan Dato Rahim mulai bersuara.

"Haa, tu lah you manjakan sangat anak tu. Nanti dia pijak kepala kita baru tau rasa." balas Dato Rahim tanpa memandang wajah isterinya.

"Ke situ pulak you ni. Dah lah, malas lah I nak cakap dengan you ni. You makan lah sendiri."

"Ni lah perempuan, cakap sikit nak merajuk." Tanpa menghiraukan rajuk isterinya, Dato Rahim melanjutkan suapan mee goreng basah ke dalam mulutnya.

******
Tok ! Tok !

"Encik Haikal ! bangun ! Dato dan Datin ajak Encik Haikal sarapan sama.." panggil Mak Jah namun tiada sahutan dari dalam bilik itu.

Tok ! Tok !

"Bangun Encik Haikal !" sekali lagi Mak Jah memanggil anak bujang majikannya itu. Tetap juga tiada sahutan.

'Tidur mati agaknya' desis hati Mak Jah.

Sekali lagi dia mengetuk pintu.

Tok ! Tok ! Tok !

Haikal yang rasa terganggu dengan ketukan pintu biliknya yang bertalu-talu naik berang. Sudahlah semalam dia sampai lewat ke rumah, pagi-pagi ni ada pulak yang ganggu tidurnya.

Haikal merengus sebelum bangkit untuk membuka pintu yang masih diketuk dari luar.

"Ye ! ada apa ni Mak Jah !" sergah Haikal sebaik saja pintu bilik dibuka.

"Oh muka kau hijau ! " latah Mak Jah akibat disergah begitu.

Haikal apalagi makin berang lah jadinya.

"Kalau Mak Jah datang sini setakat nak tunjuk latah Mak Jah tu lebih baik blah la ! kacau aje orang nak tidur !" herdik Haikal kasar tanpa menghiraukan perasaan Mak Jah.

Mak Jah tertunduk takut.

"Haa, apalagi masih tercegat kat sini ! blaah la !"

"Err, tapi encik.. err.."

"Apa tapi tapi ?!" sergah Haikal lagi.

"Dato dan Datin panggil Encik Haikal !" lancar sekali ayat itu meniti dibibir si tua itu apabila disergah sedemikian rupa.

"Nak apa?" soal Haikal kembali.

"Tak tahu, Dato dan Datin suruh panggil aje, mereka ada kat bawah. " ujar Mak Jah takut-takut.

"Hmmm.. yelah ! nak tidur pun tak senang ! nanti saya turun. " pesan Haikal sebelum dia menutup kembali pintu biliknya.

******
"Wau babe ! cantiknya accessories yang you pakai ! bila you beli ?" puji Nora sebaik saja melangkah kaki ke butik Riri.

Riri yang sememangnya seorang gadis yang cantik bertambah semakin cantik dengan dibaluti emas putih di leher, telinga dan tangannya. Gadis itu tersenyum manis apabila mendapat pujian sebegitu.

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Where stories live. Discover now