*Bab 10*

6.6K 180 0
                                    

MALAM ITU, semua ahli keluarga Lidya berkumpul di ruang tamu. Mereka melepak di ruang tamu sambil menonton televisyen. Cerita 'Zombie Kampung Pisang' menjadi pilihan Lidya.

"Sha, esok mak, ayah dan adik balik kampung tau. Cuti sekolah adik dah nak habis dah ni.." ujar Puan Hana memulakan bicara.

Lidya menoleh selamba ke arah ibunya di sisi.

"Hmm, ye la mak. Tinggal lah Sha sorang kat sini.." nada Lidya pura-pura sedih.

"Aihh, nak sorang apanya. Along kan ada.." Encik Hakimi pula menyampuk.

"Ha'ah.. lagipun, Sha dah dapat kerja kan sekarang. Takkan tak jadi kot, bukan senang nak dapat kerja sekarang ni Sha. Takpa walaupun kerja kat kedai kek, janji halal aje. Sementara tunggu keputusan temuduga Sha hari tu. Elok kerja kat sana dulu.." nasihat Puan Hana.

"Ha'ah Sha.. betul tu, ada jugak yang tolong Along jaga rumah masa Along kursus ke apa nanti.." sampuk Lukman pula.

Lidya menjeling Alongnya yang tersengih mengangkat kening.

"Eleh, banyak lah jaga rumah Along ni. Baik Sha cari rumah sewa aje.." bantah Lidya.

"Mana Sha ada duit nak bayar sewa" sakat Lukman lagi.

"Err.. mak dan ayah kan ada..hehe" Lidya tersengih memandang mak dan ayahnya.

"Ehh, mana boleh. Mak dan ayah mana ada duit.." sanggah Lukman lagi.

Belum sempat Lidya membuka mulut, Puan Hana menyampuk.

"Eh, dah dah lah tu. Tak payah nak bertekak malam-malam ni. Hmm, Raisha tak payah nak sewa sewa rumah. Duduk aje dengan along. Bahaya kita tak tau kat luar sana. Sha tu perempuan. Kalau duduk sini along dapat tengok-tengokkan.." leter Puan Hana sekaligus memberi kata putus pada Lidya.

Lidya terpaksa mengalah. Kang melawan ada pulak jadi anak derhaka nanti. Nauzubillah..

Lukman yang duduk di sofa bertentangan dengan Lidya. Tersenyum kemenangan lalu mengangkat thumb up pada Lidya. Lidya membuat muka meluat dan mata dijulingkan ke atas.

******
"Johan, kita ke Jalan Hokai sekarang. Ada yang lapor tentang kes pecah rumah.." arah Konstabel Shadriq.

Kereta dipandu menuju ke arah jalan yang disebutkan Konstabel Johan tadi. Mungkin malam ini, mereka akan dapat menangkap suspek yang sudah lama mereka cari. Itupun kalau suspek yang sama.

Konstabel Shadriq dan Konstabel Johan telah sampai di depan kawasan perumahan Jalan Hokai. Dari awal lagi siren kereta polis dipadamkan agar tidak didengari oleh suspek. Anggota lain yang bertugas turut diberitahu dan mungkin akan tiba sebentar lagi.

Konstabel Shadriq menghubungi semula orang yang membuat panggilan tadi.

Beberapa minit kemudian, seorang lelaki dan wanita keluar dari rumah mereka secara senyap takut suspek dengar. Mereka memberitahu tentang suspek pecah rumah yang masih belum keluar dari rumah teres yang tiada berpenghuni dari tadi.

Konstabel Shadriq dan Konstabel Johan yang telah mendapat maklumat terus menerpa ke arah rumah yang dimaksudkan. Saksi mata tadi diminta untuk bersembunyi di rumah agar tidak diketahui suspek. Rumah itu terletak di hujung kawasan perumahan itu.

Dengan perlahan-lahan, Konstabel Shadriq dan Konstabel Johan menyintai ke dalam rumah tersebut disebalik pagar. Dapat dilihat seorang lelaki yang mengenakan topeng muka keluar dari rumah berkenaan dengan membawa beg hitam besar dibelakangnya. Konstabel Shadriq dan Konstabel Johan sudah bersiap sedia dengan pistol ditangan. Mereka bersembunyi disebalik dinding pagar itu.

Ketika suspek melompat keluar dari pagar, Konstabel Shadriq pantas menerkam suspek. Konstabel Johan pula mengarahkan pistol ke arah suspek. Konstabel Shadriq bergelut dengan suspek tadi.

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Where stories live. Discover now