*Bab 34*

3.2K 83 7
                                    

SUASANA di pejabat yang riuh menjadi senyap tiba-tiba apabila kelibat Haikal muncul di ruangan office bahagian ekonomi. Semua staff dibahagian tersebut kembali serius melakukan kerja mereka. Meskipun hairan melihat Boss mereka yang datang office dekat waktu rehat, namun persoalan itu hanya disimpan dalam hati setelah melihat angin tak seberapa baik boss mereka itu.

Fuad selaku ketua bagi bahagian itu datang menerpa ke arah Haikal.

"Err boss, ada apa-apa boleh saya bantu ?" soal Fuad takut-takut.

Nafas dihembus perlahan sebelum berbicara. Sebentar tadi, lelaki itu baru sahaja memarahi staff-staff di bahagian marketing. Disebabkan seorang yang buat salah, semuanya kena sekali.

"Hmm, takda apa. Saya cuma nak buat sport check aje. Kot-kot ada yang curi tulang time kerja macam ni." biasa namun tegas sekali kata-kata yang meluncur keluar dari mulut lelaki berkaca mata hitam itu.

Lidya yang mejanya tersorok sedikit di belakang, hanya mampu mendengar kata-kata lelaki yang dipanggil Boss itu tadi. Hanya belakang lelaki itu yang dia nampak memandangkan lelaki itu membelakanginya.

'Amboii, garang betul boss aku ni. Tak ada ke boss yang baik-baik dalam dunia ni, asyik nak marah pekerja aje. herh' gerutu Lidya dalam hati. Kalau cakap terang tang tang mahunya tutup bukulah dia jadinya esok.

Tanpa menghiraukan Fuad dan Haikal, Lidya kembali menyambung kerjanya sebelum masa rehat tiba.

"Takda Boss, semuanya elok saja buat kerja. Saya yang pantau mereka. Jadi Boss tak payah risau." ujar Fuad lagi.

"Fine, if thats case. Okey ! awak sambung kerja, saya nak naik atas." kata Haikal sebelum melangkah kaki dari department itu.

******
Konstabel Shadriq yang segak mengenakan baju melayu berwarna coklat dengan songkok hitam itu sudah bersiap-siap untuk menunaikan Solat Jumaat di masjid yang berdekatan. Meskipun jam baru menunjukkan pukul 11.50 a.m , namun dia harus berangkat awal bagi mengelakkan traffic jam. Lebih-lebih pada hari itu.

"Bu.. " panggil Konstabel Shadriq namun tiada sahutan dari ibunya.

"Ehh, mana ibu ni ?" soal lelaki itu sendirian dan hairan.

"Ibu.. Han dah nak gerak ni bu.."

Seminit kemudian, barulah Puan Ekin muncul dari ruangan dapur.

"Han dah nak gerak dah?" soal Puan Ekin pula.

"Ha'ah. Ibu dari mana tadi, Han panggil tak dengar, ibu okey ke ?" soal Konstabel Shadriq, risau.

"Ehh, ibu okey. Apa yang tak okey nya. Ibu dari bilik air tadi, tu yang tak dengar. Dah lah tu, tak payah risau sangat, Han gerak lah kang sangkut pulak kat traffic jam nanti. " jelas Puan Ekin dengan senyuman manis.

Konstabel Shadriq yang sempat merasa risau mula menarik nafas lega. Senyuman dihadiahkan buat ibu tercinta.

"Baiklah kalau macam tu. Fiq mana bu? tadi kata nak ikut sekali."

"Fiq ? Haa.. tu dia, panjang umur. Waa, segaknya anak ibu ni." kata Puan Ekin seraya memuji anak bongsunya itu.

Mendengar saja pujian ibunya, Shafiq menayangkan sengih.

"Dah siap Fiq ?" soal Konstabel Shadriq.

"Dah Long "

"Okey jom ! Ibu, Han pergi dulu eh, ibu hati-hati kat rumah. Kalau ada apa-apa terus aje call Han. " Sempat Konstabel Shadriq berpesan sebelum menyalami tangan ibunya yang turut diikuti Shafiq.

"Haa, yelah. Hati-hati drive tu. Balik nanti terus aje ambik angah, ibu ada bagitau dia tadi yang ada orang akan ambik dia. Tapi, ibu tak cakap yang Han nak ambik angah."

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Where stories live. Discover now