*Bab 7*

6.8K 190 0
                                    

"ASSALAMUALAIKUM.. pagi Tuan !"

"Waalaikumussalam. pagi Shadriq, ada apa?" soal Inspektor Akmal.

"Haa, ni Tuan.. saya nak serahkan laporan bagi kes ragut semalam. Mangsa tiada mengalami sebarang kecederaan dan suspek berjaya ditangkap.." lapor Konstabel Shadriq sambil menyerahkan dokumen laporan kepada Inspektor Akmal.

"Bagus.." kata Inspektor Akmal sambil menyambut huluran laporan tadi.

"Kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu Tuan.."

Inspektor Akmal mengangguk. Tabik hormat diberikan oleh Konstabel Shadriq dan dia berlalu keluar.

******
Lagu Drag me down nyanyian kumpulan one direction bergema di segenap ruangan bilik Lidya. Dia bergerak malas untuk mengambil handphone Samsung Galaxy S6 Edge miliknya di atas meja solek.

Butang hijau di skrin ditekan sebagai sahaja mengenali identiti pemanggilnya. 'Syaf' yang merupakan jirannya dan sahabat baiknya di universiti dulu.

"Assalamualaikum, haa.. ada apa Syaf ?"

"Waalaikumussalam.. amboi kau, garang nya.. takda lah, aku rindu kau aje..hehehe"

"Bertuah punya kawan.. aku tak main lah rindu-rindu ni..hahaha"

"Cissmore kau Lidya.. eh, ni aku nak tanya ni, kau dah dapat kerja ke kat sana?"

"Hmm, belum lagi lah Syaf. Aku keluar pun belum ni, macam mana nak dapat kerja nya.."

"Ohh, ye ke? kesian..hahaha"

"Ehh, perli nampak.. Yang kau sibuk tanya aku ni, kau tu pulak dah dapat kerja ke 2×5 dengan aku..?"

"Hahaha, well.. aku dah dapat kerja lah sebab tu aku call kau nak bagitau ni.."

Terbuntang mata Lidya mendengarnya. 'Biar betik?'

"Wauuu! betul ke? kau kerja kat office mana? gaji berapa?"

"Hahaha, office datuk aku.. Hahaha"

"Office datuk kau? cehh, kau jangan main-main Syaf. Datuk kau mana ada office.."

"Hahahahaha, ok ok.. aku tak kerja kat office lah, aku kerja kat kedai baju kat Shopping Mall Casa Limbong. Mana ada syarikat nak terima aku ni..hahaha"

"Hmm, kira ok lah tu kau dah dapat kerja, yang aku ni still lagi tanam anggur. Maybe next week aku nak ajak along aku keluar cari kerja. Esok baru dia balik.."

"Baguslah kalau macam tu. Takda lah anggur kau tanam banyak sangat,dah nak masuk 3 bulan kot. Ohh, btw, anggur kau dah ada yang masak tak? hahahaha"

"Syaf ! aku kaki jugak kau kalau aku balik nanti. Tunggu kau.."

"Hahahaha, sory sory.. aku gurau aje lah. Teringin jugak aku nak tengok muka kau marah, asyik nak selamba aje kau aku tengok..hahaha" Syaf masih lagi dengan sisa tawanya.

"Gelak lah kau, gelak puas puas, nanti aku balik kang aku cabut rahang kau.." Lidya mengugut Syaf.

"Hahaha, alah.. aku gurau aje lah.. jangan marah sayang.. hahaha, ok lah Lidya. Aku cau dulu. Nak sambung kerja ni.. kirim salam dekat mak ayah kau. Assalamualaikum.."

"Yela, kerja elok elok. Waalaikumussalam."

Talian ditamatkan.'Syaf dah dapat kerja. Aku pulak masih menganggur ni.. hmm' bebel Lidya dalam hati.

Dia bangkit dari pembaringan lalu menghayun kaki untuk ke ruang tamu.

******
Konstabel Shadriq dan Konstabel Johan lunch di restoran D'Laman Ayam Penyet bersebelahan dengan balai mereka. Mereka memesan nasi ayam penyet bakar dan air milo ais untuk Konstabel Shadriq dan air sirup bandung untuk Konstabel Johan.

Makanan di dalam pinggan masing-masing licin. Lapar sangat agaknya. Konstabel Johan menyedut baki air di dalam jelas.

"Dah, jom. Kau bayar aku tunggu sini.." kata Konstabel Johan kepada Konstabel Shadriq.

"Alah, asyik aku je yang bayar. Kau pulak yang bayar.." protes Konstabel Shadriq.

"Ehh, aku kenyang sangat ni. Tak mampu nak jalan dulu.."

"Herh.. alasan.." Konstabel Shadriq terpaksa mengalah dan berlalu ke kaunter pembayaran.

Konstabel Johan senyum kemenangan.

******
Seusai membayar, Konstabel Shadriq ingin kembali ke meja Konstabel Johan menunggu. Tiba-tiba, dia dilanggar oleh seseorang apabila dia ingin memusingkan badan untuk melangkah.

"Opss ! sorry.." ucap si pelanggar.

"It's ok. Cik tak apa-apa?" soal Konstabel Shadriq. Yela, poliskan of course la ambil berat pasal rakyat Malaysia. hehe

Si pelanggar tadi mengangkat muka memandang Konstabel Shadriq. 'Handsome !' desis hatinya.

"Hello, cik tak apa-apa ke?" sekali lagi Konstabel Shadriq bertanya sambil memetik jari di hadapan si pelanggar itu.

Si pelanggar tersentak dari lamunan.

"Ehh, I ok.. thanks..I Riri Karina,panggil I Riri aje.. you?"

"Good. Hmm, saya pergi dulu.." kata Konstabel Shadriq lalu mengatur langkah tanpa menjawab soalan dari gadis yang memakai dress ketat paras lutut itu.

Riri Karina tersenyum sinis. 'Hmm, jual mahal. But, I like it..' desisnya dalam hati lalu berlalu ke kaunter pembayaran untuk membayar makanannya tadi.

******
"Siapa tadi tu bro? cun aje aku tengok.." usik Konstabel Johan.

"Entah.." jawab Konstabel Shadriq malas.

"Eleh, tak kan tak kenal kot. Tadi aku tengok bukan main borak lagi.."

Konstabel Shadriq menjeling Konstabel Johan yang tersengih di sebelahnya.

"Hishh, kau ni Johan. Kau tu polis, jangan nak menggatal sangat. Kalau dah gatal sangat, kau kawin aje lah.. senang, habis cerita.."

"Alah, kau ni Shad. Polis pun ada hati dan perasaan tau. Hahaha, ehh, kau lah kawin dulu, lepas tu baru aku.." usik Konstabel Johan lagi.

"Aku pulak? kau yang menggatal.. Aku nak kawin ngan siapa? Lembu? awek pun tak da.."

"Cop! cop! siapa cakap takda. Yang tadi tu? hahaha" usik Konstabel Johan lagi.

Konstabel Shadriq menumbuk bahu kawannya itu.

"Melampau kau Han, awek tu aku pun tak kenal. Ehh, dah lah.. bercakap dengan kau, esok pun kita tak sampai balai.."

Konstabel Shadriq melajukan langkah kakinya ke arah kereta.

"Ehh, tunggu aku !"

Konstabel Johan berlari anak mengejar Konstabel Shadriq. Kang di tinggalnya Konstabel Johan kat situ. Mana dapat dijangka tindakan Konstabel Shadriq ni. Ikut kepala dia aje.

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]On viuen les histories. Descobreix ara