*Bab 13*

5.5K 165 10
                                    

PAGI ITU, hujan turun dengan lebatnya. Namun, dalam hati Lidya sempat bersyukur kerana Allah masih menyayangi hamba-hambaNya dengan menurunkan rahmatNya agar bumi tidak menjadi kering kontang. Dia membaca doa yang selalu dia baca waktu hujan turun 'ALLAHUMMA TAIYYIBAN NAFI'AN' dan terus berdoa dalam hati.

"Lidya.. " panggil Sima.

"Yup ?" sahut Lidya bersahaja.

"Aku nak tanya kau sikit ni.. boleh tak?" pinta Sima.

"Tanya lah.. selagi aku ada jawapan, aku jawab.." riak selamba ditayangkan.

"Ishh, betul ke kau tak kisah ni. Aku tengok muka kau macam tu aje dari tadi, bukan aje dari tadi. 2 minggu lepas lagi aku tengok riak muka kau selamba memanjang aje.." komen Sima.

Lidya yang mendengar bebelan Sima meletuskan tawa. Entah apa yang kelakar di pendengarannya.

"Kau pasal gelak?"

"Hahaha, kau tu la.. kelakar !" kata Lidya dengan sisa tawanya.

"Apa yang kelakar, betul apa yang aku cakap tadi.." Sima tak mahu kalah.

"Yelah. Dah memang riak muka aku macam ni. Nak buat macam mana lagi. Tapi, adalah part aku akan buat muka comel aku. Orang beruntung aje yang dapat tengok.." tutur Lidya selamba lagi.

Sima mencebikkan bibirnya tanda 'perasan'.

"Cehh, malas layan kau. Ni aku nak tanya ni, siapa lelaki yang hantar dan amik kau balik dari kedai ni? sejak 2 minggu lepas dah aku nak tanya, tapi takda masa.." soalan diajukan kepada Lidya.

Kening Lidya diangkat.

"Kenapa? Kau berkenan eh?" usik Lidya.

"Ishh, mana ada.. Aku tanya aje lah, mana lah tau kot kot tu orang jahat ke, kau mana tau.." cover Sima.

"Hahaha, tu Along aku lah.. takda jahatnya. Boleh jugak kalau kau nak berkenan, along aku still single and available tau.." usik Lidya lagi tapi riak dia masih selamba.

Sima sudah tersipu-sipu malu diusik Lidya.

"Ehh, tapikan.. Kau muda dari aku, tak leh la nak jadi my sister in law..hahaha" tambah Lidya lagi membuatkan Sima geram.

"Kau ni !" lengan Lidya dicubit Sima.

"Aduduhh.. hahaha, aku gurau aje lah.."

"Haa, ambek kau.." Sima pura-pura merajuk.

"Laa, takyah lah merajuk. Nanti aku bagitau along aku, kau minat kat dia..haha" bahan Lidya lagi. Seronok dia melihat muka merah Sima.

"Ehh, tak nak kawan kau lagi.." rajuk Sima.

"Alah, cliche sangat lah ayat tu Sima, zaman kanak-kanak dulu selalu sangat kita guna kalau dah gaduh ngan kawan..haha"

"Biarlah.. werkk!" Sima menjelirkan lidahnya lalu berlalu ke dalam untuk mengambil kek yang sudah masak.

Lidya hanya menggeleng kepala. Terbit senyum dibibirnya melihat telatah gadis berusia 22 tahun itu.

******
"Tuan, saya nak mohon cuti 2 hari dari Tuan hujung bulan ni.." tutur Konstabel Shadriq kepada Inspektor Akmal.

"Boleh, tapi boleh tahu untuk apa?" soal Inspektor Akmal. Ye la, dah namanya POLIS tentu tak lepas dari soal menyoal kan?.

"Ibu saya nak buat kenduri arwah ayah saya hujung bulan ni, saya nak tolong apa yang patut.." jelas Konstabel Shadriq.

"Hmm, baiklah.. takpa awak boleh ambil cuti emergency 2 hari . Cuti awak saya luluskan.."

"Terima Kasih Tuan.." ucap Konstabel Shadriq.

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Where stories live. Discover now