*Bab 60*

3.3K 80 1
                                    

HUJAN membasahi bumi pada malam itu. Usai menunaikan solat Isyak tadi, Lidya terus membawa diri ke ruang tamu. Niat di hati ingin menonton TV. Butang on ditekan.

"Laa, no signal pula. Hmm, ni lah kelemahan astro. Bila hujan aje, siaran tergendala. " bebel Lidya sebaik saja kaca TV memaparkan warna hitam dan tertulis siaran tergendala oleh sebab tertentu.

Lukman yang kebetulan baru ingin menapak ke ruang tamu sempat mendengar bebelan Lidya lalu menegur adiknya itu.

"Aih, bebel apa pulak tu Sha.." tegur Lukman.

Lidya menoleh alongnya.

"Hmm, ni haa.. takda siaran.." keluh Lidya perlahan.

"Laa, hujan kan ? mana ada siaran. "

"Tahu lah Long. Ni yang leceh ni, dah lah malam ni ada Gerak Khas The Movie.." ujar Lidya lagi.

Lukman tersenyum penuh makna. Idea datang menerpa untuk menyakat adiknya itu.

"Amboii, sejak nak kahwin dengan polis ni kemain lagi ye Sha minat movie macam tu. " ligat Lukman mengusik Lidya.

"Haa, mula lah tu."

"Hahaha.. yelah, lepas ni bila lagi lah along dapat usik Sha.."

"Alaa, along ni.. hujan-hujan macam ni memang lah best kalau nak jiwang, tapi jangan lah nak heret Sha sekali Long.."

Lukman ketawa.

"Hahaha, haih.. pandai ye nak kenakan along balik.."

"Heee.. " hanya sengihan dilemparkan buat Lukman.

Mereka diam seketika. Lidya sedang ralit bermain handphone ditangannya.

"Hmm, ni Sha.. barang-barang dah cukup dah ?" Lukman mula berbicara.

"InshaaAllah cukup Long. Cuma satu aje, kasut Shad. Hehe, Sha lupa nak tanya saiz kasut dia. Yang lain tu dah beli dah.."

Janggut sejemput itu diusap lembut oleh Lukman sebelum melontarkan soalan yang seterusnya pada Lidya.

"Ohh.. Shad bila balik dari kursus tu ?" soal Lukman lagi.

"Ermm.. kalau tak silap 2 hari lagi kot. Kenapa Long ?"

"Tak ada lah. Nanti masa nak buat fitting baju tu, Sha ajak lah Shad pergi beli kasut tu." Lukman memberi cadangan.

"Ha'ah.. Sha pun ada fikirkan itu, nanti lah Sha bagitahu Shad.."

"Hmm.. baguslah kalau macam tu.."

"Along, Sha masuk bilik dulu lah. Nak tengok TV pun, takada siaran ni." ujar Lidya lalu bingkas bangun dari duduknya.

"Hmm.. iye lah." balas Lukman pula disertakan anggukan.

******
"Eh, tak keluar malam ni Kal ?" tegur Datin Ratna ketika melihat Haikal membawa langkah ke dapur.

"Hmm, no ma. Hujan kan ? malas nak keluar.."

"Oh.. Kal cari apa ?" soal Datin Ratna lagi.

"Erm.. Kal nak makan, maggi ada tak ma ?"

"Oh, maggi. Ada.. Kal ke depan dulu, nanti mama tolong masakkan.."

Haikal hanya mengangguk sebagai balasan. Dia terus membawa dirinya ke ruang tamu.

Sedang dirinya tekun bermain handphone, Dato Rahim mendekatinya.

"Kal, come with me. Papa ada hal nak bincang dengan Kal.." ujar Dato Rahim.

"What pa ?"

"Ikut aje lah.." muka serius Dato Rahim sudah dapat menggambarkan bahawa orang tua itu sedang dalam mood tidak baik.

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Where stories live. Discover now