*Bab 85*

2.7K 82 1
                                    

3 bulan kemudian...

PEJAM celik, pejam celik kini usia kandungan Lidya sudah masuk ke 3 bulan. Perutnya kian membuncit. Wajahnya pula makin berseri-seri sejak mengandung ini.

Lidya yang sedang asyik menaip sesuatu di skrin laptop disapa oleh Syaf.

"Mama to be buat apa tu ?" soal Syaf agak ceria.

Lidya yang fokus pada kerjanya tadi membuang pandang ke arah Syaf.

"Tak ada apa, cuma nak key in balik data minggu lepas.." balas Lidya.

"Oh, hmm.. kau macam mana ? okey tak ?" soal Syaf tiba-tiba.

"Alhamdulillah.. aku okey aje.."

"Shadriq bila nak balik ?"

"Lusa kalau tak silap aku.. kenapa ?"

Konstabel Shadriq kini sedang menghadiri kursus di Sabah, atau lebih tepat lagi operasi di Sabah selama tiga bulan. Dan mengikut perkiraan, lusa dia akan balik semula ke Selangor. Dan selama tiga bulan kebelakangan ini juga, Lidya sering merasakan ada orang yang mengekorinya dari belakang. Namun, apabila dia menoleh, tiada sesiapa di situ. Begitu juga ketika di rumah, seperti ada orang yang mengintai dari jauh belum lagi termasuk message seperti ugutan yang dia terima kebelakangan ini. Namun, dia hanya mendiamkan sahaja selagi tidak membahayakan dirinya.

"Tak adalah.. aku risau dengan keadaan kau sekarang ni. Kau sorang aje kat rumah tu.." luah Syaf kerisauannya.

"Eh, siapa cakap aku dok sorang-sorang kat rumah tu. Kak Su kan ada untuk teman aku.."

"Aik ? Kak Su dah balik ke ? bukan ke hari tu kau cakap Kak Su balik kampung ?"

"Yang tu, hari tu. Balik kejap aje nak jumpa anak-anak dia. Ni dah ada kat rumah tu. Kau tak payah risau eh.." tukas Lidya dengan senyuman.

Dia faham akan perasaan sahabatnya itu. Buktinya riak risau jelas terpampang pada wajah ayu gadis yang sudah pun bergelar tunang Konstabel Johan itu seminggu sebelum mereka berangkat ke Sabah.

"Erm, iyalah. Baru aku lega kalau Kak Su ada teman kau kat rumah."

"Ehee.. kau dengan Johan macam mana ?"

"Macam mana apa ? macam ni ajelah.. hehehe" balas Syaf dengan sengihan. Malu sebenarnya bila bercakap tentang Konstabel Johan.

"Iyalah tu. Bila nak ikat tali perkahwinan pulak ? tak kan tunang buat selamanya kot.." ajuk Lidya.

"Hehe.. inshaaAllah, masih dalam perbincangan. Tapi, hari tu Johan ada cakap, kalau boleh hujung tahun ni. InshaaAllah, kalau tak ada aral melintang.." ujar Syaf dengan wajah ceria.

Lidya turut gembira dengan sahabatnya itu yang kini sudah berjumpa jodoh. Siapa sangka Konstabel Johan dan Syaf akan berkahwin tidak lama lagi. Syaf yang bermati-matian tidak mahu menerima lelaki itu, kini sudah pun menjadi tunang Konstabel Johan berkat usaha lelaki itu untuk membuktikan yang dia ikhlas untuk memiliki Syaf.

"Amboi, rancaknya berbual. Tak ajak aku pun.." Fatin si kepochi sudah menyampuk.

"Alaa.. kau tu tak ajak pun menyampuk jugak kan.." Syaf memerli.

"Hehe.. macam tak kenal aku. So, korang borak pasal apa ? mengumpat aku eh ?" Fatin mengangkat keningnya sebelah.

"Eleh, tak ada masa kami nak mengumpat kau. Kau ingat kau tu artis ke perlu kena umpat ? hahaha" Syaf menyindir lagi.

Lidya hanya menggeleng kepala melihat perang mulut dua sahabatnya itu. Manakala, Fatin mencebik.

"Hmm.. memang aku artis pun ! haha" masuk bakul angkat sendiri. Itu yang Fatin lakukan saat ini.

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Where stories live. Discover now