*Bab 63*

3K 80 0
                                    

PAGI yang indah itu memberi ketenangan pada setiap makhluk di muka bumi Allah ini. Dato Rahim menuruni anak tangga satu persatu untuk ke tingkat bawah. Walaupun umur sudah melangkau ke usia 50-an, namun Dato Rahim masih kelihatan segak dengan pakaian kerjanya.

"Eh, morning abang.." sapa Datin Ratna yang sedang membantu Mak Kiah menghidangkan sarapan pagi di atas meja.

"Hmm.. morning too.." balas Dato Rahim lalu mengambil tempat di hujung meja.

"Abang nak makan apa ?" tanya Datin Ratna lagi.

Dato Rahim meninjau sebentar makanan yang terhidang. Ada nasi goreng, bihun goreng dan kuih muih.

"Hmm, bagi bihun goreng tu.." ujar Dato Rahim lalu mencapai surat khabar yang terletak di sisi meja.

Sudah menjadi rutin hariannya membaca surat khabar pada setiap pagi sebelum dia berangkat kerja.

"Nah, makan dulu. Nanti sambung baca balik.." kata Datin Ratna lagi.

"Hm, kejap.."

Satu persatu keratan akhbar itu dibelek. Tiba di satu muka surat, matanya membesar. Terkejut membaca tajuk besar berita hari itu.

'WANITA HAMIL MAUT DILANGGAR LARI'

Melihat saja gambar kecil disebelah berita tersebut, dia mengurut dada.

"Astaghfirullahalazim.." Dato Rahim beristighfar sambil mengurut dadanya.

"Kenapa bang ?" soal Datin Ratna kehairanan.

"Uh ? err.. nothing.." dalih Dato Rahim lalu melipat akhbar itu dan diletakkan ke sisi meja semula.

Sarapan di atas meja disantap sebelum dia bergerak ke pejabat.

"Haikal dah bangun ?" Dato Rahim menyoal semula.

"Uh ? rasanya dah. Tapi tak tahu pulak, kalau Kal tidur balik.." maklum Datin Ratna.

"Hmm.. make sure anak you tu jangan datang lambat lagi. Dah, I nak gerak dulu.." sempat Dato Rahim berpesan sebelum dia bangun dari duduk dan mencapai beg kerjanya.

******
Kejadian semalam benar-benar memberi tamparan hebat buat dirinya. Lidya masih trauma walaupun dia hanya saksi mata kejadian itu. Mana taknya kalau kejadian tragis yang berlaku sekelip mata itu disaksikan dengan mata kepala sendiri.

Hari ini Lidya terpaksa memohon cuti sakit kerana dia kurang sihat. Antibodi badannya masih lemah disebabkan incident yang berlaku malam semalam.

Lepas saja balik dari balai polis untuk memberi keterangan pada pihak polis, Lukman terus membawa adiknya itu ke hospital untuk memeriksa kesihatan sekali gus meminta surat cuti sakit daripada pihak hospital.

"Sha.. along nak pergi kerja ni. Sha okey ke tinggal sorang kat rumah ?" soal Lukman yang sudah bersiap untuk ke tempat kerja.

"Hmm, Sha okey Long.. Along tak payah risau." balas Lidya yang menyandarkan badannya di kepala sofa.

"Betul ni ? " Lukman masih risau dengan keadaan Lidya.

"Betul Long.. Macam tak biasa, kalau Sha trauma mesti demam kan. Dah, along tak payah risau, Sha okey aje. Lagipun, demam sikit aje ni.." ujar Lidya bagi meyakinkan Lukman.

"Hmm, baiklah kalau Sha dah cakap macam tu. Kalau ada apa-apa, terus call along atau bagitahu Mak Cik Zu kat sebelah tu." pesan Lukman.

"Baik Long. InshaaAllah.."

"Okey, along pergi dulu ye. Ubat jangan lupa makan.." sempat Lukman berpesan lagi sebelum tangannya disalam Lidya dan dia mulai mengatur langkah untuk ke tempat kerja.

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Where stories live. Discover now