*Bab 70*

3.8K 104 0
                                    

USAI sahaja kerja mengemas meja sesudah makan malam tadi, Lidya meminta izin ibu mentua untuk masuk bilik. Bagi mengemas pakaian yang akan dibawa untuk balik ke kampung esok hari.

Satu persatu pakaian dia dan suaminya dimasukkan ke dalam luggage yang bersaiz sederhana itu. Hanya Lidya seorang sahaja di dalam bilik itu memandangkan suaminya sedang menemani Shafiq menonton TV di ruang tamu.

Ikatan rambut ekor kuda yang melorot ke bawah diperkemaskan lagi.

"Hmm.. wangi !"

"Oh pocong jatuh tergolek !!" serentak itu dia mengurut dada serta menoleh ke belakang.

Wajah Konstabel Shadriq yang tersengih memandangnya dijeling tajam. Sejak bila suaminya itu masuk ke dalam bilik dia tidak perasan, mungkin saat dia ralit menyimpan pakaian tadi.

"Tersengih-sengih.. ingat bagus sangat lah tu buat Sha terkejut.." marah Lidya geram. Geram dengan suaminya yang suka sangat membuat dia terkejut.

"Hehee.. sorry sayang. Tak terniat pun nak buat sayang terkejut. Sayang tu yang leka sangat sampai tak perasan abang masuk bilik ni.." pohon Konstabel Shadriq kata maaf lalu duduk bersimpuh disebelah isterinya.

"Abang tu yang masuk tak bagi salam dulu.." sekonyong-konyong Lidya membalas.

Mukanya dimonyokkan tanda merajuk. Sekali sekala menguji lelaki itu apa salahnya.

"Eh, ada.. siapa cakap abang tak bagi salam ?" tukas Konstabel Shadriq lagi.

"Tak dengar pun.." Lidya juga tidak mahu beralah.

"Assalamualaikum.. haa, tu dah bagi salam kan ?" ujar Konstabel Shadriq dengan sengihan.

Lidya mencebik namun dia masih tidak memandang suaminya disebelah.

"Iya lah tu.." balas Lidya.

Suasana senyap seketika.

"Sayang..." suara gemersik Konstabel Shadriq memecah kesunyian.

"Hmm ?" jawab Lidya tanpa memandang suaminya.

Saat ini, imannya ingin goyah ketika mendengar suara gemersik suaminya itu. Secepat itu, dia beristighfar dalam hati untuk menenangkan hatinya.

"Pandang abang boleh tak ?" pinta Konstabel Shadriq.

Lidya pun menoleh dan...

Cupp !

Pipinya menjadi sasaran kucupan Konstabel Shadriq. Membulat mata Lidya dengan tindakan suaminya itu.

"Abang ni kan.. suka ambik kesempatan.. licik !" bebel Lidya sambil bibir diketap, geram !

"Hahaha.. abang ambik kesempatan dengan isteri abang ni aje.. geram tengok pipi gebu sayang ni. " selamba Konstabel Shadriq membalas lalu mencubit pipi isterinya.

"Auch ! sakitlah bang.."

"Hahaha.. kat mana sakit ? meh abang bagi penawar.."

Cupp !

Sekali lagi pipi itu menjadi sasaran.

Lidya menjulingkan matanya ke atas. Meski pun baru seminggu menjadi isteri lelaki itu, dia masak benar dengan perangai suaminya yang suka mengambil kesempatan jika ada peluang.

"Sejak bila abang miang-miang keladi ni ?"

"Oh ? hahaha.. sejak kahwin dengan sayang lah.. hahaha" usik Konstabel Shadriq.

Lidya mencebik kembali. Melihat cebikan itu pantas suaminya menegur.

"Erhm ! mencebik nampak. Nak lalat besar hinggap kat situ ke ?" sengaja dia mengusik ingin melihat wajah blushing isterinya itu.

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Where stories live. Discover now