*Bab 47*

3K 77 0
                                    

HAMPIR satu hari terperap dalam rumah membuatkan Haikal berasa bosan. Lalu dia memutuskan untuk keluar pada malam itu. Tshirt hitam dengan jaket kulit dikenakan pada tubuh yang sasa itu. Dia menuruni anak tangga satu demi satu untuk ke tingkat bawah. Jam sudah pun menginjak ke angka 8:30 malam.

Setiba saja di anak tangga yang terakhir. Datin Ratna menegur. Kebetulan, Dato Rahim turut sama di ruang tamu itu.

"Kal, nak pergi mana tu ?" Datin Ratna menegur berupa soalan.

"Kal nak keluar. Bosan asyik terperap aje dalam rumah ni.." dingin jawapan yang diberikan.

"Hmm, baguslah tu. Kalau dah mabuk tak ingat dunia, baru balik rumah.." sindir Dato Rahim pula.

Mendengar bait kata Dato Rahim itu, Haikal mendengus kasar.

"Heh ! mama Kal pergi dulu. Lama-lama kat rumah boleh buat sakit jiwa !" rengus Haikal kasar lalu mengangkat kaki dari situ.

Datin Ratna menggeleng perlahan.

"Hmm, abang ni pun. Biarlah Kal nak keluar, yang abang nak perli tu dah kenapa ? "

"Hey, nak marah I pulak. So, you suka lah anak you tu balik rumah, mabuk ?!" perlahan, namun tegas nada suara Dato Rahim.

"Bukan macam tu. Tapi, at least tegur lah elok-elok.." ujar Datin Ratna masih tidak mahu mengalah. Dia ingin membela Haikal.

"Nak tegur elok-elok ? Heh ? hahahaha.." sinis kedengaran nada Dato Rahim itu.

"Kalau tegur cara kasar pun jadi macam ni, apatah lagi nak tegur elok-elok ! Sudah lah, you pun sama aje. Suka sangat bela Haikal tu.." sambung Dato Rahim lagi lalu berlalu dari situ untuk ke bilik bacaan.

******
LIDYA membawa diri ke ruang tamu, usai saja menunaikan solat Isyak tadi. Remote control di capai selepas butang on TV dipasang. Sedang leka menonton TV, handphone di atas meja berdering. 'Along '

"Hello, Assalamualaikum Long.." salam diberikan sebaik saja panggilan dijawab.

"Waalaikumussalam.. Sha okey ke ?"

"Hahaa, soalan apa ni Long ? Haha, Sha okey lah. "

"Alhamdulillah, baguslah. Ni.. sorry lah, along baru sempat nak call, penat sangat tadi. Along dah sampai rumah dah ni.." maklum Lukman sekali gus memohon maaf pada adiknya itu.

"Eh, it's okey Long. Takpa, bestnya along dapat balik. Sha rindu lah kat mak dan ayah. Adik sekali.. Hmm.."

"Laa, mendung pulak kat sebelah sana. Hari tu along ajak balik, tak nak.."

"Bukan tak nak, tapi tak boleh.."

"Ye lah. Along tahu.. Takpa, nanti-nanti boleh lah tu balik sini. Ni, haa.. along tak boleh lama ni. Nak bincang hal along malam ni jugak.."

Lidya mencebik.

"Amboii, tak sabar nampak. Hahaha, okey lah. Sampaikan salam buat mak dan ayah ye.."

"Well, biasalah. Hahaha.. okey, InshaaAllah. Baik-baik kat sana. Jangan keluar malam-malam. Okey. Assalamualaikum.." sempat Lukman berpesan sebelum panggilan ditamatkan.

Lidya menarik nafas panjang. Mata kembali ditumpukan di kaca TV. Beberapa minit selepas itu, sekali lagi handphonenya berdering. Tanpa melihat nama pemanggil itu, Lidya terus menjawabnya kerana dia menyangka itu ialah Lukman.

"Assalamualaikum Long.. Sha okey aje ni Long.." ujar Lidya tanpa sempat si pemanggil menjawab salam.

"Err.. waalaikumussalam.. saya ni Sha, Raihan.."

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Where stories live. Discover now