*Bab 28*

3.9K 117 1
                                    

TEPAT pukul 6.30 petang, Lidya sampai dirumah, balik dari kerja dan terpaksa menempuhi traffic jam. Kunci pendua rumah alongnya dikeluarkan dari handbeg untuk membuka mangga pintu. Kunci itu diberikan oleh alongnya kerana Lukman tahu yang Lidya akan balik awal darinya. Kunci yang original ada pada Lukman sendiri.

"Assalamualaikum.." salam diberikan sebelum kaki gadis itu menapak ke dalam rumah.

Pintu kembali ditutup. Badan yang terasa penat dihempaskan ke sofa buat seketika.

"Fuhh.. penatnya ! baru first day kerja dah penat.. " luah Lidya sambil matanya dipejamkan. Belum sempat Lidya melelap lebih jauh, tiba-tiba handphonenya bergema tanda ada panggilan masuk. Terkejut gadis itu dibuatnya.

"Siapa pulak yang call ni, nak hilangkan penat pun tak boleh.." omel Lidya sebelum tangannya mencapai handphone didalam handbeg di atas meja. Lidya melihat nama si pemanggil di skrin handphonenya. 'My Mak'.

'Astaghfirullahalazim.. mak aku rupanya, adohh.. berdosalah aku tadi.' Istighfar Lidya penuh kesal dalam hati. Panggilan dijawab.

"Err.. Assalamualaikum mak.."

"Waalaikumussalam, haa.. asal lambat sangat jawab. Sha baru balik kerja ke?" soal Puan Hana dihujung talian.

"Ehh, taklah mak, Sha terlelap kejap tadi. Tu yang lambat pick up your call.."

"Laa, cakap orang putih pulak, mana mak reti.. kamu ni pun.." bebel Puan Hana pada Lidya.

"Ohh, hahaa.. tersasul mak, sorry.. mak tengah buat apa tu? ayah mana? "

"Hmm, ayah ada kat ruang tamu tu. Mak nak masak tadi, tetiba teringat kat Sha yang hari ni hari pertama masuk kerja tu yang call, nak tanya. Macam mana kerja hari ni ? okey tak syarikat tu?"

"Alhamdulillah mak, semuanya okey, kawan sepejabat pun okey. Cuma, Sha penat sikit lah mak, banyak kerja tadi.." adu Lidya pada Puan Hana.

"Hmm, biasalah tu. Dah namanya kerja, mana tak penatnya, walaupun kerja kat pejabat. Kalau kerja kat luar, toreh getah lagi lah penat kena panas lagi. Bersyukurlah, Sha dapat kerja dalam pejabat, ada aircon pulak tu, tak berpanas.." Ceramah Puan Hana.

'Padan muka kau Sha, siapa suruh mengadu kat mak kau, kan dah kena free talk..' bebel Lidya pada diri sendiri.

"Dengar tak ni Sha apa yang mak cakap?" sambung Puan Hana lagi setelah tiada jawapan dari anak gadisnya itu.

"Ehh, ye mak.. ye, Sha dengar.." tersentak Lidya mendengar suara ibunya itu.

"Hmm, baiklah.. kalau macam tu, mak nak masak dulu. Ni mak nak pesan, jaga adab dan perilaku kat tempat orang, solat jangan tinggal walau apapun berlaku. Kalau ada apa-apa, terus call mak kat kampung ni. Ingat? "

"Ye mak, InshaaAllah, Sha akan dengar dan ingat segala pesanan mak tu. Mak tu jaga kesihatan begitu juga dengan ayah.."

"InshaaAllah, lagi satu.. along tak balik lagi kan?" Soal Puan Hana.

"Belum, kenapa mak?"

"Takda pe, mak cuma nak pesan, kunci pintu tingkap semua tu. Jangan dibuka kalau orang tak dikenali nak masuk. Malang tak berbau Sha, jangan nak merayap kemana-mana. Tunggu sampai along balik." pesan Puan Hana lagi. Risau hati tuanya dengan keadaan anak gadisnya seorang diri disana. Sekarang ni, banyak sangat perkara yang tak terjangkau dek akal berlaku.

"InshaaAllah mak, Sha akan jaga diri Sha. Mak tak payah risau, Sha dah pastikan semua pintu tingkap dah berkunci. Ohh ya mak, Sha nak mandi lah, dah nak masuk maghrib dah ni.." ujar Lidya bagi meyakinkan ibunya.

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Where stories live. Discover now