*Bab 27*

4.4K 125 3
                                    

BAJU kurung kain chiffon berwarna biru laut bercorak bebunga kecil warna merah hati dikenakan dengan shawl warna sedondon dengan baju, dipakai oleh Lidya pada hari ini. Belum pukul 7:00 pagi lagi, dia sudah keluar dari rumah. Maklumlah, hari ini first day dia melapor diri.

Kereta Myvi dipandu masuk ke tempat parking. Dihadapannya kini, berdiri gah sebuah bangunan yang tinggi dan besar.

"Wahh ! ni ke syarikat tempat aku kerja? Tak silap syarikat ke ni ? Err.. " omel Lidya sendirian sambil matanya melilau ke kawasan sekitar syarikat itu.

"Hmm.. betul lah ni, dah terpacak besar kat bangunan tu nama ' HKAL'S HOLDINGS'. Ermm, mana orang lain eh ? ke aku yang terover awal ni ? Patutlah along membebel dengan aku tadi.. hehehe.." omel Lidya lagi sambil matanya melirik jam ditangan.

"20 minit lagi nak masuk pukul 7:00 pagi. Lambat lagi ni, baik aku pergi breakfast dulu. Kang tak pasal-pasal lapar pulak nanti.." putus Lidya lalu masuk semula ke dalam kereta. Lagipun, kat rumah tadi dia tidak sempat bersarapan akibat terlalu excited untuk bekerja.

******
"Wahh, SKR dah sampai. Nak breakfast kat mana ni ?" soal Konstabel Johan sambil mengusik kawannya itu.

Konstabel Shadriq menjeling Konstabel Johan yang tersengih disebelahnya.

"Ni apa pulak SKR tu ? Macam-macam lah kau ni. Ada aje modal nak usik aku.." Konstabel Shadriq membalas dengan riak selamba.

"Hahaha.. betul kau nak tahu SKR tu apa? Jangan menyesal pulak nanti. Haha"

"Hmm.." jawab Konstabel Shadriq ringkas.

"SKR tu.. maksudnya.. SKR tu maksudnya.. nak bagitahu ke tak eh ? hahahaha"

Konstabel Shadriq menumbuk bahu Konstabel Johan apabila terasa dipermainkan.

"Iehh, kau ni. Sengaja ye buat aku tertanya-tanya.. Ehh, malas lah layan kau.."

"Hahaha.. rileks lah bro, okey aku bagitahu kau. Tapi janji kau jangan marah. hahaha.. deal ?"

"Hmm.. suka hati lah.."

"SKR tu.. ringkasan aje, maksud full dia SayangKu Raisha ! hahaha.." Konstabel Johan sudah mula membuka langkah seribu. Dia seperti dapat menjangka apa yang akan berlaku sebentar lagi.

"Johan !!! " Konstabel Shadriq terus mengejar Konstabel Johan yang sudah terlebih dahulu bertindak untuk melarikan diri.

"Hahaha!! " hanya ketawa yang mampu dibalas Konstabel Johan.

"Siap kau nanti.. " balas Konstabel Shadriq lalu berhenti berlari.

"Ihh, dia ni. Tak habis-habis nak usik aku. Berkali-kali aku warning still jugak buat. Tak makan saman betul. Nasib baik kau bestfriend aku. Kalau tak, hmm.. malas aku nak cakap.." bebel Konstabel Shadriq sendirian sambil langkah dipercepatkan.

******
Lidya memilih Kedai Makan B'B sebagai tempat untuk dia bersarapan pagi.

Seorang pelayan kedai makan tersebut menghampiri Lidya untuk mengambil pesanan.

"Order Cik ?" soal pelayan itu.

"Err, bagi saya Mee Sup daging and Horlicks panas.." pesan Lidya.

"Okey.." kata pelayan itu lalu berlalu ke meja di belakang Lidya untuk mengambil pesanan bagi pelanggan di meja itu pula.

******
Di dalam kereta, habis Konstabel Johan kena hentam oleh Konstabel Shadriq.

"Sampai hati kau Shad. Aku gurau aje, kau tumbuk betul-betul.. Dah tak handsome muka aku ni.."

"Eleh, poyo ! macam lah aku tumbuk kat muka. Apa? ada connection ke muka dengan bahu kau tu ? "

"Hehehe.. Ehh, mestilah ada. Tak tengok ke bahu kita ni hampir dengan muka. Of course lah, urat saraf tu ada connection between each other.. " main hentam Konstabel Johan aje buat teori.

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Where stories live. Discover now