*Bab 6*

7K 205 9
                                    

ENCIK HAKIMI dan Puan Hana sedang duduk berbual di ruang tamu pada malam itu. Lidya datang dari arah dapur sambil menatang dulang yang berisi air dan kuih dan dibawa ke ruang tamu.

"Minum mak, yah.." pelawa Lidya.

Encik Hakimi dan Puan Hana mengangguk.Lidya melabuhkan punggungnya disofa tunggal yang bersebelahan dengan sofa Encik Hakimi dan Puan Hana duduki.

"Adik mana mak?" soal Lidya bila terperasan yang adiknya tiada turut serta.

"Adik kat dalam bilik, entah buat apa dia kat dalam tu.."

Lidya mengangguk lalu matanya dialih ke arah kaca televisyen.

"Ni Ngah, dah nak masuk 3 bulan dah ni, tak nak cari kerja ke ?" kali ini Encik Hakimi pula bersuara.

Lidya menoleh ke arah ayahnya.

"Hmm, nak cari kat mana yah?"

"Aik, cari lah kat belakang rumah tu.. kot-kot ada kerja potong rumput ke , tanam sayur ke..."

"Alah, ayah ni.. main-main pulak.." Lidya sudah membuat muka. Merajuk lah tu.

"Hahaha, kot ya pun tanyalah soalan cerdik sikit Angah oii.. punya lah besar Selangor ni, takkan lah takda kerja langsung.."

"Hmm, ye lah yah.. InshaaAllah, nanti lah Angah cari kerja kat bandar tu.."

Encik Hakimi sekadar mengangguk. Puan Hana di sebelah pula ingin berbicara.

"Angah tunggu aje along balik dari Abu Dhabi nanti, boleh along tolong kamu cari kerja kat bandar tu nanti.."

Lidya mengangguk lalu kembali fokus menonton televisyen.

******
Malam itu, Konstabel Shadriq dan Konstabel Johan bertugas untuk memantau persekitaran di kawasan perumahan. Ramai lagi anggota yang menyertai mereka, namun mereka berpecah ke tempat masing-masing.

"Shad, dapat tak kita tangkap suspek pecah rumah tu malam ni?" soal Konstabel Johan.

"Hmm, kalau rezeki kita, adalah jumpa suspek tu malam ni"

Konstabel Johan mengangguk, lalu kereta dipandu menuju ke arah kawasan perumahan di Jalan Hokai.

******
Setelah selesai membuat rondaan, Konstabel Shadriq dan Konstabel Johan sempat singgah di kedai makan yang masih buka untuk menghilangkan rasa lapar dan dahaga sebelum kembali ke balai.

Ketika dua anggota polis itu leka berbual dan menikmati makanan yang dipesan, tiba-tiba terdengar satu jeritan yang meminta tolong.Bergegas Konstabel Shadriq dan Konstabel Johan menghampiri suara itu.

"Tolong ! Tolong !!!"

"Puan! kenapa puan menjerit?" soal Konstabel Shadriq setiba saja di tempat kejadian.

"Encik, tolong encik.. ada yang ragut beg saya" rayu mangsa tadi.

"Siapa Puan? Dimana?" soal Konstabel Johan pula.

"Tak tahu Encik, mereka pakai helmet dan guna motosikal. Mereka lari ke arah sana.."

"Baik, Puan sila tunggu kat tempat yang selamat.."

******
Di dalam kereta Konstabel Shadriq sempat membuat panggilan kepada anggota lain yang sedang bertugas melalui walkie talkie.

"Johan, aku dah bagitau anggota lain tadi, aku suruh diorang sekat jalan dekat Jalan Besar sana dan buat sport check.." Konstabel Shadriq memberitahu Konstabel Johan.

Mereka berdua membuat rondaan di sekitar jalan yang berhampiran dengan kejadian ragut tadi. Mana tahu suspek bersembunyi di tempat-tempat yang gelap.

******
Konstabel Shadriq dan Konstabel Johan tiba di satu kawasan perumahan yang terbiar di Jalan Pendek Kata. Mereka menyusup masuk ke salah satu deretan rumah yang terbiar itu ketika terlihat cahaya samar-samar dari salah satu deretan rumah itu.

Dengan langkah yang berhati-hati, Konstabel Shadriq dan Konstabel Johan menghampiri rumah terbiar itu dan kelihatan dua orang lelaki berjaket hitam sedang duduk di atas motor. Salah seorang daripada mereka sedang membelek beg yang berwarna peach yang sederhana besar.

Konstabel Shadriq sempat memberi pesanan kepada anggota lain yang sedang bertugas pada malam itu untuk datang ke Jalan Pendek Kata.

"Aku rasa mereka yang ragut beg puan tadi.." bisik Konstabel Johan perlahan.

Konstabel Shadriq mengangguk.

"So, kita boleh serbu sekarang" arah Konstabel Shadriq.

Dengan isyarat mata, Konstabel Shadriq dan Konstabel Johan menyerbu dua lelaki tadi.

"Jangan bergerak ! Kami polis !!" sambil pistol diacukan ke arah dua lelaki itu.

Terkejut dua suspek tadi melihat kedatangan Konstabel Shadriq dan Konstabel Johan.

Dua suspek tadi sudah berkira-kira untuk melarikan diri. Namun, kepantasan Konstabel Shadriq mengecam tindakan dua lelaki tadi pantas menyerbu dan mengunci tangan salah satu suspek kebelakang. Begitu juga dengan Konstabel Johan.

Tidak lama kemudian,kedengaran bunyi siren kereta polis dari luar. Konstabel Shadriq dan Konstabel Johan membawa kedua-dua suspek ke luar untuk diserahkan kepada anggota yang lain untuk dibawa ke balai.

******
Konstabel Shadriq dan Konstabel Johan kembali ke kedai makan sebelum ini untuk berjumpa dengan mangsa ragut.

"Puan, suspek telah berjaya di tangkap. Ni beg Puan.." ujar Konstabel Johan sambil menghulurkan beg tangan kepada empuanya.

"Terima kasih Encik.." ucap mangsa tadi.

"Sama-sama. Dah jadi tugas kami. Boleh Puan ikut kami ke balai sekejap, kami nak dapatkan keterangan dari Puan.."

"Baik Encik.."

Mereka lalu bergerak ke arah kereta proton yang digunakan untuk meronda tadi diikuti oleh mangsa kejadian ragut tadi.

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Where stories live. Discover now