*Bab 8*

6.8K 192 0
                                    

PAGI-PAGI lagi penghuni di rumah teres itu sudah bersiap-siap. Memandangkan hari ini Lukman mengambil cuti 2 hari selepas balik dari Abu Dhabi petang semalam, jadi Lukman ingin membawa keluarganya bersiar-siar di bandar Selangor.

Hari ini Lidya mengenakan baju puplem warna biru torques  panjang paras lutut dan seluar slack hitam dikenakan dengan shawl warna kelabu asap. Sling beg warna hitam turut digunakan untuk meletakkan barang keperluan.

"Good Morning !" ucap Lidya setiba saja di meja makan. Sling beg diletakkan di atas kerusi yang didudukinya.

"Haihh.. dah tak reti nak bagi salam ke? Sha ingat ni negara orang putih ke nak morning bagai" bebel Puan Hana. Siapa suruh cari pasal pagi-pagi. Kan dah kena.

Lidya dengan muka selambanya memohon maaf lalu tersengih memandang ayah dan ibunya silih berganti.

"Hehehe, Sha minta maaf. Assalamualaikum, selamat pagi mak, ayah..hehehe"

Puan Hana menjeling Lidya manakala Encik Hakimi hanya mengangguk.

"Ehh, along ngan adik tak turun lagi ke mak?" soal Lidya sambil mencedok nasi goreng di pinggannya.

"Belum.."

Lidya mengangguk.

"Good morning mummy, daddy and my slumber sistur !" ucap Liana setiba saja di meja makan.

"Haa.. ni lagi sorang. Dah tak reti nak bagi salam. Mummy, daddy. kang mak hempuk kang baru tau mana mak mana mummy.." sekali lagi Puan Hana membebel menegur anaknya.

Lidya sudah tahan gelak manakala Liana sudah mati kutu untuk membela diri. Dia tersengih kemudiannya.

"Hee, maaf mak. Adik saja nak test speaking tadi..hehe, Assalamualaikum.." kata Liana lalu menggamit kakaknya di sisinya. Lidya hanya mengangkat thumb up pada Liana.

Beberapa minit kemudian, Lukman pula turun dan mengatakan benda yang sama. Puan Hana makin pening kepala jadinya. Tawa Lidya dan Liana sudah terhambur di meja makan. Tidak tahan mendengar bebelan ibu mereka.

"Ehh, sudah lah tu. Tak baik gelak depan rezeki.. Awak ni Hana, biar lah diorang speaking. Kan bagus tu,ada dua bahasa.." tegur Encik Hakimi.

"Abang ni.. baik apanya kalau dah tak reti bagi salam. Ingat ni negara barat ke?" cemberut muka Puan Hana.

"Alah, dah dah.. duduk makan, nanti lambat pulak nak jalan-jalan.." pujuk Encik Hakimi kembali.

Puan Hana akur. Lukman, Lidya dan Liana menyembunyikan senyuman melihat keletah orang tua mereka. Sweet !

******
"Assalamualaikum ibu, ibu apa khabar?"

"Waalaikumussalam.. alhamdulillah. sihat aje. Raihan apa khabar ? Tak kerja hari ni?"

"Alhamdulillah, sihat jugak. Tak, hari ni Han cuti 2 hari. Nanti Han balik rumah, nak beli barang jap.."

"Ha'ah.. ye la. drive tu hati-hati. Assalamualaikum."

"baik bu,Waalaikumussalam."

Talian ditamatkan. Konstabel Shadriq melangkahkan kakinya ke dalam kereta. Dia ingin membeli beberapa barang untuk dibawa balik ke rumah mereka di Batu Caves,Selangor. Dia cukup bertuah kerana masih bekerja di negeri kelahiran sendiri. Tak jauh dari keluarga. Namun, dia memilih untuk tinggal di rumah kem polis saja kerana malas nak ulang alik dari Batu Caves ke Gombak.

******
Lukman membawa keluarganya ke Forest Research Institute of Malaysia. Di sini para pelancong boleh melakukan aktiviti berbasikal, berkelah dan bersiar-siar dalam rimba dan sebagainya.

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Where stories live. Discover now