*Bab 14*

5K 152 1
                                    

KINI genap sebulan Lidya bekerja di kedai Kek Hidayah. Keputusan temuduganya di HKal's Holding belum lagi didapati. Tanpa memikirkan itu, Lidya lebih memfokuskan dirinya untuk bekerja di kedai itu.

"Sha, esok tak kerja kan?" Lukman bertanya kepada adiknya yang ralit menonton cerita Polis Evo diruang tamu.

"Tak.." jawab Lidya ringkas. Matanya masih lagi tertancap di kaca TV.

Lukman meletakkan mugnya di atas meja dan turut melabuhkan punggungnya di sebelah Lidya. Remote control dirampas dari tangan Lidya dan siaran ditukar ke Arena.

"Along ! apa ni? kacau aje lah.." marah Lidya, dia paling pantang kalau ada orang kacau dia tengok cerita kegemarannya.

"Haa, reti pun nak pandang muka Along yang handsome ni.."

"Ishh, perasan ! tukar balik channel tu.."

"Tak nak..."

"Along ! tukar balik.. "

Lidya cuba untuk merampas kembali remote control ditangan Lukman namun tidak berjaya.

"Boleh.. tapi dengan satu syarat.." kata Lukman sambil kening diangkat.

Lidya menjeling Alongnya disebelah. Berkerut mukanya.

"Nak ke tak nak? Kalau tak, Along tak nak tukar, lagipun best ni Selangor lawan Johor.." sengaja Lukman menduga adiknya.

Lidya mendengus.

"Ye la.. haa, cakap lah.." muka selamba kembali ditayangkan. Hilang sudah raut marahnya tadi.

Lukman tersenyum menyengih.

"Haa, macam ni.. tadi kawan along ada text along. Dia jemput along pergi kenduri rumah dia lusa. Memandangkan adik cuti esok dan lusa kan? and along tak dapat nak menghadiri jemputan tu, sebab kerja. So, along nak adik jadi wakil along pergi sana. Tak jauh pun dekat Batu Caves, Jalan Khind aje rumah dia. Apa macam? ada setuju ka??"

Terbuntang mata Lidya mendengar kata-kata Alongnya. Liur ditelan berkali-kali.

"Takyah buat muka macam tu. Tak cantik langsung.." sakat Lukman.

"Ishh, suka hati Sha lah nak buat muka macam mana pun. Dah Sha buat muka selamba memanjang kena kutuk jugak.. Alahaii, manusia.. " omel Lidya bersahaja.

"Eleh, ye lah tu.. so? macam mana? setuju tak ni? Kalau tak, no chance lah Sha nak tengok Polis Evo tu.." Lukman mengangkat keningnya.

"Ishh, gila apa along ni. Kawan along tu mana kenal Sha, tup tup Sha datang sana nanti dia halau pulak, mana Sha nak letak muka cantik plus kiut miut Sha ni.." protes Lidya sambil memuji diri sendiri. Haish ! selamba-selamba minah ni, pandai jugak puji diri sendiri. Lantak lah..

"Ehh, perasan. Muka takda perasaan macam tu dia kata cantik, kiut miut, hahaha.." kutuk Lukman kaw-kaw.

"Haa.. kutuk lagi ,kutuk lagi.. nanti Allah bagi muka along buruk, baru padan muka.." Lidya sudah membuat muka. Merajuk !

"Hahaha, sentap dik oii.. Oklah, along minta maaf.. So, adik setuju ke tak?" Lukman minta kepastian.

Lidya menoleh ke arahnya.

"Hmm.. ok, Sha setuju.. Setakat datang, makan then balik apalah sangat. But, siapa yang nak hantar Sha kat sana nanti? Sha bukannya ada kereta. And siapa pulak yang nak amik Sha balik?" soal Lidya bertalu-talu. Bukan apa, dia hanya inginkan kepastian. Nanti tak pasal-pasal menginap di rumah orang. Buat malu aje.

"Urmm.. yang tu Sha tak payah risau, nanti along hantar Sha kat sana. Along akan minta permission pada Tuan along untuk masuk kem lambat nanti. And, kalau balik pulak, Along akan amik Sha.. Settle, deal?"

"Ok, if you say like that. Deal !"

Mereka bersalam tanda setuju dengan keputusan yang diambil.

******
Konstabel Shadriq menyimpan beberapa helai pakaian ke dalam beg sandang belakang warna hitam miliknya. Lagipun, pakaiannya juga ada kat rumah sana. Buat apa bawa banyak memandangkan cutinya hanya 2 hari.

Pintu bilik Konstabel Shadriq diluak dari luar setelah arahan masuk diberikan. Kelihatan Konstabel Johan melangkah masuk ke dalam dan terus duduk di kerusi kayu yang ada disitu.

"Dah habis kemas bro?" tegur Konstabel Johan.

"Dah.. ni kau memang taknak ikut ke?" soal Konstabel Shadriq kembali.

"Aku memang nak ikut. Tapi, aku kena pergi Johor dengan Tuan esok. Ada kes kena handle kat sana.." jelas Konstabel Johan.

"Ohh, ye ke? kenapa aku tak tahu pun?"

"Hmm, baru tadi Tuan bagitau aku.."

"Habis, kau dan Tuan aje ke yang pergi?"

"Tak, Riduan dan Syam ikut sekali. Memandangkan kau dah amik cuti, so Tuan ajak mereka lah.."

"Ohh, macam tu.. Takpa ke kalau aku tak pergi ni?" soal Konstabel Shadriq risau.

"Ehh, takda hal lah bro. Kau pun ada kerja jugak kan. Takpa, kau uruskan aje kenduri arwah ayah kau. Takda apa yang penting selain menguruskan sesuatu yang baik buat seorang ayah. Mana tau, sedekah yang korang buat ni sampai kat arwah ayah kau kat sana.."

"Wahh, dah macam ustaz dah kawan aku ni.. hahaha, InshaaAllah bro.. thanks.."

"Hahaha.. takda hal la, tula function kita berkawan.. haha, dah lah, aku pergi dulu. Ngantuk, esok kena pergi jauh..hahaha"

"Yelah bro.. aku pun sama..Assalamualaikum"

"Iye, Waalaikumussalam.."

Konstabel Shadriq menyandarkan beg pakaiannya pada almari. Dia membetulkan cadar tilam. Lampu bilik ditutup dan lampu tidur dipasang. Badan direhatkan di atas tilam dan mata dipejamkan.

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Where stories live. Discover now